Pelanduk

(Dilencongkan daripada Pelandok)

Pelanduk (Jawi: ڤلندوق) merupakan sebuah rumpun ungulat berjari genap dalam keluarga Tragulidae yang terletak di bawah genus Tragulus.[1] Nama genus terbentuk daripada campuran perkataan Yunani τράγος tragos ("kambing jantan")[2] dengan imbuhan akhiran Latin –ulus ("kenit/kecil"). Dengan berat 0.7–8.0 kg (1.5–17.6 lb) dan panjang 40–75 cm (16–30 in), pelanduk merupakan ungulat yang kecil sekali di dunia, biarpun spesies pelanduk yang terbesar mengatasi beberapa spesies Neotragus.[3] Taburan pelanduk terhad kepada Asia Selatan dari China selatan jauh (Yunnan selatan) hingga Filipina (Balabac) dan Pulau Jawa , Kajang .[3]

Pelanduk
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Tragulidae
Genus: Tragulus
Brisson, 1762

Ekoran pindaan taksonomi terkini, sesetengah spesies pelanduk kurang dikenali, tetapi semuanya dipercayai bersifat nokturnal dan makan dedaun, buah-buahan, rumput dan lain-lain tumbuhan dalam semak hutan yang tebal.[3] Pelanduk hidup secara bersendirian atau berpasangan, malah yang jantan tumbuh gigi taring panjang (jantan mahupun betina tidak tumbuh tanduk) yang digunakan untuk bertarung.[3] Tidak seperti ahli Tragulidae yang lain, pelanduk tidak kelihatan belang atau tompok yang jelas pada bahagian belakang.[3]

Taksonomi

sunting

Pada mulanya, hanya dikenali dua spesies dalam genus Tragulus, iaitu T. napu (napuh) yang besar dan T. javanicus (kancil atau pelanduk Jawa) yang kecil. Ekoran semakan pada 2004, T. nigricans dan T. versicolor dipecahkan dari T. napu, dan T. kanchil dan T. williamsoni dipecahkan dari T. javanicus.[4] Dengan perubahan ini, T. kanchil dan T. napu adalah spesies yang paling meluas, sementara yang lain jauh lebih terhad taburannya (namun masih ada keraguan mengenai batas taburan sebenar pelbagai spesies di Indochina).[4]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Wilson, D.E.; Reeder, D.M., penyunting (2005). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ τράγος. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project
  3. ^ a b c d e Nowak, R. M. (eds) (1999). Walker's Mammals of the World. 6th edition. Johns Hopkins University Press.
  4. ^ a b Meijaard, I., and C. P. Groves (2004). A taxonomic revision of the Tragulus mouse-deer. Zoological Journal of the Linnean Society 140: 63-102.

Lihat Juga

sunting