Nord (jabatan)

jabatan di Perancis
(Dilencongkan dari Nord, Perancis)

Nord (Sebutan Perancis: [nɔʁ]  (Speaker Icon.svg dengar))[2]; secara rasmi Bahasa Perancis: département du Nord; Bahasa Belanda: Noorderdepartement, lit. Jabatan Utara), merupakan jabatan di Perancis yang terletak di kawasan Hauts-de-France (Dahulunya Nord-Pas-de-Calais) yang bersempadan dengan Belgium. Ia tercipta daripada bahagian barat wilayah bersejarah Flanders, Hainaut dan Keuskupan Cambrai. Jata bagi jabatan ini diambil daripada jata Wilayah Flanders.

Nord
Logo Jabatan Nord yang mulai digunakan dari 2020
Logo Jabatan Nord yang mulai digunakan dari 2020
Bendera bagi Nord
Jata bagi Nord
Lokasi Nord di dalam peta Perancis
Lokasi Nord di dalam peta Perancis
Koordinat: 50°23′N 03°19′E / 50.383°N 3.317°E / 50.383; 3.317Koordinat: 50°23′N 03°19′E / 50.383°N 3.317°E / 50.383; 3.317
NegaraPerancis Perancis
KawasanHauts-de-France
PrefekturLille
Subprefektur
Kerajaan
 • Presiden Majlis JabatanChristian Poiret
Luas
 • Jumlah5,742.74 km2 (2,217.28 batu persegi)
Penduduk
 (2019[1])
 • Jumlah2,608,346 [1]
 • Kedudukan1
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Nombor jabatan59
Arrondissement6
Kanton41
Komun648
↑1 Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk muara dan tasik, kolam dan glasier yang lebih besar daripada 1 km2

Nord ialah jabatan paling ramai penduduk di negara Perancis.Ia juga mengandungi wilayah metropolitan Lille (bandar utama dan prefektur jabatan), kawasan bandar keempat terbesar di Perancis selepas Paris, Lyon dan Marseille. Di dalam jabatan itu terletak bahagian Perancis di mana dialek Bahasa Belanda, Flemish Perancis telah dituturkan sebagai bahasa ibunda secara turun-temurun. Begitu juga, dialek Picard Perancis yang berbeza Ch'ti dituturkan di sini.

Asal-usul namaSunting

Nama "Nord" mempunyai dua asal usul:

  • Ia merupakan jabatan pertama di negara Perancis yang dinamakan. Nama ini kadangkala diperdebatkan sejak penciptaannya, Ia dianggap tidak mempunyai nilai sejarah dan boleh menyebabkan kekeliruan dengan titik koordinat (Utara/Nord juga boleh dirujuk untuk semua jabatan jiran).
  • Selain itu,Nama "Nord" digunakan oleh kerana pantai jabatan itu bersempadan dengan Laut Utara (Bahasa Perancis: Mer du Nord)

SejarahSunting

Suku kaum Belgae, seperti Menapii dan Nervii ialah kaum pertama yang direkodkan di kawasan itu yang kemudiannya dikenali sebagai Nord.

Sekitar abad ke-4 dan ke-5, Pemerintah Rom di Gallia Belgica memperkukuhkan penguasaan di laluan dari pelabuhan utama Bononia (Boulogne) hingga ke Colonia (Cologne), dengan bekerjasama dengan bangsa Jerman di timur laut koridor ini, seperti Tungri. Sebenarnya, kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Nord menjadi isogloss (sempadan linguistik) antara bahasa Germanik dan Romawi. Penjajahan Saxon di rantau ini dari abad ke-5 hingga abad ke-8 berkemungkinan mengalihkan isogloss sehingga ke selatan. Menjelang abad ke-9, kebanyakan orang di utara Lille bertutur dalam bahasa Belanda Kuno. Ini kekal jelas di dalam nama-nama tempat di rantau ini. Selepas Wilayah Flanders menjadi sebahagian daripada Perancis pada abad ke-9, isogloss ini bergerak ke utara dan timur.[3]

 
Keluasan kawasan dialek Flemish Barat dituturkan di arrondissement Dunkirk pada tahun 1874 dan 1972.

Semasa abad ke-14, kebanyakan kawasan itu berada di bawah kawalan Duchy Burgundy dan pada abad-abad berikutnya adalah sebahagian daripada Habsburg Belanda (dari 1482) dan Belanda Sepanyol (1581).

