Nowadays
Nowadays (Hangul: 나우어데이즈 ; RR: Naueodeijeu; MR: Nauŏdeijŭ; dieja dengan semua huruf besar) ialah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat Cube Entertainment pada tahun 2023. Terdiri daripada lima orang anggota, kumpulan muzik ini membuat penampilan sulung mereka pada 2 April 2024 dengan album single pertama mereka Nowadays.
NOWADAYS | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | 나우어데이즈 |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Penampilan sulung | 2 April 2024 melalui karya album single NOWADAYS |
Tahun aktif | 2024 | –sekarang
Syarikat pengurusan | Cube |
Laman sesawang | www |
Ahli |
|
Nama
suntingNama kumpulan muzik Nowadays mengandungi aspirasi yang kuat untuk membuat orang ramai dan peminat ingin tahu tentang "Now" dan ia adalah cita-cita yang berani untuk memberikan kenangan istimewa untuk "Days" kumpulan itu, mencipta bersama pada masa hadapan.[1]
Sejarah
sunting2019–2023: Prapenampilan sulung dan pembentukan
suntingPada 2019, Hyeonbin mengambil bahagian dalam siri rancangan realiti kendalian Mnet Produce X 101, di mana beliau tersingkir pada episod 11 dan berada di kedudukan ke-30 secara keseluruhan.[2][3]
Pada 30 Oktober 2023, Cube Entertainment mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan kumpulan lelaki baharu yang terdiri daripada lima orang anggota pada suku pertama tahun 2024.[4] Pada 9 November 2023, telah disahkan bahawa Hyeonbin akan debut dalam kumpulan lelaki baharu Cube itu.[5]
2024–kini: Persediaan dan penampilan sulung
suntingPada 4 Mac, Cube secara rasmi memperkenalkan Nowadays dan membuka akaun media sosial mereka.[6] Sebuah video juga telah dikeluarkan termasuklah perkataan "Now, A," "Days," "Curious," "Dreamy" dan "Youthful", yang membayangkan konsep dan tema kumpulan itu.[7] Pada 7 Mac, kesemua anggota kumpulan yang terdiri daripada lima orang diperkenalkan secara rasmi kepada awam.[8] Pada 13 Mac, Nowadays melancarkan gerakan logo untuk album single eponim mereka, [9] dan pada 19 Mac Nowadays mengeluarkan video persembahan untuk lagu mereka, "Now" yang kemudiannya akan disertakan di dalam album single.[10]
Pada 2 April, Nowadays secara rasminya membuat penampilan sulung dengan album single itu dan single utamanya "OoWee" bersama-sama dengan video muzik.[11] Mereka juga mengadakan sidang akhbar dan wadah peminat di Blue Square Mastercard Hall di kejiranan Hannam, daerah Yongsan, Seoul, masing-masing pada petang dan malam hari yang sama.[12][13]
Pada 11 Julai, Nowadays mengumumkan di akaun media sosial bahawa mereka akan melancarkan "Rainy day (비가 오는 날엔 (2024 Remake ver.))", single digital buatan semula daripada lagu oleh kumpulan Beast pada 16 Julai. Anggota Hui daripada kumpulan muzik Pentagon mengambil bahagian dalam penghasilan keseluruhan lagu termasuk menulis seni kata dan mengarang lagu.[14]
Anggota
suntingNama | Pengenalan ringkas | |
---|---|---|
Pentas | Penuh | |
Hyeonbin | Kim Hyeon-bin (김현빈 · 金炫彬) |
|
Yoon | Lee Yoon (이윤 · 李潤) |
|
Yeonwoo | Jeong Yeon-woo (정연우 · 鄭然宇) |
|
Jinhyuk | Jang Jin-hyuk (장진혁 · 張振赫) |
|
Siyun | Kim Si-yun (김시윤 · 金詩潤) |
Diskografi
suntingAlbum single
suntingTajuk | Butiran | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [15] | |||
Nowadays |
Senarai runut
|
10 |
|
Nowhere |
Senarai runut
|
6 |
|
Single
suntingRunut | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Album |
---|---|---|---|
KOR (Muat turun) [18] | |||
"OoWee" | 2024 | 154 | Nowadays |
"Rainy day (비가 오는 날엔 (2024 Remake ver.))" | 138 | Single bukan album | |
"Why Not?" | 90 | Nowhere |
Rujukan
sunting- ^ Han, Hae-sun (2 April 2024). "'큐브 신인' 나우어데이즈 "그룹명 뜻? 일상에 특별한 추억+위로 주고 싶다는 뜻"" ['Pendatang Baharu Cube' Nowadays "Makna nama kumpulan? Maksudnya ingin memberikan kenangan istimewa + keselesaan dalam kehidupan seharian."] (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Lee, Jung-beom (2 Mei 2019). "'프로듀스 X 101'(프듀 시즌4), 제작진이 꼽은 관전포인트 세 가지는?" ['Produce X 101' (Produce Musim 4), tiga sorotan yang dipilih oleh pasukan penerbitan?] (dalam bahasa Korea). Top Star News. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Nate.
