Pelusios sinuatus juga dikenali sebagai Kura-kura Lumpur Bergerigi ialah spesies kura-kura dari keluarga Pelomedusidae. Mereka boleh ditemui di tasik dan sungai yang terletak di kawasan tropika berhampiran Afrika Timur. Kebanyakannya dilihat berjemur di longgokan kayu, batu atau tebing-tebing lumpur, serta di belakang badak sumbu yang sedang tidur. Dietnya terdiri daripada siput air, rumpai lembut, dan serangga. Ia juga antara spesies terbesar dari genus Pelusios, dengan panjang karapas mencecah hingga 55 cm. Kura-kura betina lebih besar berbanding jantan. Manakala kura-kura jantan pula memiliki ekor yang lebih panjang.

Pelusios sinuatus
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Pelomedusidae
Genus: Pelusios
Spesies:
P. sinuatus
Nama binomial
Pelusios sinuatus
(Smith, 1838)

Ciri-ciri

sunting

Plastron haiwan ini memiliki engsel seperti kura-kura Katup membolehkan mereka memasukkan seluruh kepala dan kakinya ke dalam cangkerang, malah menghasilkan bau busuk apabila diancam.[1]

Pembiakan

sunting

Kura-kura betina mampu menghasilkan dari tujuh sehingga 25 biji telur, pada bulan Oktober - January. Manakala penetasan bermula pada bulan Mac - April.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Broadley, Donald; Boycott, Richard (2009), Pelusios sinuatus (Smith 1838) – Serrated Hinged Terrapin, Chelonian Research Foundation, m/s. 036.1–036.5, doi:10.3854/crm.5.036.sinuatus.v1.2009, ISBN 0-9653540-9-1