Kawasan yang kemudiannya membentuk Nord telah diserahkan kepada Perancis melalui perjanjian pada 1659, 1668, dan 1678, menjadi kawasan Flanders, Hainaut dan Keuskupan Cambrai.

Pada 4 Mac 1790, semasa Revolusi Perancis, Nord menjadi salah satu daripada 83 jabatan asal yang diwujudkan untuk menggantikan sistem pentadbiran lama.

Dasar kerajaan moden menjadikan bahasa Perancis sebagai satu-satunya bahasa rasmi telah menyebabkan penurunan penggunaan dialek Flemish Barat. Pada masa ini terdapat 20,000 penutur subdialek Flemish Barat di arrondissement Dunkirk dan nampaknya subdialek tertentu ini akan pupus dalam beberapa dekad.[3]

GeografiSunting

 
Peta Jabatan Nord

Nord ialah sebahagian daripada kawasan Hauts-de-France dan dikelilingi oleh jabatan Perancis Pas-de-Calais, Somme, dan Aisne.Ia juga bersempadan dengan wilayah Hainaut dan Flanders Barat (Belgium) dan Laut Utara. Keluasan jabatan ini adalah 5,742.8 km2 (2,217.3 bt2)[4].Jabatan ini adalah yang terpanjang di Perancis dengan panjang 160 km, mempunyai keluasan 5680 km². Lebarnya sedikit, terutamanya di sekitar Armentières di mana ia menjangkau 6 km.[5]

 
Peta topografi jabatan Nord.

Terletak di utara negara di sepanjang separuh barat sempadan Belgium, jabatan ini kelihatan sedikit panjang dan sempit.Bandar utamanya ialah Lille, yang berdekatan dengan Roubaix, Tourcoing dan Villeneuve d'Ascq merupakan pusat kluster bandar perindustrian dan bekas perlombongan berjumlah lebih sedikit daripada satu juta penduduk. Bandar penting lain ialah Valenciennes, Douai, Maubeuge dan Dunkirk. Sungai-sungai utama di jabatan ini adalah Yser, Lys, Escaut, Scarpe, Sambre. Jabatan ini merupakan salah satu kawasan dimana Terusan Deûle melintasi, di Lille.

 
Bukit Mont Cassel

Jabatan ini mempunyai purata ketinggian 60 meter[5]. Bukit Mont Cassel dengan 176 meter sering dianggap sebagai titik tertinggi di Nord, mungkin disebabkan kedudukannya yang muncul di dataran dan berdekatan dengan Lille. Tetapi, tanggapan ini adalah salah kerana titik tertinggi sebenar Nord terletak di Anor, Avesnois, pada ketinggian 272 meter.

Jabatan ini kebanyakannya terdiri daripada dataran, kadang-kadang dilintasi oleh bukit-bukit kecil. Garis pantai terdiri daripada bukit pasir (Gumuk).[5]

Titik tertinggi jabatan Nord:

DemografiSunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±% setiap tahun
1801765,001—    
1806839,530+1.88%
1821905,777+0.51%
1831989,938+0.89%
18411,085,298+0.92%
18511,158,285+0.65%
18611,303,380+1.19%
18721,447,764+0.96%
18811,603,259+1.14%
18911,736,341+0.80%
19011,866,994+0.73%
19111,961,780+0.50%
19211,787,918−0.92%
19312,029,449+1.28%
19362,022,167−0.07%
19461,917,452−0.53%
19542,098,545+1.13%
19622,293,112+1.11%
19682,417,899+0.89%
19752,511,478+0.54%
19822,520,526+0.05%
19902,531,855+0.06%
19992,555,020+0.10%
20072,564,950+0.05%
20122,587,128+0.17%
20172,604,361+0.13%
20182,606,234+0.07%
source:SPLAF[6] dan INSEE[7]

Dengan populasi 2,606,234 pada 2018, Nord ialah jabatan dengan populasi terbesar.

