Nabil Fekir (lahir 18 Julai 1993) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah menyerang dan penyerang untuk kelab Real Betis dan pasukan kebangsaan Perancis.

Nabil Fekir
Fekir berlatih bersama Perancis ketika Piala Dunia 2018.
Maklumat peribadi
Nama penuh Nabil Fekir[1]
Tarikh lahir (1993-07-18) 18 Julai 1993 (umur 30)[2]
Tempat lahir Lyon, Perancis
Ketinggian 1.73 m (5 ka 8 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang / Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Betis
Nombor 8
Kerjaya remaja
2000–2001 AC Villeurbanne
2001–2003 FC Vaulx-en-Velin
2003–2005 SC Caluire
2005–2007 Lyon
2007–2010 FC Vaulx-en-Velin
2010–2011 Saint-Priest
2011–2013 Lyon
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2019 Lyon 145 (54)
2019– Real Betis 22 (7)
Pasukan kebangsaan
2014 Perancis B21 1 (0)
2015– Perancis 24 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Mac 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 November 2019

Sebagai produk akademi Lyon, beliau telah ditawarkan menyertai skuad senior pada Julai 2013. Fekir menjadi pemain utama kelab pada musim keduanya di Lyon dan dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Ligue 1. Beliau kemudiannya melakukan 192 penampilan untuk Les Gones dan menjaringkan 69 gol serta menjadi kapten pasukan pada tahun 2017.

Fekir melakukan kemunculan sulungnya untuk Perancis pada Mac 2015 dan sebahagian daripada skuad Perancis yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2018.

Kerjaya kelab sunting

Belia sunting

Fekir menyertai akademi belia Olympique Lyonnais semasa beliau berusia 12 tahun. Dua tahun kemudian, beliau telah dilepaskan daripada akademi itu ekoran bakatnya tidak begitu menyerlah. Beliau menyertai semula Vaulx-en-Velin dan meneruskan kerjaya belianya di Saint-Priest. Di sana, beliau telah dijejak oleh pencari bakat yang datang dari seluruh Perancis. Pada suatu masa, musuh seteru Lyon iaitu Saint-Étienne begitu hampir untuk mendapatkan Fekir tetapi beliau memilih Lyon yang menandatanganinya semula pada tahun 2011. Beliau kemudiannya berkata; "Saya ingin membuktikan [Lyon] bahawa mereka telah melakukan kesilapan".[4]

Lyon sunting

 
Fekir sedang menjalani latihan bersama Lyon pada tahun 2017.

Fekir telah dimasukkan ke dalam skuad utama Lyon buat pertama kali pada 30 Julai 2013. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad utama Lyon pada 28 Ogos 2013 dengan menggantikan Yassine Benzia pada separuh masa permainan dalam aksi pusingan play-off Liga Juara-Juara menentang Real Sociedad.[5] Tiga hari kemudian, beliau tampil dalam kemunculan pertamanya untuk saingan Ligue 1 dengan beraksi sehingga wisel penamat ketika menentang Evian TG.[6] Pada 27 April 2014, beliau menjaringkan gol kompetitif pertamanya ketika perlawanan liga menentang Bastia selain menyumbang kepada jaringan Bakary Koné dan Alexandre Lacazette.[7][8] Pada musim pertamanya di Lyon, Fekir telah melakukan 17 penampilan dalam semua kejohanan bersama skuad utama Lyon dan menjaringkan satu gol.

Semasa musim 2014–15, beliau menjadi pemain utama Lyon sepanjang kempen. Pada 19 Mac 2015, beliau telah menjaringkan sebelas gol dan melakukan tujuh bantuan gol dalam 25 perlawanan liga. Prestasi beliau yang cemerlang membolehkan pasukan Perancis memanggilnya buat kali pertama. Pada 17 Mac 2015, beliau telah dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik Ligue 1 dan mendapat tempat dalam Pasukan Terbaik Ligue 1.[9] Beliau menamatkan musim 2014-15 dalam kempen liga dengan menghasilkan 13 gol dan membantu sembilan jaringan gol.

