Kedua-dua istilah Hmong (IPA: [m̥ɔ̃ŋ]) dan Mong ([mɔ̃ŋ]) memaksudkan sebuah kelompok etnik Asia di kawasan pergunungan selatan China. Di sana, orang Hmong kekal sebagai salah satu suku etnik terbesar dalam minzu Miao (Cina: 苗族). Sejak abad ke-18, sesetengah kelompok Hmong memulakan penghijrahan besar-besaran ke Asia Tenggara atas sebab politik dan ekonomi. Kesannya, orang Hmong kini juga terdapat di beberapa negara di rantau ini, termasuk Vietnam utara, Laos, Thailand, dan Myanmar.

Hmong/Mong
Wanita Hmong berpakaian tradisional di pasar di Sa Pa, Vietnam
Jumlah penduduk
4 – 5 juta
Kawasan ramai penduduk
 Republik Rakyat China3 juta
 Vietnam790,000
 Laos450,000
 Amerika Syarikat275,000
 Thailand150,000
 Perancis15,000
 Guiana Perancis1,500
Bahasa
Hmong/Mong
Agama
Kepawangan, Buddha, Kristian, dll.

Di Laos, sebilangan besar orang Hmong/Mong menentang Pathet Lao berhaluan komunis-nasionalis ketika Perang Rahsia. Apabila Pathet Lao mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 1975, orang Hmong/Mong dipinggirkan sebagai hukuman, maka dari situ ramai yang lari ke Thailand. Beribu-ribu orang pelarian ini ditempatkan semula di negara-negara Barat, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Guiana Perancis, dan Kanada. Yang lain pula dikembalikan ke Laos di bawah rancangan repatriasi yang ditaja PBB. Sekitar 8,000 orang pelarian Hmong/Mong menetap di Thailand.

Pautan luar

sunting