Nahdhah
Nahdhah (Arab: النَهضَة, rumi: an-Nahdhah "kebangkitan" terbitan kata kerja نَهَضَ nahadha "bangun; bangkit"[1]) gerakan kebangkitan budaya yang terwujud dalam Dunia Arab yang terjadi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bermula serentak di Mesir dan rantau Syam terutamanya Lubnan dan Suriyah[2] berkaitan dengan ketergugatan kuasa Uthmaniyah berikutan penyerangan Mesir oleh balatentera Napoleon Bonaparte pada tahun 1798 selain perombakan kuasa Uthmaniyah mendekati suatu kerajaan berpelembagaan. Namun, perbezaan latar masyarakat Mesir dan Syam memincangkan tujuan gerakan yang diadakan secara peringkat setempat di mana gerakan di Mesir menumpu kepada pembaharuan dalam siasah dunia Islam sedangkan negeri-negeri Syam menumpukan kepada pembaharuan kebudayaan.[3]
Zaman ini menyaksikan penyegaran dan pemajuan intelektual Arab paling utama dengan perkenalan teknologi percetakan moden[4][5][6] serta penerjemahan penulisan saintifik kembangan saintis Barat ke dalam bahasa Arab yang menyusul[7][8] jadi antara titik mula perkembangan Bahasa Arab Fusha. Sastera Arab moden turut berkembang terutamanya dengan gerakan Mahjar diterajui para imigran Arab Kristian ke Amerika Syarikat pada waktu yang sama,[9][10] begitu juga dengan pendirian universiti-unversiti Kristian di Beirut dan Baghdad.[11]
Rujukan
sunting- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 373. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Ansari, Abdul Latif (2010). Thoughts and Ideologies of Mikhail Nu'aima, the Mahjar Poet in the development of Modern Arabic Poetry; A critical study. Shodhganja. Chapter 1. hdl:10603/116505.
- ^ "Histories of the Modern Middle East". College of Liberal Arts, The University of Texas at Austin. Dicapai pada 2017-09-27.
- ^ Adnan A. Musallam, Arab Press, Society and Politics at the End of The Ottoman Era Diarkibkan 19 Julai 2011 di Wayback Machine
- ^ Hallaq, Boutros; Toelle, Heidi (2007). Histoire de la littérature arabe moderne : 1800-1945 (dalam bahasa Perancis). Paris: Sindbad Actes Sud. ISBN 978-2-7427-5904-0.
- ^ Florian, Louis (2016). Incertain Orient : le Moyen-Orient de 1876 à 1980 (dalam bahasa Perancis). Paris: PUF. m/s. 96. ISBN 978-2-13-074910-3.
- ^ Zeina, Farah Magdy (Ogo 2020). "Nahdah Translators and the Politics of Modernization in Colonial Egypt: A Paratextual Analysis of Darwinism as a Reform Project". Transletters - International Journal of Translation and Interpreting (dalam bahasa Inggeris). Universidad de Córdoba. 4 (2020): 341–5. ISSN 2605-2954.
- ^ Elshakry, Marwa S. (Dis 2008). "Knowledge in Motion: The Cultural Politics of Modern Science Translations in Arabic". Isis. University of Chicago Press. 99 (4): 701–730. doi:10.1086/595767. ISSN 0021-1753.
- ^ Fahrenthold, Stacy (2014). Making Nations, in the Mahjar: Syrian and Lebanese Long-distance Nationalisms in New York City, São Paulo, and Buenos Aires, 1913–1929 (dalam bahasa Inggeris). Northeastern University. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 May 2021. Dicapai pada 29 October 2021.
- ^ Moreh, Shmuel (1976). Modern Arabic Poetry 1800–1970: the Development of its Forms and Themes under the Influence of Western Literature. Brill. m/s. 85. ISBN 978-90-04-04795-2.
- ^ Labki, Butrus (Mei 27, 2010). "دور العرب المسيحيين المشارقة فــي تحديث العالم العربي" [Peranan Arab Kristian memajukan dunia Arab] (dalam bahasa Arab). Union Catholique de la International Presse Liban. Diarkibkan daripada yang asal pada Dis 3, 2013.
Bacaan lanjut
sunting- Albert Hourani, A History of the Arab Peoples, New York: Warner Books, 1991. (ISBN 0-446-39392-4)
- Ira M. Lapidus, A History of Islamic Societies, 2nd Ed. Cambridge University Press, 2002.
- Karen Armstrong, The Battle for God, New York City, 2000.
- Samir Kassir, Considérations sur le malheur arabe, Paris, 2004.
- Stephen Sheehi, Foundations of Modern Arab Identity, University Press of Florida, 2004.
- Fruma Zachs and Sharon Halevi, From Difa Al-Nisa to Masalat Al-Nisa in greater Syria: Readers and writers debate women and their rights, 1858–1900. International Journal of Middle East Studies 41, no. 4 (2009): 615 – 633.
Pautan luar
sunting- Plain talk – by Mursi Saad ed-Din, in al-Ahram Weekly.
- Tahtawi in Paris – by Peter Gran, in al-Ahram Weekly.
- France as a Role Model – by Barbara Winckler