Ngah Muhamad bin Yusof

Dato' Seri Amar Di Raja Haji Ngah Muhamad bin Haji Yusof, MBE, lebih dikenali dengan nama Haji Ngah, (14 Disember 1878 – 28 Jun 1940) merupakan Menteri Besar Terengganu yang pertama dalam sistem pentadbiran moden. Beliau dilantik menjawat posisi tersebut bermula 21 April 1925 hingga 28 Jun 1940.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amar Di Raja, MBE

Ngah @ Muhammad bin Yusof
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
21 April 1925 – 28 Jun 1940
RajaSultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Didahului olehJawatan Baru
Digantikan olehYAB/YB/YAMYM Tengku Seri Setia Raja Tengku Haji Omar bin Tengku haji Othman
Butiran peribadi
Lahir14 Disember 1878
Terengganu Kampung Tualang, Manir, Terengganu
Meninggal dunia28 Jun 1940
0
PasanganCik Wok binti Idris
Cik Teh Fatimah binti Ali
Anak-anakhaji Muhammad Said,
haji Che Shur Mahmud,
Haji Dhar Mohamad Salleh,
Haji Hittam abdil Hammid,
Hajjah Shur Embak Khadijah
IbuChe Teh Hamidah binti aljo
BapaDato' Mata Mata Tua Haji Yusof bin Tualang
Kediaman00


Pengenalan sunting

Terengganu mengalami pembaharuan pesat semasa dibawah pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920-1941). Baginda berusaha memodenkan sistem pentadbiran negeri dengan memperkenalkan beberapa jabatan kerajaan, seperti posisi pejabat Menteri Besar, Jabatan Kesihatan, Keselamatan Negeri dan Pendidikan.

Pemodenan ini dilakukan atas usul yang dibawa oleh John Lisseter Humpreys, ejen British (1916-1919) dan Penasihat kerajaan (1919-1925).

Dalam sistem pentadbiran tradisional, jawatan Menteri Besar telahpun wujud, tapi kuasa mentadbir dilakukan sendiri oleh Sultan. Selepas 1925, perjalanan pentadbiran negeri (kuasa eksekutif) dipegang dan dilaksana oleh Menteri Besar.

Kareer sunting

Haji Ngah terdedah dengan urusan istana ketika berusia 17 tahun lagi. Beliau dibawa oleh bapa saudaranya, iaitu Encik Yunus, Setiausaha Kerajaan Negeri waktu itu ke istana dan diberi kerja sebagai pelatih kerani. Tugas beliau adalah menyalin nota kerajaan, dan surat pegawai. Haji Ngah lah draf surat rasmi antara jabatan, warta dan dokumen, dan membalas surat antara kerajaan.

Perjalanan kareer beliau diringkaskan saperti berikut.

  • Pelatih Kerani (1893 -1900)
  • Setiausaha Sulit Kerajaan Terengganu dan Ahli Mesyuarat Pentadbiran Negeri (1900-1917)
  • Naib Menteri Besar (1917-1924)
  • Menteri Besar (1925 - 1940).

Semasa menjawat Menteri Besar, Ngah Muhamad turut diberi kepercayaan oleh Sultan untuk menjalankan beberapa tugasan secara ad-hoc, iaitu sebagai Hakim Mahkamah Rayuan (lebih 10 kali), Pemangku Hakim, Pemangku Pesuruhjaya Agama Negeri dan Keadilan, Ahli Jawatankuasa Hukum Nikah para kerabat diraja 1938, AJK belanjawan negeri 1939.

Malah beliau turut diamanahkan sebagai pemangku Sultan sebanyak 4 kali, ketika keberangkatan Baginda Sultan Zainal Abidin III ke Mekah. Jelaslah beliau begitu berkebolehan dalam urusan pentadbiran, dan menjadi kepercayaan no 1 Sultan.

Pembangunan Sosial sunting

Haji Ngah memperkenalkan dua mahkamah pada 1917, iaitu mahkamah balai (sivil) bagi bicarakan kes sosial seperti judi, kecurian, hutang-piutang, jenayah, dan mahkamah kadi (syariah) untuk kes melibatkan islam. Waktu itu, polis dikenali sebagai 'mata-mata' atau budak raja.

