Negeri Naungan Bohemia dan Moravia

Negeri Naungan Bohemia dan Moravia (Jerman: Protektorat Böhmen und Mähren; Czech: Protektorát Čechy a Morava) adalah negeri naungan Jerman Nazi bermajoriti etnik Czech yang ditubuhkan selepas pendudukan Jerman ke atas Czechoslovakia dengan pengilhakkan wilayah Sudetenland dari Tanah Czech sebagai sebuah Reichsgau. Ekoran penubuhan Republik Slovakia merdeka pada 14 Mac 1939, dan pendudukan Jerman keatas saki baki negara Czech pada keesokkan harinya, protektorat (negeri naungan) telah ditubuhkan pada 16 Mac 1939 oleh satu pengisytiharan Adolf Hitler dari Istana Prague.

Negeri Naungan Bohemia dan Moravia
Protektorat Böhmen und Mähren
Protektorát Čechy a Morava
1939–1945
Bendera Bohemia dan Moravia
Jata Bohemia dan Moravia
Bendera Jata
Lagu kebangsaanKde domov můj?
"Where is my home?"
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia pada tahun 1942.
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia pada tahun 1942.
StatusNegeri naungan berautonomi Jerman[1]
Ibu negaraPrague
Bahasa yang umum digunakanBahasa Czech, Bahasa Jerman
Penaung Reich 
• 1939–1943
Konstantin von Neurath
• 1941–1942
Reinhard Heydrich (pemangku)
• 1942–1943
Kurt Daluege (pemangku)
• 1943–1945
Wilhelm Frick
Presiden 
• 1939–1945
Emil Hácha
Perdana Menteri 
• 1939
Rudolf Beran (pemangku)
• 1939–1941
Alois Eliáš
• 1942–1945
Jaroslav Krejčí
• 1945
Richard Bienert
Era SejarahPerang Dunia II
15 Mac 1939
11 Mei 1945
Keluasan
193949,363 km2 (19,059 bt2)
Populasi
• 1939
7380000
Mata wangKoruna Protektorat
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Kedua Czechoslovakia
Republik Ketiga Czechoslovakia
Sekarang sebahagian dari Republik Czech

Kerajaan Jerman mewajarkan campur tangannya dengan mendakwa bahawa Czechoslovakia telah terjerumus kedalam huru hara kerana negara tersebut telah berpecah belah disebabkan sempadan etnik, dan dengan itu tentera Jerman sedang berusaha untuk memulihkan ketenteraman di rantau ini.[2] Czechoslovakia pada masa itu dibawah Presiden Emil Hácha telah mengejar dasar luar yang pro-Jerman; walau bagaimanapun, dalam perjumpaan dengan Führer Adolf Hitler Jerman, Hácha tunduk kepada permintaan Jerman dan mengeluarkan deklarasi yang menyatakan bahawa berdasarkan peristiwa yang berlaku beliau menerima takdir rakyat Czech akan ditentukan oleh negara Jerman; Hitler menerima deklarasi Hácha dan mengumumkan bahawa Jerman akan memberikan rakyat Czech dengan sebuah protektorat berautonomi yang ditadbir oleh etnik Czech.[2] Hácha telah dilantik presiden protektorat pada hari yang sama.

Bohemia merupakan sebuah wilayah autonomi yang ditadbir Nazi dimana kerajaan Jerman menganggap ia sebahagian daripada Reich Jerman Raya.[1] Kewujudan negara tersebut berakhir dengan penyerahan kalah Jerman kepada Pihak Sekutu pada Mei 1945.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Lemkin, Raphaël: Axis Rule in Occupied Europe, page 343. Harold Bold Verlag, 1944.
  2. ^ a b Crowhurst, Patrick. Hitler and Czechoslovakia in World War II: Domination and Retaliation. P96.

Sumber sunting

Pautan luar sunting

Templat:Czechoslovakia timeline Templat:Czechoslovakia in World War Two Templat:Nazi Gaue Templat:German administrative territories

Koordinat: 50°05′00″N 14°28′00″E / 50.0833°N 14.4667°E / 50.0833; 14.4667