Nizar Awadallah (Arab: نزار عوض الله) ialah seorang ahli politik Palestin dari gerakan Hamas. Beliau menyertai banyak siri delegasi Hamas ke negara-negara dunia. Beliau terlibat dalam rundingan pertukaran tawanan dari Israel Gilad Shalit dengan 1,027 orang Palestin yang ditahan Israel pada 2011.[1] Pada 2006, beliau telah dilantik mengetuai Hamas di Gaza, pasca kemenangan gerakan itu dalam pilihan raya.

Nizar Awadallah
نزار عوض الله
Ketua Hamas
di Genting Gaza
Dalam jawatan
2006–2012
Didahului olehAbdul Aziz al-Rantisi (2004)
Digantikan olehIsmail Haniyeh
Butiran peribadi
Lahir (1957-12-11) 11 Disember 1957 (umur 66)
Bandar Gaza, Gaza
KewarganegaraanPalestin
Parti politik Hamas
Alma materUniversiti Ain Syams

Latar belakang sunting

Nizar dilahirkan pada 11 Disember 1957 di Gaza[2] dari keluarga yang berasal dari Majdal (kini Asqalan). Beliau ialah anak kepada seorang ulama di Universiti Al-Azhar, Mesir.[3] Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan awam dari Universiti Ain Syams di Kaherah pada 1981.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Sadiki, Larbi. "Captives of war and peace". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-26.
  2. ^ "نزار عوض الله" (dalam bahasa Arab). 2021-03-31. Dicapai pada 2023-10-26.
  3. ^ a b "حركة المقاومة الإسلامية - حماس -". web.archive.org. 2017-07-11. Dicapai pada 2023-10-26.