PolitikSunting

Presiden Majlis Jabatan ialah Ahli politik berhaluan kanan tidak bersekutu dengan parti-parti politik utama, Christian Poiret.[8]

 
Christian Poiret, Presiden Majlis Jabatan Nord

Presiden pertama Republik Kelima Perancis (Republik semasa Perancis), Jeneral Charles de Gaulle, dilahirkan di Lille di jabatan itu pada 22 November 1890.[9]

Parti Kerusi
Parti Republikan (Perancis) (LR) 25
Parti Sosialis (Perancis) (PS) 16
Politik haluan kanan pelbagai (DVD) 15
Kesatuan Demokrat dan Bebas (UDI) 11
Parti Komunis Perancis (PCF) 10
Politik berhaluan kiri pelbagai (DVG) 2
Perancis Bangkit (France Arise) (DLF) 1
Pergerakan Rakyat dan Republikan (MRC) 1
Parti Radikal berhaluan kiri (PRG) 1

Wakil-wakil ke Dewan Negara PerancisSunting

Konstituensi Ahli[10] Party
Konstituensi pertama Nord Adrien Quatennens La France insoumise
Konstituensi kedua Nord Ugo Bernalicis La France insoumise
Konstituensi ketiga Nord Christophe Di Pompeo La République En Marche!
Konstituensi keempat Nord Brigitte Liso La République En Marche!
Konstituensi kelima Nord Sébastien Huyghe Parti Republikan (Perancis)
Konstituensi keenam Nord Charlotte Lecocq La République En Marche!
Konstituensi ketujuh Nord Francis Vercamer Kesatuan Demokrat dan Bebas
Konstituensi kelapan Nord Catherine Osson La République En Marche!
Konstituensi kesembilan Nord Valérie Petit La République En Marche!
Konstituensi kesepuluh Nord Vincent Ledoux Parti Republikan (Perancis)
Konstituensi kesebelas Nord Laurent Pietraszewski La République En Marche!
Konstituensi ke-12 Nord Anne-Laure Cattelot La République En Marche!
Konstituensi ke-13 Nord Christian Hutin Pergerakan Rakyat dan Republikan
Konstituensi ke-14 Nord Paul Christophe Parti Republikan (Perancis)
Konstituensi ke-15 Nord Jennifer de Temmerman Kebebasan dan Wilayah
Konstituensi ke-16 Nord Alain Bruneel Parti Komunis Perancis
Konstituensi ke-17 Nord Dimitri Houbron La République En Marche!
Konstituensi ke-18 Nord Guy Bricout Kesatuan Demokrat dan Bebas
Konstituensi ke-19 Nord Sébastien Chenu Barisan Nasional (Perancis)
Konstituensi ke-20 Nord Fabien Roussel Parti Komunis Perancis
Konstituensi ke-21 Nord Béatrice Descamps Kesatuan Demokrat dan Bebas

EkonomiSunting

Di permulaan industrialisasi Perancis pada awal abad ke-19, kawasan itu mengalami kesan yang teruk semasa Perang Dunia Pertama dan kini menghadapi masalah ekonomi, sosial dan alam sekitar yang berkaitan dengan kemerosotan perlombongan arang batu dengan jirannya berikutan kemerosotan awal industri tekstil Lille-Roubaix.

Sehingga baru-baru ini, jabatan ini didominasi dari segi ekonomi oleh perlombongan arang batu, yang meluas melalui dari pusat jabatan jiran Artois hingga ke tengah Belgium.

Tarikan PelancongSunting

Lihat JugaSunting

Pautan LuarSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b "Téléchargement du fichier d'ensemble des populations légales en 2019" ["Muat turun fail keseluruhan populasi rasmi pada 2019"] (dalam bahasa Perancis). 29 Disember 2021. Dicapai pada 31 Mac 2022.
  2. ^ Sebutan menggunakan Bahasa Perancis Metropolitan/Perancis dari Perancis (Bahasa Inggeris:French of France) mengikuti (Bahasa Inggeris: Standard French/bahasa Perancis standard) dan ditranskripsi secara fonetik mengikut standard API.
  3. ^ a b "Dutch dialect" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). (404 KB)
  4. ^ [1], INSEE(Dalam bahasa Perancis)
  5. ^ a b c La France pittoresque du Nord [Perancis Utara yang indah] (dalam bahasa Perancis) (ed. 3). Hachette Livre. 1896. m/s. 201. ISBN 9782012560987.
  6. ^ Site sur la Population et les Limites Administratives de la France(dalam bahasa Perancis)
  7. ^ Population en historique depuis 1968, INSEE(dalam bahasa Perancis)
  8. ^ "Christian Poiret, élu président du conseil départemental du Nord". France Bleu (dalam bahasa Perancis). 2021-07-01. Dicapai pada 2022-01-13.
  9. ^ "1890: l'acte de naissance de Charles de Gaulle" [1890: Sijil Kelahiran Charles de Gaulle]. Lille Municipal Archives. 4 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2021. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  10. ^ http://www.assemblee-nationale.fr/ (dalam bahasa Perancis)