Pamfir (Bahasa Ukraine: Полёты во сне и наяву) ialah sebuah filem cereka fiksyen Ukraine yang diarahkan oleh Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk. Filem ini telah ditayangkan buat pertama kali pada 22 Mei 2022 di Festival Filem Cannes yang ke-75[1], termasuk dalam senarai Directors' Fortnight ke-54. Filem ini juga mula diedarkan di pasaran domestik Ukraine sejak 23 Mac 2023. Filem ini juga bakal ditambah menerusi servis penstriman Netflix bermula 22 Jun 2024. Filem ini berjaya merangkul anugerah utama menerusi Festival Filem Antarabangsa Cairo dan Festival Filem Antarabangsa Kyiv "Molodist" dan banyak mengambil bahagian dalam kebanyakkan festival filem antarabangsa yang lain. Pamfir tersenarai sebagai filem terbaik untuk tahun 2023 oleh The Guardian.

Pamfir
PengarahDmytro Sukholytkyy-Sobchuk
PenulisDmytro Sukholytkyy-Sobchuk
Lakon layarDmytro Sukholytkyy-Sobchuk
DibintangiOleksandr Yatsentyuk
Stanislav Potiak
Solomiia Kyrylova
Tarikh tayangan
2022
Masa tayangan
102 minit
NegaraUkraine
Poland
Perancis
Luxembourg
BahasaBahasa Ukraine

Penggambaran filem Pamfir dilakukan sebelum bermulanya Perang Rusia-Ukraine, di mana filem ini menjadi salah satu daripada espresi artistik terpenting yang menggambarkan keadaan Ukraine yang lebih kontemporari - "tiupan semangat tidak berputus asa dan keinginan untuk terus mengecapi kehidupan".


Plot sunting

Pamfir (Oleksandr Yatsentyuk), watak utama dalam filem ini, merupakan seorang bekas penyeludup bahan terlarang namun memilik sifat kekeluargaan yang baik, kembali ke perkampungan asalnya yang terletak di bahagian barat Ukraine setelah bekerja di luar negara selama beberapa tahun. Dia memutuskan untuk mencari rezeki dengan melakukan pekerjaan yang tidak menyalahi undang-undang, dan ini memberikan contoh yang baik kepada isterinya Olena (Solomiya Kyrylova) serta anak lelakinya, Nazar (Stanislav Potyak)[2]. Peristiwa utama dalam filem ini berlaku di Bukovina pada malam karnival tradisi Malanka.

Namun begitu, kes rasuah merupakan jenayah yang sudah sebati dalam kehidupan mereka di situ, dan kes jenayah yang berlaku ketika upacara keagamaan merupakan kejadian yang tidak dapat dipisahkan. Organisasi jenayah dipimpin oleh Orest Ivanovych Mordovskiy, atau nama samarannya Morda (Mug), juga merupakan seorang ketua bagi syarikat perlindungan hutan setempat.

Hasrat Pamfir untuk tidak terlibat dalam mana-mana perbuatan jenayah tidak dapat diteruskan kerana berlakunya satu insiden yang melibatkan anaknya. Nazar ingin mengelakkan ayahnya daripada kembali bekerja di luar negara dan dia membakar kesemua dokumen berkaitan yang terdapat di gereja, namun kebakaran ini terus meranapkan keseluruhan bangunan gereja[3].

Keadaan bertambah buruk apabila mengetahui bangunan gereja itu adalah milik kepada kumpulan organisasi jenayah di situ[3]. Bagi menebus kesalahan anaknya itu, Pamfir terpaksa melakukan kegiatan buruk yang telah ditinggalkan dulu, kembali melakukan kegiatan jenayah, menjadi ahli kumpulan penjenayah dan melibatkan diri kembali dalam aktiviti penyeludupan.


Pelakon sunting

  • Oleksandr Yatsentiuk – Leonid (Pamfir)
  • Stanislav Potiak – Nazar, anak Leonid
  • Solomiya Kyrylova – Olena, isteri Leonid
  • Olena Khokhlatkina – ibu Leonid
  • Myroslav Makoviychuk – ayah Leonid
  • Ivan Sharan – Viktor, adik Leonid
  • Oleksandr Yarema – Orest (Morda)
  • Andriy Kyrylchuk – Bobul, polis
  • Ihor Danchuk – paderi Andriy
  • Petro Chychuk – Vasyl, renjer hutan
  • Vitaliy Boyuk – Kolya, kembar
  • Oleksandr Boyuk – Tolya, kembar
  • Kateryna Tysiak – Anhelina
  • Viktor Baranovskiy – Shchur
  • Halyna Sviata – pengawal sempadan
  • Heorhiy Povolotskiy – Bison, pengawal sempadan
  • Oleksiy Leybiuk – Akela
  • Volodymyr Lyutikov – pengawal sempadan
  • Vitaliy Koval – Petro, pengawal sempadan
  • Zinoviy Symchych – paderi
  • Ihor Demyanyuk
  • Rymma Zyubina – hos TV


Produksi sunting

Rancangan untuk filem baru mula dilakarkan sekitar tahun 2016, di mana pengarah Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk mengambil bahagian dalam pembikinan filem pendek semasa beliau hadir ke sesi bengkel bersama Torino Film Lab. Hasilnya, filem pendek Weightlifter diterbitkan beliau dan merupakan salah satu inspirasinya dalam menyiapkan projek filem Pamfir[4].

