Osman Hamzah (1927 – 22 Disember 1997) atau lebih dikenali sebagai Pak Man Telo yang berasal dari Taiping, Perak merupakan penganjur skim cepat kaya yang paling terkenal di Malaysia.

Pak Man Telo
Kelahiran
Osman bin Hamzah

1927 (1927)
Meninggal dunia22 Disember 1997(1997-12-22) (umur 69–70)
Sebab kematianSakit tua
Terkenal keranaPenganjur skim cepat kaya

Pada 1989 rumahnya diserbu oleh BNM dan wang tunai hampir RM2 juta ditemui dirumah beliau. Beliau ditahan pada 11 April 1991 dan dibuang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu di bawah Ordinan Darurat. Dia sekali lagi ditahan pada 17 Julai 1991 dan dituduh dibawah Akta Institusi Kewangan Dan Bank (Bafia) 1989.

Dia dikatakan sebagai bekas pemberita sambilan di Taiping, Perak sebelum memulakan skim cepat kaya. Skim cepat kaya Pak Man Telo dimulakan pada 1972 dan dipercayai membabitkan hampir 50,000 pelabur dengan dana sebanyak RM99 Juta. Dalam perbicaraannya, Pak Man mengakui bahawa dia tidak mengatahui jumlah modal yang dikutip oleh syarikatnya Pertama Sdb Bhd'. Tiada siapa yang tahu kerana tiada rekod disimpan.

Osman Hamzah meninggal di Hulu Terengganu pada 22 Disember 1997 dalam usia 70 tahun.

Diantara skim cepat kaya lain yang terdapat di Malaysia adalah Pak Man Telo, Labu Peram (Sekitar 1980-an), Linggam Telo (1990 Lembah Klang), Skim 350 (1980-an Kulim, Kedah), Platinum Lane Sdn Bhd (PLSB) (1991 Kulim Kedah), dan Sri Emas Enterprise.

Rujukan

sunting