Nasiruddin al-Syair

ahli politik Palestin

Nasiruddin Al-Syair (Arab: ناصر الدين الشاعر) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Palestin pada Mac 2006 hingga Mac 2007 di bawah kabinet pertama Ismail Haniyeh mewakili pertubuhan Hamas[1], sebelum diganti oleh Azzam al-Ahmad dari Fatah dalam kabinet perpaduan pimpinan Ismail Haniyeh.

Nasiruddin Al-Syair
ناصر الدين الشاعر
Timbalan Perdana Menteri Palestin
Dalam jawatan
Mac 2006 – Mac 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehNabil Shaath
Digantikan olehAzzam Al-Ahmad
Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin
Dalam jawatan
Mac 2006 – Jun 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehNaim Abu Hummus
Digantikan olehLamis al-Alami (Palestin)
Osama Al-Muzaini (di Gaza)
Butiran peribadi
LahirNasiruddin Mohammed Ahmad al-Syair
1961
Parti politik Hamas

Dalam pada itu, beliau turut dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin dari Mac 2006 hingga Jun 2007, iaitu selepas kabinet perpaduan dibubarkan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "The ministerial statement of the new government as read by PM elect Ismail Hanieh in front of the PLC". 27 Mac 2006. Dicapai pada 2 November 2023.
  2. ^ "The PA Ministerial Cabinet List March 2006 - March 2007". Dicapai pada 2 November 2023.