Parti Perikatan Singapura

Parti Perikatan Singapura, atau hanya ditulis sebagai Perikatan Singapura, ialah sebuah gabungan parti politik yang dibentuk pada 2 Jun 1961 yang bertanding dalam beberapa pilihan raya di Singapura, termasuk yang utama, pilihan raya 1955 dan pilihan raya 1963. Ia terdiri daripada cabang tempatan bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Kesatuan Melayu, cabang tempatan bagi Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan Kongres India Tanah Melayu (MIC), dan Perikatan Rakyat Singapura (SPA) milik bekas Ketua Menteri Singapura, Lim Yew Hock.[1]

Perikatan Singapura
Nama Jawiڤرايکتن سيڠاڤورا
Nama Mandarin新加坡联盟
Xīnjiāpō liánméng
Nama Tamilசிங்கப்பூர் கூட்டணி
Ciṅkappūr kūṭṭaṇi
SingkatanPerikatan
Ditubuhkan2 Jun 1961
Disahkan24 Jun 1963
Ibu pejabatSingapura
IdeologiKonservatif kebangsaan
Konservatif sosial
Kedudukan politikHaluan kanan
Penggabungan kebangsaanParti Perikatan
WarnaBiru nila dan putih
Politik Singapura
Parti politik
Pilihan raya

Perikatan ini dirasmikan pada 24 Jun 1963 sebagai komponen bagi parti pemerintah Tanah Melayu, Parti Perikatan di Singapura. Dasar kempennya pada pilihan raya 1963 adalah sama sebagaimana yang digunakan UMNO dalam pilihan raya umum di Malaysia, mendakwa parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat menganiayai masyarakat Melayu, satu daripada bangsa utama di Singapura[1].

Menerusi sejarahnya, Perikatan Singapura hanya menduduki tujuh kerusi dengan SPA menang empat kerusi dan UMNO Singapura menduduki tiga kerusi di kawasan yang didominasi Melayu.[2] Semasa pilihan raya 1963, Perikatan Singapura menunjukkan pencapaian yang kurang memberangsangkan dan tewas di semua kerusi yang ditandingi[1].

Selepas pilihan raya 1963, Perikatan Singapura kehilangan pengaruh politik. Ia telah dibentuk dan didaftarkan semula pada 1966 dengan nama Parti Perikatan Singapura dan telah menyertai beberapa pilihan raya dan secara beransur-ansur pusar dari arena politik. Kebanyakan parti komponennya berhenti beroperasi kecuali Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura, yang telah menyertai Perikatan Demokrasi Singapura.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Lau, Albert (1998). A Moment of Anguish: Singapore in Malaysia and the Politics of Disengagement. Singapore: Times Academic Press. ISBN 981-210-1349.
  2. ^ "Singapore Legislative Assembly General Election 1959". Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2012. Dicapai pada 8 July 2012.
  3. ^ "Background of Singapore Alliance". Singapore Elections. Dicapai pada 8 July 2012.

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting

Templat:Singaporean political parties