Muwallad atau Muladi (Bahasa Arab: مولدون‎ transliterasi mūwallad, jamak mūwalladūn atau mūwalladīn) [muladí , jamak muladíes] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); [muladi, jamak muladis] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); [muladita atau muladí, jamak muladites atau muladís] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ialah Muslim yang berketurunan etnik Iberia atau kacukan Arab, Berber dan Eropah, yang hidup di Al-Andalus pada Zaman Pertengahan. Mereka juga dikenali sebagai Musalima (Di-Islamkan).

EtimologiSunting

 
Teks Aljamiado dalam abad ke-16

Perkataan-perkataan Sepanyol, Portugis dan Catalan, muladí, muladi atau muladita ialah perkataan terbitan daripada perkataan muwallad Bahasa Arab. Maksud asas perkataan ini ialah orang keterununan campuran, terutamanya orang keturunan Arab dan Ajam (bukan Arab), yang membesar bersama Arab dan dididik dalam budaya Islam

Muwallad terbit daripada kata dasar bahasa Arab, WaLaD (ولد transliterasi langsung Arab: waw, lam, dal). Walad bermaksud "keturunan, anak, zuriat, anak muda (lelaki)". Muwallad merujuk kepada anak seorang lelaki Arab dan wanita asing atau bukan Arab. Kata muwalladin kekal digunakan di hari ini untuk merujuk kepada anak seorang bapa Arab dan ibu bukan Arab.[1]

Mengikut Dozy, Muwallad bermaksud "sesiapa yang bukan berketurunan Arab tetapi dilahairkan di kalangan Arab dan dibesarkan sebagai Arab".[2] Dozy berpendapat perkataan itu tidak semestinya menggambarkan keturunan Arab, sama ada di sebelah bapa mahupun ibu.

Kamus Akademi Diraja Sepanyol (bahasa Sepanyol) pula menyatakan bahawa Muladi bermaksud "orang Sepanyol Kristian yang pada zaman pemerintahan Islam, memeluk Islam dan tinggal bersama orang Islam" [3]

Muwallad masyhurSunting

Lihat jugaSunting

  • Mozarab, penduduk tempatan yang kekal Kristian sebagai dhimmi.
  • Banu Qasi, keluarga Muwallad (Muladi) keturunan Cassius, seorang pembesar Visigoth, yang menjadi pemimpin taifa merdeka mereka sendiri.
  • Mudéjar, orang Islam yang hidup di bawah pemerintahan Kristian.

NotaSunting

  1. ^ Kees Versteegh, et al. Encyclopedia of Arabic Language and Linguistics, BRILL, 2006.
  2. ^ cited by Monique Bernards and John Nawas. Patronate and patronage in early and classical Islam. BRILL, 2005. Page 220.
  3. ^ maksud "Muladi"

RujukanSunting