Jabatan Tanah, Galian dan Khazanah, kerja raya dan syahbandar turut diadakan. Bagi pejabat tanah, Haji Ngah sendiri yang mengendalikannya dan memegang cap sebagai wakil sultan.

PAda 1921, terdapat sebuah sekolah Inggeris, iaitu Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, sekolah cina Chung Hwa Wei Sin, disamping 9 sekolah melayu lain. Empat dari sekolah ini terletak di Kuala Terengganu. Pada waktu itu, Sekolah Inggeris mendapat stigma 'Sekolah Kristian', jadi Haji Ngah mengusulkan penubuhan sebuah sekolah agama kerajaan bagi menandingi prestij Sekolah Sultan Sulaiman. Dengan usul ini, maka ditubuhkan Madrasah Sultan Zainal Abidin dengan berteraskan subjek agama disamping matapelajaran lain.

Majlis Perbandaran sunting

Pada 1911, telah ada kawat telefon, pejabat pos dan jalan tar sepanjang 10 batu di Kuala Terengganu. Majlis Bandaran ditubuhkan pada 1917, dengan 3 pegawai dan 2 bukan pegawai. Tugas majlis bandaran pada waktu itu adalah menyelia bandar, infrastruktur awam seperti jalan, dan pasar yang mulai semakin berkembang. Pada waktu itu, kawasan yang dianggap bandar adalah di Jalan Pasar Tanjung (Jalan Sultan Zainal Abidin), Jalan Paya Bunga (Jalan Sultan Ismail) dan Kampung Cina.

Haji Ngah mencadangkan kepada penasihat British beberapa projek kerja raya, seperti pembinaan jalan menghubungkan Kelantan-Terengganu, Jalan Terengganu-Pahang, Jalan Bukit Payung-Kuala Berang, dan pembaikan jalan raya di bandar. Asalnya cadangan ini ditolak oleh penasihat, kerana kewangan negeri meruncing. Tapi penasihat akur dan membuat pinjaman dengan kerajaan persekutuan (NNMB) untuk membiayai pembinaan jalan ini.

Loji janaan elektrik diperkenalkan semasa zaman Haji Ngah. Sebuah loji dibina di Pulau Kambing, iaitu kawasan lapang behampiran Bukit Keledang.

Isu Istana sunting

Selepas kemangkatan Sultan Zainal Abidin III, anakanda baginda iaitu Tengku Muhamad dilantik menjadi Sultan baru dengan gelaran Sultan Haji Muhammad II Muazzam Shah.

Semasa baginda memerintah, Sultan Muhamad menulis surat pada kerajaan negeri bagi memohon peruntukan renovasi istana baginda di Kampung Pengadang Akar, Gong Kapas. Penasihat Inggeris melihat belanja yang dipohon adalah agak besar, kira-kira 1/5 bajet tahunan kerajaan negeri. Permohonan itu ditolak oleh penasihat Inggeris. Akhirnya baginda berkecil hati dan melepaskan seluruh hak baginda dan keturunan keatas takhta Sultan.

Sultan Muhamad II digantikan oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Legasi sunting

Dato Seri Amar Diraja Haji Ngah meninggal pada 28 Jun 1940. Beliau meninggalkan beberapa legasi.

  1. Rumah beliau di Kampung Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu telah di gunakan sebagai bangunan pertama bagi Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).
  2. Surau Dato Amar Tanjung

Pegawai British yang bertugas selama 9 tahun di Terengganu dan sangat memahami keadaan tempatan, iaitu John Lisetter Humpreys menyifatkan Haji Ngah sebagai seorang tokoh anak tempatan yang 'cerdik dan berwibawa'. Haji Ngah dianugerahkan medal 'Member of Orders of British Empire' oleh kerajaan British.

Rujukan sunting

https://www.terengganu.gov.my/index.php/ms/kerajaan/info-kerajaan/senarai-menteri-besar-terengganu

Fatimah bte Abdullah, 1976/77. "Peranan Dato' Seri Amar Diraja (Haji Ngah@Muhammad bin Yusof), Terengganu, 1909-1940". Latihan Ilmiah, jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.



Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
April 1911Jun 1940
Penyandang Kemudian
tiada Tengku Omar bin Othman