Page Two ialah album mini kedua (EP) oleh kumpulan wanita Korea Selatan, Twice. Album ini dikeluarkan secara digital dan fizikal pada 25 April 2016 oleh JYP Entertainment dan diedarkan oleh KT Music. Ia mengandungi tujuh buah lagu termasuk lagu utama, "Cheer Up".

Page Two
EP oleh
Dilancarkan pada25 April 2016 (2016-04-25)
TempatKorea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
Genre
Panjang23:51
BahasaKorea
Syarikat
PenerbitJ.Y. Park "The Asiansoul"
Kronologi Twice
The Story Begins
(2015)
Page Two
(2016)
Twicecoaster: Lane 1
(2016)
Single daripada Page Two
  1. "Cheer Up"
    Dikeluarkan: 25 April 2016 (2016-04-25)
Kulit album alternatif
Kulit album edisi terhad menampilkan karya seni oleh Son Chae-young

"Cheer Up" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang

sunting

Pada 11 April 2016, JYP Entertainment mengumumkan menerusi akaun Facebook rasmi kumpulan ini dan SNS bahawa kumpulan ini akan mengeluarkan album mini kedua mereka, Page Two dan lagu "Cheer Up" pada 25 April.[1] Dua versi album ini, pink dan mint dikeluarkan dalam format CD. 30,000 salinan edisi terhad pertama disertakan bersama lengan baju istimewa direka oleh Chaeyoung.[2] Album ini juga dikeluarkan secara muat turun digital dalam pelbagai portal muzik.[3]

Promosi

sunting

Pada 25 April 2016, Twice mengadakan persembahan media di Dewan Langsung Yes 24 di Gwangjin, Seoul.[4] Mereka mempersembahkan lagu "Woohoo", "Touchdown", "Precious Love" dan "Cheer Up" buat kali pertama di persembahan tersebut yang disiarkan melalui aplikasi Naver V.[5] Kumpulan ini kemudiannya mempromosi album menerusi beberapa siri persembahan langsung televisyen dalam beberapa rancangan muzik. Penampilan rancangan muzik pertama mereka adalah dalam M! Countdown pada 28 April dimana mereka mempersembahkan lagu "Cheer Up" dan "Touchdown".[6] Twice memenangi anugerah program muzik pertama mereka dalam M! Countdown pada 5 Mei.[7] Mereka juga mencapai kemenangan dalam Music Bank dan Inkigayo pada minggu yang sama.[8]

Muat turun digital[3]
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."Cheer Up"Sam LewisRado (Black Eyed Pilseung)Rado3:28
2."Precious Love" (소중한 사랑; Sojunghan Sarang)
J.Y. Park "The Asiansoul"Hong Ji-sang3:51
3."Touchdown"Mafly
  • Krissie Karlsson
  • Karl Karlsson
  • Nicki Karlsson
  • EJ Show
  • The Karlssons
  • EJ Show
3:23
4."Tuk Tok" (툭하면 톡; Tukhamyeon Tok) Kim Min-ji (Jam Factory)
  • Choi Jin-seok
  • Ronald "AV" Ndlovu
  • Emmanuel Jimenez
  • Courtney Woolsey
  • Stacy Hebert
Choi Jin-seok3:17
5."Woohoo"
  • Jang Jun-ho
  • Jinri
Glory FaceGlory Face3:22
6."My Headphones On" (Headphone 써; Headphone Sseo) Kim Eun-soo
  • Didrik Thott
  • Niclas Kings
  • Ylva Dimberg
Niclas Kings3:17
Jumlah masa: 20:33
Lagu bonus CD
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
7."I'm Gonna Be a Star"
  • J.Y. Park
  • Olltii
  • J.Y. Park
  • Frants
  • The Vanderveers (Ebony Rae Vanderveer and Bruce "Automatic" Vanderveer)
  • J.Y. Park
  • Frants
3:18
Jumlah masa: 23:51


Carta mingguan

sunting
Carta (2016) Kedudukan
tertinggi
Korea Selatan (Gaon) 2
Jepun (Oricon) 16
AS (Billboard) 6

Carta akhir tahun

sunting
Carta (2016) Kedudukan
Korea Selatan (Gaon) 13

Pencalonan dan anugerah

sunting
Tahun Anugerah Kerja Kategori Keputusan
2016 Anugerah Muzik Asia Mnet ke–18 Page Two Album Tahunan Tercalon
2017 Anugerah Muzik Carta Gaon ke–6 Page Two Album Tahun – Suku ke–2 Tercalon

Sejarah keluaran

sunting
Kawasan Tarik Format Pengedar
Korea Selatan, Seluruh dunia 25 April 2016 Muat turun digital JYP Entertainment, KT Music
Korea Selatan CD
Thailand 30 September 2016
(edisi Thailand)
CD, DVD JYP Entertainment, BEC-Tero Music

Rujukan

sunting
  1. ^ Lee Han-soo (24 April 2016). "TWICE returns with new album". The Korea Times. Dicapai pada 24 April 2016.
  2. ^ Jeong Jun-hwa (14 April 2016). "[뮤직톡톡]벌써 뜨겁다..트와이스, 앨범 품귀현상이 의미하는 것". JoongAng Ilbo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 14 April 2016.
  3. ^ a b "PAGE TWO – EP by TWICE on iTunes". iTunes. Dicapai pada Mei 1, 2015.
  4. ^ Bae Jung Yun (25 April 2016). "TWICE's 'PAGE TWO' Showcase Was Held". BNT News. Dicapai pada 25 April 2016.
  5. ^ "[Replay]TWICE 'Cheer up' COMEBACK SHOWCASE". Naver. 26 April 2016. Dicapai pada 26 April 2016.
  6. ^ Ahn, Woorim (28 April 2016). "TWICE to Make First Comeback Stage on 'M Countdown'". BNT News. Dicapai pada 28 April 2016.
  7. ^ Yoon Joon-pil (5 Mei 2016). "'엠카운트다운' 트와이스, 1위 수상 "'식스틴' 첫 방송 1주년…1위 주셔서 감사"". TenAsia (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 5 Mei 2016.
  8. ^ Lee You-sun (9 Mei 2016). "TWICE wins #1 on "Inkigayo"". Korean Wave. Dicapai pada 11 Mei 2016.