Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan

(Dilencongkan dari PLANMalaysia@Negeri Sembilan)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan mula wujud pada tahun 1960. Pada waktu itu, tanggungjawab ini dilaksanakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Kampong (JPBK) Negeri Selangor / Melaka / Negeri Sembilan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Pada tahun 1962, JPBK Negeri Sembilan/Melaka telah dibentuk yang berpejabat di Seremban berikutan Negeri Selangor menubuhkan JPBK sendiri di Kuala Lumpur.

PLANMalaysia@Negeri Sembilan
ڤلانمليسيا@نڬري سمبيلن
Intisari agensi
Dibentuk1960 (64 tahun yang lalu) (1960)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatTingkat 3, Blok A, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pengarah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
PLANMalaysia
Laman sesawang
jpbd.ns.gov.my

JPBK Negeri Sembilan mula beroperasi sendiri setelah diasingkan dari gabungan JPBK Negeri Sembilan/Melaka mulai tahun 1977 di mana tanggungjawab dan fungsi jabatan ini dihadkan kepada Negeri Sembilan sahaja.

JPBK Negeri Sembilan dengan secara rasminya dinamakan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (JPBD) Negeri Sembilan pada tahun 1979. Pada tahun 2005, JPBD Negeri Sembilan secara rasminya dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan (JPBDNS). Perubahan nama ini dibuat bagi mencerminkan bidang tugas jabatan yang meningkat dan juga merupakan satu langkah penyelarasan JPBD di seluruh Semenanjung Malaysia.

JPBD NS mula menerima pakai dan melaksanakan peningkatan dan penyusunan semula jabatan pada bulan Mac 2003. Struktur organisasi JPBD NS dibahagi kepada 4 bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Bahagian Perancangan Korporat, Urus Setia JPN dan Lembaga Rayuan; Bahagian Perancangan Pembangunan dan Projek Khas; dan Bahagian Kawalan Pembangunan.

Visi sunting

Menjadi Peneraju Perancangan Bandar dan Desa ke Arah Kesejahteraan Rakyat dan Kemakmuran Negeri Menjelang Tahun 2030

Misi sunting

Memacu Perancangan Pembangunan Negeri Melalui Perancangan Spatial yang Komprehensif dan Inovatif Demi Kesejahteraan Masyarakat

Kualiti sunting

PLANMalaysia @ Negeri Sembilan beriltizam dan komited di dalam memberi perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa yang berkualiti dan dinamik melalui pelaksanan Dasar dan Kawalan Perancangan serta sistem penyampaian yang mantap secara berterusan.

Fungsi Jabatan sunting

  1. Bertindak sebagai penasihat utama kepada Kerajaan Negeri, PBT dan agensi- agensi berkaitan tentang semua hal perancang Bandar, termasuk penggunaan, pemajuan dan pembangunan tanah mengikut Seksyen 4(8) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
  2. Melaksanakan tugas sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) selaras dengan Seksyen 4(1) Akta 172.
  3. Menyediakan Rancangan Struktur Negeri dibawah Seksyen 8, Akta 172 yang merumus dasar bagi pemajuan dan penggunaan tanah di dalam negeri.
  4. Menyeleras penyediaan dan perlaksanaan Rancangan Pembangunan yang telah disediakan serta memantau perlaksanaanya.
  5. Menyediakan Pelan- Pelan Projek Khas untuk agensi-agensi kerajaan persekutuan,negeri dan PBT.
  6. Menjalankan aktiviti-aktiviti kawalan perancangan berdasarkan Rancangan Pemajuan dan apa-apa arahan JPN dan Kerajaan Negeri.
  7. Menjalankan fungsi Lembaga Rayuan mengikut Seksyen 36, Akta 172.
  8. Menjalankan kajian gunatanah dan penyelidikan dalam aspek perancangan bandar dan desa.
  9. Mengumpul, mengemaskini dan menganalisis maklumat perancangan pembangunan Bandar dan desa.
  10. Menjadi PBT bagi kawasan-kawasan di luar kawasan PBT mengikut peruntukan subseksyen 5(2) Akta 172.
  11. Mengumpul, menghebah dan menyiarkan maklumat perancangan bandar dan desa melalui laman web, buletin, monograf, bengkel, seminar dan lain-lain.

[1]