Pada 29 Ogos 2015, Fekir menjaringkan hatrik dalam aksi menewaskan Caen 4-0 pada perlawanan liga.[10] Beliau seterusnya terlepas banyak aksi pada musim 2015-16 berikutan kecederaan pada ligamen lututnya yang telah koyak.

Pada 23 Februari 2017, Fekir menjaringkan hatrik dan membantu jaringan gol Mouctar Diakhaby dalam perlawanan pusingan ke-32 Liga Europa menewaskan AZ Alkmaar sekali gus melonjakkan namanya dalam rekod penjaring terbanyak bagi aksi Liga Europa UEFA buat kali pertama dalam kerjayanya. Pada 23 Februari, beliau telah menghasilkan sepuluh gol dan membantu sepuluh jaringan gol dalam semua kejohanan pada musim 2016–17.[11]

Pada awal bulan Ogos 2017, selepas Maxime Gonalons berpindah ke Roma pada sebulan lalu, Fekir telah dinamakan sebagai kapten pasukan Lyon.[12] Pada 5 November, beliau menyumbat dua jaringan gol dalam aksi Ligue 1 menewaskan musuh seteru Lyon, AS Saint-Etienne 5-0 di gelanggang lawan. Selepas Fekir menjaringkan gol keduanya pada minit ke-84, beliau menanggalkan pakaiannya dan mengayun-ayunkan jersi yang tertera nama dan nombornya ke arah penyokong Saint-Étienne yang melontarkan objek-objek sehingga tertumpah ke atas padang. Tindakan Fekir meraikan jaringannya menimbulkan kemarahan penyokong Saint-Etienne. Pengadil Clément Turpin memimpin pemain-pemain lain menjauhi kawasan padang dan pihak polis bergegas menuju ke padang untuk meredakan keadaan. Perlawanan terpaksa dihentikan selama 40 minit sebelum kedua-dua pasukan dapat meneruskan permainan saki-baki lima terakhir di dalam Stade Geoffroy-Guichard yang hampir-hampir kosong.[13][14]

Pada musim 2017–18, Fekir ialah sebahagian daripada barisan penyerang Lyon yang tajam bersama dengan Memphis Depay dan Mariano. Beliau telah menyumbang 18 jaringan gol, Depay pula menyumbang 19 gol manakala Mariano menyumbang 18 gol untuk Lyon.[15]

Pada Jun 2018, Liverpool melakukan rundingan dengan Lyon untuk mendapatkan Fekir dengan menawarkan bayaran maksimum sebanyak 60 juta euro[16] tetapi tidak berjaya.[17]

Real Betis sunting

Pada 22 Julai 2019, Fekir menandatangani kontrak selama empat tahun dengan kelab Sepanyol, Real Betis dengan bayaran permulaan sebanyak 19.75 juta euro sebelum bayaran tambahan berjumlah 10 juta euro.[18] Lyon akan memperoleh 20 peratus daripada mana-mana penjualan pemain itu pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada perjanjian. Adik kepada Fekir iaitu Yassin juga berpindah antara kedua-dua kelab itu.[19] Beliau melakukan penampilan sulungnya di La Liga pada 18 Ogos dengan beraksi sehingga masa penuh menentang Real Valladolid.[20] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada seminggu kemudian apabila pasukannya tumpas 5-2 kepada Barcelona.[21]

Kerjaya antarabangsa sunting

Fekir hanya melakukan satu kemunculan untuk pasukan belia Perancis. Beliau memperoleh kaps pertamanya untuk pasukan bawah-21 dengan menjadi pemain gantian kepada Corentin Tolisso pada minit ke-75 perlawanan play-off kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-21 UEFA 2015 menentang Sweden pada 15 Oktober 2014. Perancis tewas 4-1 pada perlawanan itu dan 4-3 menerusi agregat sekali gus gagal untuk layak ke kejohanan akhir yang berlangsung di Republik Czech.[22][23]