Pada bulan Mei 2018, penerbit Oleksandra Kostina mengambil bahagian dalam projek filem baru itu. Pada mulanya, kerja-kerja di belakang tabir dilakukan secara bersama, namun begitu ianya dipisahkan kepada dua fungsi; kreatif dan produksi. Pembikinan skrip disambung pada tahun 2019, bertempat di penempatan pengarah-pengarah luar negara di Festival Filem Cannes[5]. Seramai enam penulis skrip diberi peluang untuk tinggal dan bekerja di Perancis dan berpeluang menerima banyak rundingan. Projek filem ini kemudian dibangunkan bersama Torino Film Lab (skrip dan bunyi) dan Midpoint Intensive. Hasil akhir projek ini kemudian dibentangkan di pavilion Cinema du monde (CNC). Projek ini menerima banyak perhatian dan ianya menemukan kepada syarikat Les Films D'Ici dan penerbit bersama Laura Briand[4].

Pada tahun 2019, filem Pamfir diumumkan sebagai antara pemenang dalam pemilihan yang telah dijalankan oleh Agensi Perfileman Negara Ukraine[6] kali ke-11 dan menerima insentif dalam bentuk kewangan daripada kerajaan. Filem ini juga menerima sokongan kewangan daripada Institut Perfileman Poland[6]; biayaan Swiss Visions Sud Est; Dana Hubert Bals[7] yang merupakan dana yang berpusat di Eropah yang terkenal dalam memberikan sokongan kewangan kepada projek eksperimen. Projek filem ini juga dibangunkan dengan sokongan daripada Yayasan Kebudayaan Ukraine[8].

Penggambaran filem ini telah dilakukan bermula Oktober 2020, di dalam suasana sekatan kawalan pergerakan di kawasan Bukovyna. Para pelakon menetap di sana selama 3 bulan sebelum memulakan penggambaran bagi membolehkan mereka mendalami watak-watak yang telah diberi[9]. Antara tugasan yang telah mereka lakukan dengan baik seperti bertutur dalam dialek tempatan dengan lancar, di mana setiap hari mereka akan menulis mengenai kehidupan seharian yang telah mereka jalani di sana, serta sentiasa membawa bersama diari yang terkandung mengenai informasi watak mereka seperti ciri-ciri dan hubungan dengan watak yang lain[10].

Persediaan pelakon sunting

Bagi mendapatkan keserasian di antara kesemua pelakon dan tidak berasa janggal dengan keadaan dan suasana yang berlainan, pengarah Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk melakukan persediaan rapi sebelum memulakan penggambaran filem Pamfir ini. Para pelakon dan pengarah sendiri menetap di perkampungan sebenar yang akan digunakan sebagai lokasi set penggambaran selama tiga bulan[11]. Di sini, mereka melakukan latihan persediaan sebelum kerja-kerja penggambaran bermula, terutamanya menguasai pertuturan dalam loghat Bukovina, latar tempat filem ini berlaku[12].

Filem ini juga memerlukan pelakon utama Oleksandr Yatsentyuk meningkatkan jisim dan berat badannya daripada 86 kilogram kepada 103 kilogram[13]. Beliau mengalami beberapa siri kecederaan akibat daripada aksi pergaduhan yang tidak menggunakan kesan khas[13].

Selain daripada pelakon profesional, penglibatan populasi setempat juga digunakan dalam menjayakan babak berkaitan dengan suasana kawasan awam[14].