- ^ Park, So-young (19 Julai 2019). "이진우·이협에 최수환·김국헌까지..'프듀X101' 탈락자들 작별인사 모음집 [종합]" [Daripada Lee Jin-woo dan Lee Hyeop hingga Choi Soo-hwan dan Kim Kook-heon..himpunan pesanan perpisahan daripada mereka yang tersingkir daripada 'Produce 101' [Umum]] (dalam bahasa Korea). Osen. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Kim, Jin-seok (30 Oktober 2023). "[단독]큐브, 8년만에 보이그룹 론칭... 나우어데이즈(가칭)" [[Eksklusif] Cube melancarkan kumpulan lelaki selepas 8 tahun... Nowadays (nama tentatif)] (dalam bahasa Korea). JTBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2023. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Jang, Jin-ri (9 November 2023). "[단독]'프로듀스X101' 김현빈, 큐브 새 보이그룹 멤버로 정식 데뷔" [[Eksklusif] 'Produce X 101' Kim Hyeon-bin secara rasmi debut sebagai salah seorang anggota kumpulan lelaki baharu Cube] (dalam bahasa Korea). SPOTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Ji, Seung-hun (4 Mac 2024). "큐브엔터, 8년만 새 보이그룹 론칭...그룹명 '나우어데이즈'" [Cube Ent. melancarkan kumpulan lelaki baharu setelah 8 tahun...Nama kumpulan 'Nowadays'] (dalam bahasa Korea). Akhbar Perniagaan Maeil. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Yoon, So-yeon (4 Mac 2024). "Cube Entertainment teases debut of boy band Nowadays". Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024.
- ^ Kim, Soo-jin (7 Mac 2024). "'큐브 신예' NOWADAYS(나우어데이즈), 멤버별 개인 포스터 첫 공개 '美친 비주얼" ['Pendatang baharu Cube' NOWADAYS, poster individu bagi setiap anggota, 'visual mesra astetik'] (dalam bahasa Korea). Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Park, Kyul (13 Mac 2024). "'큐브 신예' 나우어데이즈, 데뷔 앨범 로고 모션 공개" ['Pendatang baharu Cube' Nowadays mendedahkan gerakan logo album debut] (dalam bahasa Korea). Newsis. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Lee, Min-ji (19 Mac 2024). "'큐브 신인' 나우어데이즈, 강렬한 퍼포먼스 비디오 오픈" ['Pendatang baharu Cube' Nowadays, video persembahan berkuasa dilancarkan] (dalam bahasa Korea). Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Lee, Ha-na (2 April 2024). ""어디든 GO" 큐브 신인 나우어데이즈, 괴물신인 향한 첫걸음 'OoWee'[들어보고서]" ["PERGI ke mana sahaja" Pendatang baharu Cube Nowadays, langkah pertama menuju pendatang baharu raksasa 'OoWee' [Laporan pendengaran]] (dalam bahasa Korea). Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Myung, Hee-sook (2 April 2024). "ko:'프듀' 현빈, 5년 만에 데뷔...나우어데이즈 이끌 리더로 '우뚝' (엑's 현장)[종합]" ['Produce' Hyeonbin debut selepas 5 tahun...'Berdiri tinggi' sebagai ketua Nowadays (Ex's di lapangan) [Umum]] (dalam bahasa Korea). Xports News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Geum, Bit-na (3 April 2024). "'괴물 신인' 나우어데이즈, 데뷔 첫 쇼케이스 마무리...팬들과 함께 만든 첫 추억의 페이지" ['Pendatang baharu raksasa' Nowadays menamatkan wadah pertama mereka selepas debut...Halaman kenangan pertama tercipta bersama peminat] (dalam bahasa Korea). MK Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
- ^ Park, Soo-in (13 Julai 2024). "큐브 신인 나우어데이즈X펜타곤 후이, 비스트 '비가 오는 날엔' 리메이크" [Pendatang baharu Nowadays X Hui daripada Pentagon, membuat semula lagu 'Pada Hari Hujan' oleh Beast] (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada 15 Julai 2024 – melalui Naver.
- ^ Kedudukan tertinggi di Carta Album Circle:
- "Album Chart: 2024 Weeks 14" [Carta Album: Minggu 14 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea).
- "Album Chart: 2024 Weeks 35" [Carta Album: Minggu 35 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea).
- ^ Jualan Terkumpul bagi Nowadays:
- "Album Chart: Week 14 2024" [Carta Album: Minggu 14 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 11 April 2024.
- "Album Chart: Week 15 2024" [Carta Album: Minggu 15 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 18 April 2024.
- "Album Chart: Week 16 2024" [Carta Album: Minggu 16 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 25 April 2024.
- "Album Chart: Week 17 2024" [Carta Album: Minggu 17 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2 Mei 2024.
- "Album Chart: Week 18 2024" [Carta Album: Minggu 18 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 Mei 2024.
- "Album Chart: Week 21 2024" [Carta Album: Minggu 21 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 30 Mei 2024.
- "Album Chart: Week 22 2024" [Carta Album: Minggu 22 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 6 Jun 2024.
- "Album Chart: Week 23 2024" [Carta Album: Minggu 23 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 13 Jun 2024.
- "Album Chart: Week 26 2024" [Carta Album: Minggu 26 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 4 Julai 2024.
- "Album Chart: Week 27 2024" [Carta Album: Minggu 27 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 11 Julai 2024.
- ^ Jualan Terkumpul bagi Nowhere:
- "Album Chart: Week 35 2024" [Carta Album: Minggu 35 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 5 September 2024.
- "Album Chart: Week 36 2024" [Carta Album: Minggu 36 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 18 September 2024.
- ^ Kedudukan tertinggi di Carta Muat Turun:
- "Download Chart: 2024 Weeks 14" [Carta Muat Turun: Minggu 14 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 11 April 2024.
- "Download Chart: 2024 Weeks 29" [Carta Muat Turun: Minggu 29 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 19 September 2024.
- "Download Chart: 2024 Weeks 35" [Carta Muat Turun: Minggu 35 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 19 September 2024.