Fekir telah disenaraikan ke dalam skuad Algeria untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Oman dan Qatar pada Mac 2015. Namun, beliau menarik diri kerana beliau ingin mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan Perancis menentang Brazil dan Denmark.[24] Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk Perancis pada 26 Mac 2015 ketika menentang Brazil di Stade de France dengan menggantikan Antoine Griezmann untuk 16 minit terakhir permainan yang tamat dengan kekalahan 3-1 buat Perancis.[25] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Perancis pada 7 Jun 2015 ketika perlawanan persahabatan menentang Belgium yang berlangsung di laman sendiri tetapi Perancis tewas 3-4.[26] Pada 4 September 2015, beliau tampil dalam kesebelasan utama Perancis ketika perlawanan persahabatan menentang Portugal yang menyaksikan Perancis menang 1-0. Dalam perlawanan itu, tiga ligamen pada lutut kanannya telah retak sekali gus memaksanya untuk berehat selama kira-kira enam bulan.[4][27]

Pada 25 Ogos 2016, Fekir dipanggil semula oleh skuad senior buat kali pertama sejak mengalami kecederaan untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Itali dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Belarus.[28] Namun, nama beliau terpaksa dikeluarkan ekoran mengalami kecederaan pada tiga hari kemudian.[29] Pada 7 Oktober, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan kompetitif semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Bulgaria dengan menggantikan Antoine Griezmann pada minit ke-83 yang menyaksikan Perancis meraih kemenangan 4-1 di Stade de France.[30]

Beliau telah dipilih untuk skuad bagi kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[31] Beliau beraksi dalam sembilan minit terakhir perlawanan akhir Piala Dunia 2018 menggantikan Olivier Giroud dengan menentang Croatia yang berakhir dengan kemenangan Perancis 4-2.[32]

Kehidupan peribadi sunting

Fekir mempunyai adik yang juga pemain bola sepak Perancis, Yassin Fekir yang telah melakukan kemunculan pertamanya di Lyon dan berpindah bersama dengannya ke Betis.[33] Mereka berdua berasal daripada keturunan Algeria.[34]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 8 Mac 2020.[35]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Lyon 2013–14 11 1 0 0 2 0 4[b] 0 17 1
2014–15 34 13 2 2 1 0 2[c] 0 39 15
2015–16 9 4 0 0 0 0 0 0 9 4
2016–17 32 9 2 1 1 0 13[d] 4 1 0 49 14
2017–18 30 18 2 2 0 0 8[c] 3 40 23
2018–19 29 9 3 0 1 0 6[e] 3 39 12
Jumlah 145 54 9 5 5 0 33 10 1 0 193 69
  Real Betis 2019–20 22 7 1 0 23 7
Jumlah kerjaya 167 61 10 5 5 0 33 10 1 0 216 76
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Copa del Rey.
  2. ^ Satu penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, tiga penampilan di Liga Europa UEFA.
  3. ^ a b Penampilan di Liga Europa
  4. ^ Lima penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, lapan penampilan di Liga Europa UEFA.
  5. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA

Antarabangsa sunting

Sehingga 17 November 2019.[36]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2015 5 1
2016 2 0
2017 3 0
2018 10 1
2019 4 0
Jumlah 24 2

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
7 Jun 2015 Saint-Denis, Perancis   Belgium
2–4
3–4
Persahabatan
2
28 Mei 2018   Ireland
2–0
2–0

