Nico Pelamonia (lahir 16 Mac 1940) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Indonesia yang memenangi Anugerah Citra untuk Pengarah Terbaik pada 1976 menerusi filem Semalam di Malaysia. Beliau telah berlakon dalam 33 filem sejak kemunculan sulungnya dalam filem Dibalik Awan arahan Fred Young pada 1963.

Nico Pelamonia
Kelahiran (1940-03-16) 16 Mac 1940 (umur 84)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, pengarah filem
AnugerahAnugerah Citra

Biografi sunting

Nico dilahirkan di Ambon, Maluku, pada 16 Mac 1940. Ibu bapanya berhasrat untuk menjadikan beliau sebagai imam, dan selepas sekolah menengah atas, beliau dihantar ke Jawa untuk mempersiapkannya.[1] Pada 1962, bagaimanapun, Nico memohon di Akademi Teater Nasional Indonesia (ATNI). Beliau mempunyai peranan filem pertama, sedikit bahagian dalam filem arahan Fred Young Dibalik Awan, pada tahun berikutnya.[2] Semasa persekolahannya, beliau berlakon dalam dua filem iaitu filem araha D. Djajakusuma Masa Topan dan Badai (1963) dan filem arahan Pitrajaya Burnama Karma (1965).[3] Beliau juga terlibat dalam televisyen, menjadi penyampai di stesen TVRI yang baru ditubuhkan.[4]

Pada 1965 Nico meninggalkan ATNI[4] dan mengikat kontrak bersama Pertisa Film, kemudian dikenali sebagai Tuti Mutia Film Production.[2] Filem pertama Nico bersama syarikat itu, Fadjar Ditengah Kabut memperlihatkan beliau berlakon dan berkhidmat sebagai pembantu pengarah kepada Danu Umbara. Pada tahun berikutnya, beliau menduduki kerusi pengarah melalui filem pertama, Sendja di Jakarta yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama nukilan Mochtar Lubis. Dua tahun kemudian, beliau berangkat ke Jerman Barat, di mana beliau mempelajari pembikinan filem.[2]

Selepas pulang ke Indonesia pada 1970,[2] Nico meneruskan kerjaya lakonan. Beliau mengambil peranan dalam filem arahan Hasmanan Samiun dan Dasima pada 1970. Tahun berikutnya beliau mengarahkan filem pertamanya sejak kembali dari Jerman Barat, Jang Djatuh Dikaki Lelaki dari novel oleh Abdullah Harahap.[2][5] Beliau mengarahkan empat filem lagi bersama Tuti Mutia, berlakon dalam beberapa filem. Ini berpuncak dengan Semalam di Malaysia pada 1975. Selepas filem itu mendapat Anugerah Citra untuk Pengarah Terbaik di Festival Filem Indonesia 1976, Nico meninggalkan Tuti Mutia dan mula bekerja secara bebas.[2]

Antara 1976 dan 1988 Nico mengarahkan 13 lagi filem, kebanyakannya percintaan. Adaptasi beliau pada tahun 1981 Dr. Karmila oleh Marga T memperolehi satu lagi pencalonan Anugerah Citra,[6] biarpub beliau tewas kepada filem arahan Arifin C. Noer Serangan Fajar.[7] Nico juga berlakon dalam 10 lagi filem, termasuk Nagabonar pada 1986; filem itu telah diserahkan untuk Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik, walaupun ia tidak dicalonkan.[8] Semasa tahun 1980-an, beliau aktif sebagai ahli jawatankuasa pemilihan Festival Filem Indonesia dan Pengerusi Persatuan Pekerja Filem dan Televisyen.[1]

Filemografi sunting

Sebagai pelakon sunting

  • Dibalik Awan (1963)
  • Masa Topan dan Badai (1963)
  • Karma (1965)
  • Fadjar Ditengah Kabut (1966)
  • Sendja di Djakarta (1967)
  • Hidup, Tjinta dan Air Mata (1970)
  • Samiun dan Dasima (1970)
  • Anjing-Anjing Geladak (1972)
  • Laki-Laki Pilihan (1973)

  • Tragedi Tante Sex (1976)
  • Si Doel Anak Modern (1976)
  • Pengalaman Pertama (1977)
  • Yoan (1977)
  • Istriku Sayang Istriku Malang (1977)
  • Ombaknya Laut Mabuknya Cinta (1978)
  • Musang Berjanggut (1983)
  • Penyesalan Seumur Hidup (1986)
  • Nagabonar (1986)
  • Akibat Kanker Payudara (1987)

Sebagai krew sunting

  • Sendja di Djakarta (1967)
  • Jang Djatuh Dikaki Lelaki (1971)
  • Anjing-Anjing Geladak (1972)
  • Laki-Laki Pilihan (1973)
  • Prahara (Betinanya Seorang Perempuan) (1974)
  • Semalam di Malaysia (1975)
  • Wajah Tiga Perempuan (1976)
  • Marina (1977)
  • Anggrek Merah (1977)
  • Yoan (1977)

  • Perempuan Tanpa Dosa (1978)
  • Di Ujung Malam (1979)
  • Karena Dia (1979)
  • Cantik (1980)
  • Permainan Bulan Desember (1980)
  • Amalia SH (1981)
  • Dr. Karmila (1981)
  • Luka Hati Sang Bidadari (1983)
  • Kenikmatan (1984)
  • Yang Terbelenggu (1984)
  • Gema Kampus 66 (1988)

Rujukan sunting

Sumber petikan sunting

  • "Dr. Karmila". filmindonesia.or.id (dalam bahasa Indonesia). Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-29. Dicapai pada 29 March 2013.
  • "Filmografi Nico Pelamonia" [Filemografi Nico Pelamonia]. Filmindonesia.or.id (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-20. Dicapai pada 20 April 2013.
  • "Jang Djatuh Dikaki Lelaki". Filmindonesia.or.id (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-20. Dicapai pada 20 April 2013.
  • "Nico Pelamonia". Filmindonesia.or.id (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-20. Dicapai pada 20 April 2013.
  • "Nico Pelamonia". Encyclopedia of Jakarta (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Jakarta City Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-20. Dicapai pada 20 April 2013.
  • "Nico Pelamonia" (dalam bahasa Indonesia). Taman Ismail Marzuki. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-20. Dicapai pada 20 April 2013.
  • "Penghargaan Serangan Fajar" [Anugerah Serangan Fajar]. filmindonesia.or.id (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Konfidan Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-31. Dicapai pada 31 December 2012.
  • Widjaya, Yan (22 November 2007). "Upaya Indonesia Mencari Peluang" [Indonesia Mencari Peluang]. Suara Pembaruan (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2008. Dicapai pada 23 October 2011.

Pautan luar sunting