Peck Yen Wei

pemain badminton Malaysia

Peck Yen Wei (lahir 10 Februari 1996) ialah pemain badminton Malaysia. Beliau mula bermain badminton pada umur 10 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Utara. Beliau memulakan penampilannya di kejohanan antarabangsa pada 2014, dan pada tahun yang sama beliau memilih untuk menyertai pasukan kebangsaan.[1] Dalam acara remaja, beliau merupakan juara di Kejuaraan Remaja Thailand B-18 2013 dalam acara beregu perempuan.[2] Peck memenangi gelaran antarabangsa senior pertamanya pada kejohanan Antarabangsa Portugal 2016 dalam acara beregu wanita berpasangan bersama Goh Yea Ching.[3] Beliau juga berpasangan dengan pemenang pingat perak Olimpik, Chan Peng Soon dalam acara beregu campuran, mereka mara ke pusingan separuh akhir di Terbuka Indonesia 2017, dikalahkan oleh pemenang pingat emas beregu campuran 2016 dari Indonesia Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir dalam dua permainan.[4] Beliau memenangi gelaran beregu campuran di kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2018 berpasangan dengan Chen Tang Jie.[5]

Peck Yen Wei
Maklumat peribadi
NegaraMalaysia
Lahir (1996-02-10) 10 Februari 1996 (umur 28)
Kuala Lumpur, Malaysia
Cakat tanganKanan
Beregu wanita & campuran
Ranking tertinggi65 (WD 17 November 2016)
58 (XD 16 Mac 2021)
Profil BWF

Pencapaian sunting

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF (2 gelaran, 4 naib juara) sunting

Beregu wanita

Tahun Kejohanan Pasangan Lawan Markah Keputusan
2016 Antarabangsa Romania   Goh Yea Ching   Jessica Pugh
  Cheryl Seinen
19–21, 15–21   Naib juara
2016 Antarabangsa Portugal   Goh Yea Ching   Chloe Birch
  Sarah Walker
21–9, 21–15   Juara

Beregu campuran

Tahun Kejohanan Pasangan Lawan Markah Keputusan
2018 Antarabangsa Malaysia   Chen Tang Jie   Andika Ramadiansyah
  Mychelle Crhystine Bandaso
12–21, 23–21, 21–13   Juara
2016 Antarabangsa Romania   Ong Yew Sin   Wong Fai Yin
  Shevon Jemie Lai
15–21, 17–21   Naib juara
2015 Siri Antarabangsa Vietnam   Tan Kian Meng   Rian Swastedian
  Masita Mahmudin
13–21, 21–19, 17–21   Naib juara
2014 Antarabangsa Bangladesh   Tan Wee Gieen   Tan Chee Tean
  Shevon Jemie Lai
17–21, 18–21   Naib juara
     Kejohanan Cabaran Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Masa Depan BWF

Rujukan sunting

  1. ^ "Players: Yen Wei Peck" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Badminton Dunia. Dicapai pada 22 April 2018.
  2. ^ "Back Up: Peck Yen Wei" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Badminton Malaysia. Dicapai pada 22 April 2018.
  3. ^ "葡萄牙國際羽球賽 大馬奪2冠" (dalam bahasa Cina). China Press. Dicapai pada 22 April 2018.
  4. ^ "Chan Peng Soon/Peck Yen Wei fizzle out at Indonesian Open" (dalam bahasa Inggeris). Badmintonplanet.com. Dicapai pada 22 April 2018.
  5. ^ "Tang Jie-Yen Wei another mixed doubles stars in the making". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 April 2018.

Pautan luar sunting