Negeri Perak Kota Setia (1874-1875)

Negeri Perak Kota Setia (1874-1875) adalah sebuah siri televisyen mengenai kisah sejarah sebenar penentangan di antara penjajah Inggeris dan anak Melayu di Kota Setia, Perak di antara 1874 dan 1875. Ini semuanya berlaku apabila Residen Inggeris pertama ke Perak J.W.W Birch telah cuba melaksanakan polisinya melalui wakilnya Smith, yang dianggap kejam dan menindas oleh orang tempatan Kota Setia. Malangnya orang Inggeris tersebut tersalah hitung dan mendapati penduduk Kota Setia tidak semudah yang diduga. Maka, berlakulah pemberontakan penduduk tempatan dengan pihak Inggeris.

Penggambaran drama bersiri ini telah dilakukan pada tahun 1995 di Kampung Teluk Bakong, Lambor Kanan, Perak Darul Ridzuan. Set penggambaran yang merupakan latar sebuah perkampungan Melayu lama telah dibina secara besar-besaran di atas sebidang tanah di kawasan padang ragut di pinggir Sungai Perak.

Rancangan ini pernah disiarkan di RTM 2 pada 1996.

PelakonSunting

Eksekutif Produksi: Tom Tieh
Penerbit Eksekutif: Stanley Lee
Skrip/ Penyelidikan: HVD Script Writing Academy