Nur Ayuni Farhana Abdul Halim

Nur Ayuni Farhana Abdul Halim (lahir 18 Mac 1990) ialah seorang atlet menembak Malaysia.[1]

Nur Ayuni Farhana Abdul Halim
Maklumat peribadi
KewarganegaraanMalaysia
Lahir (1990-03-18) 18 Mac 1990 (umur 34)
Kuantan, Pahang, Malaysia
Ketinggian168 cm (5 ka 6 in)
Berat badan60 kg (132 lb)
Sukan
NegaraMalaysia
SukanMenembak
Acara50 m air rifle
Rekod pingat
Menembak
Mewakili  Malaysia
Sukan Asia
Pingat gangsa – tempat ketiga Incheon 2014 50 m prone rifle

Kerjaya sukan sunting

Beliau mula mencipta nama menerusi Sukan Komanwel Remaja 2008, dan pernah menjulang pingat emas Sukan Komanwel 2010 menerusi acara 10 meter rifle bersama Nur Suryani Mohamed Taibi[2] dan meraih pingat gangsa di temasya Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dalam acara rifle 50 meter meniarap berpasukan Wanita bersama dua lagi penembak negara ketika itu, Suryani dan Muslifah Zulkifli. Beliau juga pernah meraih pingat emas acara 50m rifle Sukan SEA Singapura 2015.[3]

Beliau mencipta dua rekod kebangsaan 10m Air Rifle individu wanita, kedua-duanya bagi peringkat akhir dan pusingan kelayakan pada Kejohanan Trofi Tun Hanif 2015 di Lapang Sasar Menembak Subang, pada 6 September 2015. Semasa pertandingan akhir, beliau melakukan bidikan 210.3 mata, sekali gus memadam rekod miliknya sendiri iaitu 208.2 mata yang dilakukannya pada April.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dilahirkan pada 18 Mac 1990 di Kuantan, Pahang sebagai anak kepada pasangan Khatijah Ismail dan Abdul Halim Abdul Rahman. Adik-beradik beliau ialah Mohd Halimi (Allahyarham), Abdul Syakur, Mohd Nurrahimin dan Nur Aimi Hanis.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Rajes Paul (21 Julai 2014). "What a crying shame for shooter Nur Ayuni" [Apa yang memalukan bagi penembak Nur Ayuni] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 8 November 2019.
  2. ^ Nor Hairulnizam Wahid (26 Jun 2019). "Nur Ayuni enggan menembak lagi". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2019.
  3. ^ Charmaine Ng (12 Jun 2015). "SEA Games: Malaysia's Nur Ayuni Farhana wins women's 50m rifle 3 positions title" [Sukan SEA: Nur Ayuni Farhana dari Malaysia memenangi kejuaraan 50m raifal wanita 3 kedudukan] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 8 November 2019.
  4. ^ "Nur Ayuni cipta 2 rekod menembak kebangsaan di kejuaraan Tun Hanif". Berita Harian. 6 September 2015. Dicapai pada 8 November 2019.
  5. ^ Muhd Khairie Khalid (8 Julai 2015). "Nur Ayuni puas melancong ke luar negara". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2019.

Pautan luar sunting