Ahmad bin Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama Ahmad B (1930 - 2 Jun 2004) merupakan stuntman dan pemuzik era 40an dan sekaligus bapa daripada seorang dramatis yang terkenal di Malaysia, Ainina Ahmad B.

Ahmad B
Kelahiran
Ahmad bin Abdul Hamid

1930 (1930)
Meninggal dunia2 Jun 2004(2004-06-02) (umur 73–74)
Tempat ditanamTanah Perkuburan Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor
PekerjaanStuntman, Pemuzik
Tahun aktif1940an - 2004
PasanganAlijah Abdul Rahman
Anak-anakMohamad
Ainina Ahmad B
Omar Baki
Abdul Rahman

Biografi sunting

Asal Usul Nama sunting

Asalnya beliau mula dalam dunia seni ini sekitar hujung 40an apabila bergabung bersama kumpulan Bangsawan, Beliau menerima gelaran Ahmad 'B' ketika berlakon dalam kumpulan bangsawan Rahman B pada akhir tahun 40-an.[1]

Kerjaya sunting

Kepakaran Ahmad B diperlukan apabila muncul bersama P.Ramlee dalam filem Jangan Tinggal Daku (1971), sebagai watak cameo di kelab malam kemudian di dalam kereta yang terlibat dalam kemalangan. Penglibatan seni tahun 80-an hingga 90an, Ahmad B lebih menonjol dan sering muncul dalam drama tempatan bersama anaknya Ainina Ahmad B. Antara lakonan drama Ahmad B yang paling diingati adalah Datuk Limbong arahan Aziz Jaafar, dibintangi oleh Aziz Abdullah dan Hail Amir tahun 1980-an.

Gelaran sunting

Ahmad B pernah diberi gelaran sebagai "King of Stunt" oleh pelakon Hindi, Kaber Bedi selepas melakukan adegan stunt bagi filem antarabangsa bertajuk Sandokan-Pirate of Malaysia (1976). Beliau mencampakkan diri dari atas dek kapal, lereng bukit dan keluar bangunan. Filem produksi Itali ini melakukan pengambaran selama beberapa minggu di Singapura & Pengkalan Setar, Kuala Terengganu. Pada tahun 1997 Ahmad dianugerah pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Agong ke 9 iaitu Tunku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.[2]

Kematian sunting

Beliau telah menghembus nafas terakhir pada 2 Jun 2004 di kediamannya meninggalkan isterinya Alijah Abdul Rahman yang juga pelakon Bangsawan serta empat orang anak iaitu Mohamad, Ainina Ahmad B, Omar Baki dan Abdul Rahman. Seniman Ahmad B dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.[3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-18.
  2. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-18.
  3. ^ syahmade205 (2022-01-26). "Masih Ingat Lagi Allahyarham Seniman Ahmad B! King of Stunt – Ringkasan tentang Ahmad B". Media Inside (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-18.
  4. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-18.