Anugerah dan pencalonan sunting

Senarai anugerah dan pencalonan
Tahun Negara Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2022   Perancis Festival Filem CannesDirectors' Fortnight Caméra d'Or Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Tercalon [8][15]
  Ukraine Festival Filem Antarabangsa Kyiv "Molodist" Grand Prix Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
Pertandingan Khas Diploma Juri Kebangsaan: Filem Berdurasi Penuh Menang
Anugerah Pengkritik Filem Ukraine – Kinokolo Filem Cereka Terbaik Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk, Oleksandra Kostina, Jane Yatsuta, Artem Kolyubayev, Alyona Tymoshenko, Laura Briand, Bogna Szewczyk,Klaudia Smija, Giancarlo Nasi, Adolf El Assal, Silvana Santamaria Menang
Pengarah Terbaik Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
Discovery of the Year Menang
Lakon Layar Terbaik Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Oleksandr Yatsentiuk Menang
Pelakon Wanita Terbaik Solomiia Kyrylova Tercalon
  Mesir Festival Filem Antarabangsa Cairo Filem Terbaik Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
  Amerika Syarikat Festival Filem Philadelphia Sinematografi Terbaik Mykyta Kuzmenko Menang
  United Kingdom Festival Filem Raindance Sinematografi Terbaik Mykyta Kuzmenko Menang
  Itali Festival Filem Torino Anugerah Penonton Achille Valdata Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
  Serbia Festival Filem Dunav Lakon Layar Terbaik Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
Festival Filem Eropah Palić Anugerah FIPRESCI Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang [16]
Anugerah Palic Tower untuk Pengarah Terbaik Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
  Chile Festival Antarabangsa Santiago de Cine Pelakon Asing Terbaik Oleksandr Yatsentiuk Menang
  Austria Viennale Anugerah pilihan pembaca Der Standard Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
2023   Amerika Syarikat Festival Filem Antarabangsa Cleveland Pertandingan Filem Standing Up Memorial Greg Gund Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
  Ukraine Anugerah Akademi Filem Ukraine - Golden Dzyga Filem Terbaik Pengarah Dmytro Sukholytky y-Sobchuk
Penerbit Oleksandra Kostina
Yevhenia Yatsuta
Artem Kolyubayev
Alyona Tymoshenko
Menang [17]
Arahan Terbaik (Anugerah Yurii Illenko) Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Oleksandr Yatsentiuk Menang
Pelakon Wanita Terbaik Solomiya Kyrylova Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ivan Sharan Tercalon
Oleksandr Yarema Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Olena Khokhlatkina Menang
Sinematografi Terbaik Mykyta Kuzmenko Menang
Rekaan Produksi Terbaik Ivan Mykhailov Menang
Lakon Layar Terbaik Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang
Rekaan Kostum Terbaik Mariya Kvitka Menang
Solekan/Tatarias Terbaik Maria Pilunska Menang
Penataan Bunyi Terbaik Serhiy Stepanskiy Tercalon
Kesan Khas Terbaik Denys Reva Menang
Anugerah Penemuan Terbaik Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk Menang


Rujukan sunting

  1. ^ ""Pamfir" by Ukrainian Filmmaker Premiered at Cannes". Gwara Media. 12 Oktober 2022. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  2. ^ Jenkins, David (4 Mei 2023). "Pamfir". Little White Lies. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  3. ^ a b Halligan, Fionnuala (22 Mei 2022). "'Pamfir': Cannes Review". Screen Daily. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  4. ^ a b Fabre, Clarisse (7 November 2022). "The making of 'Pamfir': 'Our post-production studio was in a war zone'". Screen Daily. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  5. ^ Mancini, Carolina (22 November 2022). "EWA Mentoring: Interview with Sasha Kostina and Laura Briand, producers of PAMFIR". EWA. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  6. ^ a b "The Ukrainian film «Pamfir» has already collected over 6.6 million UAH at the box office". Kyiv24. 4 April 2023. Dicapai pada 22 Mac 2024.
  7. ^ Calnan, Ellie (23 November 2022). "'Pamfir', 'LOLA' added to Rotterdam's Harbour; Cinema Regained line-up". Screen Daily. Dicapai pada 22 Mac 2024.
  8. ^ a b "Маємо ще один український фільм у Каннах: стрічку "Памфір" Дмитра Сухолиткого-Собчука відібрано до "Двотижневика режисерів"" (dalam bahasa Ukraine). Державне агентство України з питань кіно. 20 Mei 2022. Dicapai pada 28 Jun 2023.
  9. ^ "Завершили зйомки фільму "Памфір"". www.ukrinform.ua (dalam bahasa Ukraine). Dicapai pada 20 Mei 2022.
  10. ^ "Український фільм "Памфір" за кадром. Про підготовку, схуднення і набір ваги та вивчення діалекту" (dalam bahasa Ukraine). «Спецпроекти Сергія Мамаєва». 13 April 2023. Dicapai pada 24 April 2023.
  11. ^ Fashesin, Noah (18 Mei 2023). "Pamfir: A Conversation With Director Dmytro Sukohlytkyy-Sobchuck". ASBO. Dicapai pada 22 Mac 2024.
  12. ^ Serebriakova, Nataliia (24 Mei 2022). "Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk • Director of Pamfir". cineuropa. Dicapai pada 22 Mac 2024.
  13. ^ a b "Oleksandr Yatsentyuk, star of Pamfir: "Just as Pamfir is fighting for its future, so are we fighting for Ukraine's future"". SEMINCI – Valladolid International Film Festival. 27 Oktober 2022. Dicapai pada 22 Mac 2024.
  14. ^ "Світова прем'єра фільму "Памфір" відбудеться на Каннському кінофестивалі". Курс. 19 April 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.
  15. ^ "The Directors' Fortnight unveils its 2022 selection". Quinzaine des réalisateurs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Mei 2022.[pautan mati kekal]
  16. ^ Фаїна Вауліна (26 Julai 2022). "Два українські фільми отримали нагороди кінофестивалю в Сербії" (dalam bahasa Ukraine). Dzerkalo Tyzhnia. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  17. ^ Олександр Матіюк (30 Jun 2023). ""Памфір" і "Люксембург, Люксембург": стали відомі номінанти української кінопремії "Золота Дзиґа"" (dalam bahasa Ukraine). «Шпальта». Dicapai pada 30 Jun 2023.