Pelangi bulan, juga dikenali sebagai Pelangi malam, Busur bulan atau Moonbow, ialah fenomena optik atmosfera jarang jumpa yang berlaku semasa cahaya bulan dipantulkan dan dibilaskan dari titisan air di udara,[1] sehingga menghasilkan pelangi di waktu malam.[2]

Pelangi bulan di Kihei, dilihat dari Kula, di Maui, Hawaii.

Pelangi bulan jauh lebih redup daripada pelangi yang dibuat oleh matahari dan seringkali kelihatan berwarna putih pucat, muncul di malam hari semasa bulan bercahaya terang dan sangat jarang kelihatan.[3][4] Ini kerana jumlah cahaya yang dipantulkan dari permukaan bulan lebih kecil. Mereka dapat terbentuk di beberapa tempat seperti di atas aliran lava di Hawaii, di dasar air terjun Yosemite di California ketika salju mencair di musim bunga, dan di hutan Costa Rica ketika angin meniup gumpalan awan embun di akhir Disember sehingg awal Februari. Mereka juga kadangkala kelihatan di beberapa tempat di seluruh dunia di langit malam ketika hujan turun di sekitar waktu bulan purnama.[5]

Pelangi bulan pertama kali disebutkan oleh Aristoteles pada 350 SM.[4] Pelangi bulan tercipta dengan cara yang sama dengan pelangi, kerana pelangi bulan sebenarnya ialah cahaya matahari yang dipantulkan oleh Bulan. Perbezaannya ialah mata manusia tidak dapat melihat warna dalam kegelapan, sehingga pelangi bulan akan kelihatan samar dan busur putih. Tetapi, jurugambar yang mengambil gambar dengan pendedahan panjang akan membuahkan hasil yang memperlihatkan warna-warna yang biasa dilihat pada pelangi.[5]

Pembentukan sunting

Sama seperti pelangi petang, pelangi bulan memerlukan cahaya dari bulan untuk dipantulkan dan dibiaskan oleh titisan air pada sudut tertentu untuk menghasilka pelangi.[4]

Bulan cerah yang mendekati fasa paling terang yang dikenali sebagai bulan purnama dan rendah di langit (kurang dari 42°) diperlukan untuk memiliki kesempatan melihat pelangi bulan. Hujan juga harus berlawanan dengan bulan, atau sumber titisan air lain seperti air terjun, langit harus gelap.[3][4]

Air terjun sunting

Air menghantam batu-batu besar yang bertebaran di jurang dan menghasilkan cukup banyak kabus untuk menghasilkan pelangi yang berwarna-warni di siang dan pelangi malam berwarna putih susu di malam hari yang cerah di bulan purnama. Keajaiban pelangi malam terjadi ketika cahaya bulan memantul pada kabus, yang tidak hilang oleh kabut kerana tembok ngarai yang curam.[5]

Selain air terjun Cumberland, Victoria, atau Waimea, tiada tempat lain di dunia yang memiliki segala hal itu setiap bulan. Inilah yang menjadikan peristiwa pelangi malam menjadi istimewa. Air terjun Niagara pernah mengalami pelangi malam secara rutin, tetapi dengan perkembangan di wilayah itu, pencemaran cahaya misalnya, menyebabkan pelangi bulan tidak kelihatan lagi.[5]

Pengamatan sunting

 
Pelangi bulan di air terjun Victoria.
 
Pelangi bulan air terjun Cumberland.

Pelangi bulan lebih jarang daripada pelangi kerana pelbagai cuaca dan keadaan astronomi harus tepat agar mampu dilihat.[1]

Bulan harus berada sangat dekat di langit - tidak lebih dari 42 darjah dari angkasa raya. Fasa bulan harus bulan purnama atau hampir penuh. Langit harus sangat gelap agar pelangi bulan dapat diamati - cahaya terang dapat mengaburkannya. Titisan air harus berada di udara berlawanan arah dengan bulan.[1] Waktu terbaik untuk mencari pelangi bulan ialah beberapa jam setelah matahari terbenam atau sebelum matahari terbit.[4]

Pelangi bulan terjadi di sisi berlawanan dari bulan dan cenderung kelihatan putih bagi mata manusia. Ini kerana warnanya tidak cukup cerah untuk merangsang reseptor warna kerucut di mata manusia.[1][4] Namun, untuk melihat warna pada pelangi bulan menggunakan fotografi pencahayaan lama.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "What Are Moonbows?". www.timeanddate.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-20.
  2. ^ Media, Kompas Cyber. "Kaleidoskop 2019: 5 Kejadian Langka, Moonbow hingga Zebra Polkadot". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-01-20.
  3. ^ a b L, 50 Moon Facts to Celebrate the 50th Anniversary of the Apollo 11 Moon; says, ing-Plato Search. "The Science of Moonbows". Diakses tanggal 2021-01-20.
  4. ^ a b c d e f "Moonbow". Met Office (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-20.
  5. ^ a b c d "Di mana kita bisa menemukan pelangi putih yang langka". BBC News Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2017-01-16. Dicapai pada 2021-01-20.