Pencapaian sunting

Antarabangsa sunting

Perancis
Individu

Catatan sunting

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 June 2018. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ name=FIFA
  4. ^ a b "Is Nabil Fekir ready to become the heir to Zinedine Zidane's France throne?". ESPN. 12 October 2017.
  5. ^ "La Real oust Lyon and return to Europe's elite". UEFA. 28 August 2013. Dicapai pada 20 March 2015.
  6. ^ "Narrow win for Evian". Sky Sports. 31 August 2013. Dicapai pada 20 March 2015.
  7. ^ "Lyon keep up pressure". Sky Sports. 27 April 2014. Dicapai pada 20 March 2015.
  8. ^ "Olympique Lyonnais vs. Bastia 4 - 1". Soccerway.
  9. ^ "Trophées UNFP: Nabil Fékir élu meilleur espoir de la saison". L'Equipe.
  10. ^ "Nabil Fekir's hat-trick helps Lyon to win 4-0 at Caen". Eurosport. 29 August 2015. Dicapai pada 2 December 2015.
  11. ^ "Lyon rejoint les 8es de finale de Ligue Europa après un festival". L'Équipe. 23 February 2017.
  12. ^ "Lyon : le retour du grand Fekir ?". Le Figaro (dalam bahasa French). 11 August 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Lyon's Nabil Fekir doesn't regret celebration that sparked pitch invasion". ESPN. 7 November 2017.
  14. ^ "Nabil Fekir sparks fan pitch invasion with Lionel Messi-style celebration after scoring in Lyon's 5-0 Ligue 1 win". Fox Sports. 6 November 2017.
  15. ^ "Ligue 1 : le classement des buteurs de la saison 2017-2018" [Ligue 1: top scorers of the 2017-2018 season] (dalam bahasa French). Europe 1. 19 May 2018. Dicapai pada 31 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ McNulty, Phil (8 June 2018). "Nabil Fekir: Liverpool close to deal for Lyon and France attacker". BBC Sport. Dicapai pada 26 June 2018.
  17. ^ "Nabil Fekir: Liverpool target staying at Lyon, say Ligue 1 club". BBC Sport. 9 June 2018. Dicapai pada 26 June 2018.
  18. ^ "Nabil Fekir, nuevo jugador del Real Betis" [Nabil Fekir, new Real Betis player] (dalam bahasa Spanish). Real Betis. 22 July 2019. Dicapai pada 22 July 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Nabil, Yassin Fekir complete move to Real Betis". Olympique Lyonnais. 23 July 2019. Dicapai pada 23 July 2019.
  20. ^ "El Betis entra con mala pata a la Liga" [Betis badly enters the League]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). 18 August 2019. Dicapai pada 2 September 2019.
  21. ^ "Barcelona 5-2 Real Betis: Antoine Griezmann hits two to seal first La Liga win". 25 August 2019. Dicapai pada 2 September 2019.
  22. ^ Biodata Nabil Fekir di Soccerway
  23. ^ "Sweden U21 vs. France U21 4 - 1".
  24. ^ Holyman, Ian (19 March 2015). "Nabil Fekir and Kurt Zouma named in France squad for friendlies". ESPN. Dicapai pada 20 March 2015.
  25. ^ Emons, Michael (26 March 2015). "France 1-3 Brazil". BBC Sport. Dicapai pada 26 March 2015.
  26. ^ "Impressive Belgium beat France". UEFA. 7 June 2015. Dicapai pada 7 June 2015.
  27. ^ Huguenin, Michael (4 September 2015). "Fekir ruptures knee ligaments". Goal.com. Dicapai pada 5 September 2015.
  28. ^ "Corchia, Kurzawa et Sidibé appelés pour affronter l'Italie et la Biélorussie, pas Evra". Le Figaro. 25 August 2016.
  29. ^ "Fekir, Lacazette et Cabaye forfait, Gameiro, Dembélé et Kondogbia appelés". Le Figaro. 28 August 2016.
  30. ^ name="NabilFekirSoccerway"
  31. ^ Benson, Michael (17 May 2018). "World Cup 2018: Chelsea, Manchester United and Manchester City stars included in France's squad for finals". Talksport. Dicapai pada 24 May 2018.
  32. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC Sport. Dicapai pada 18 July 2018.
  33. ^ "Family ties: Fekir brothers become OL's 10th sibling duo". Olympique Lyonnais.
  34. ^ "Nabil Fekir initially chose Algeria over France call-up".
  35. ^ name="NabilFekirSoccerway"
  36. ^ name=eufoot
  37. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC. Dicapai pada 15 July 2018.
  38. ^ "Trophées UNFP : Nabil Fekir élu meilleur espoir de Ligue 1". RTL. Dicapai pada 3 September 2016.
  39. ^ name="palmares2018">"Le palmarès complet des Trophées UNFP". France Football (dalam bahasa French). 13 May 2018. Dicapai pada 6 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  40. ^ name=POTM>"Nabil Fekir et Umut Bozok, joueurs du mois d'Octobre !". UNFP. 14 November 2017. Dicapai pada 5 December 2017.
  41. ^ name=Legion

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Real Betis