Dato Othman bin Mohamad (lahir 5 Januari 1905 di Klang) ialah ahli politik Malaysia yang telah memegang jawatan Menteri Besar Selangor selama setahun dari Mac 1953 sehingga September 1954. Beliau menggantikan Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad dan juga digantikan oleh individu yang sama.

Othman bin Mohamad
Menteri Besar Selangor Ke-3
Dalam jawatan
Mac 1953 – September 1954
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah
Didahului olehRaja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad
Digantikan olehRaja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad
Butiran peribadi
Lahir5 Januari 1905
Klang
Selangor
Meninggal dunia1987
Parti politikPerikatan (UMNO)

Kehidupan Awal sunting

Pada 1914 beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1925 di Pejabat Tanah dan Perbendaharaan Negeri. Beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah di beberapa tempat di Selangor sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Beliau menjadi Pegawai Daerah Hulu Langat setelah kembali dari situ dan juga berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Malaya (M.C.S).[1]

Kerjaya Politik sunting

Beliau dilantik sebagai Setiausaha kepada Sultan Selangor dan juga menjadi Majistret pertama Kuala Lumpur serta Setiausaha Jawatankuasa Pertubuhan Perkhidmatan Kolonial.

Beliau kemudiannya bertugas ke Negeri Sembilan untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan kemudiannya kembali ke Selangor untuk memegang jawatan yang sama dalam tahun 1950. Dalam bulan Mac 1953 beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sehingga 1954.

Selepas itu beliau menjadi Pesuruhjaya Tanah Melayu di United Kingdom. Selepas kembali dari United Kingdom beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar, tetapi terpaksa bersara pada bulan Mac disebabkan gangguan kesihatan.[1]

Pada satu persidangan, beliau hadir bersama Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Ahmad Kamil serta 10 persatuan yang menyebelahi IMP iaitu Persatuan India Muslim Malaya, Persatuan Eurasian Malaya dan lain-lain. [2] Oleh itu beliau segera ditukarkan dengan orang lain pada tahun berikutnya.

Kenangan Jasa sunting

Bagi mengenang jasanya, Jalan Othman di Petaling Jaya dinamakan sempena nama beliau.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Sejarah Menteri Besar Selangor". Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor.
  2. ^ Chinese politics in Malaysia: a history of the Malaysian Chinese Association oleh Pek Koon Heng,Oxford University Press, 1988 ,hlm 216