November 2008
November 2008 ialah bulan ke-11 untuk tahun lompat. Ia bermula pada hari Sabtu dan berakhir selepas 30 hari pada hari Ahad.
Portal:Hal semasa
suntingBerikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 26 November - Satu siri serangan pengganas di Mumbai, India mengorbankan 173 orang dan mencederakan ratusan yang lain.
- 22 November - Letupan gunung berapi Nevado del Huila (gambar) di selatan Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian dan pemindahan 12,000 orang.
- 22 November - Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengharamkan yoga dalam bentuk asalnya.
- 15 November - Pemimpin G-20 negara industri bertemu di satu sidang kemuncak di Washington, D.C. untuk membincangkan krisis ekonomi kini.
- 11 November - Ketua kepurbaan Mesir Zahi Hawass mengumumkan penemuan sebuah piramid berumur 4,300 tahun milik Ratu Sesheshet, bonda Raja Teti.
- 9 November - Satu kemalangan di atas kapal selam Russia K-152 Nerpa mengorbankan 20 orang, yang terburuk sejak tahun 2000.
- 6 November - Raja termuda di dunia ketika ini, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (gambar) ditabalkan sebagai Raja Naga Bhutan kelima.
- 5 November - Barack Obama (gambar) dari Parti Demokrat menjadi warga Afrika-Amerika pertama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- 2 November - Lewis Hamilton memenangi Kejuaraan Pemandu Formula Satu 2008, mengatasi Felipe Massa dengan satu mata.