Cakera keras

(Dilencongkan daripada Pemacu keras)

Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen storan capaian rawak tidak meruap yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM atau pita. Data disimpan dan dibaca menggunakan prinsip kemagnetan.

Pandangan di dalam bagi sebuah pemacu cakera keras 3.5" keluaran Seagate
Fail:Hard-drive-allsorts-1990s-s.jpg
Bentuk cakera keras yang umum pada pertengahan 1990-an.

Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antara muka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.

Diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956, pemacu cakera keras telah mengalami pengurangan kos dan pengecilan saiz secara fizikal disamping kapasiti storannya yang semakin meningkat. Ia adalah peranti penting untuk storan data sekunder di dalam komputer secara umumnya semenjak awal dekad 1960an.[1] Penggunaannya masih signifikan sehingga ke hari ini oleh kerana kemampuan untuk meningkatkan ketumpatan ruang bergerak seiring dengan kehendak pengguna semasa.[1] Pada hari ini, pemacu cakera keras beroperasi menggunakan antara muka berkelajuan tinggi seperti serial ATA (SATA) atau serial attached SCSI (SAS).

Mekanik

sunting

Data-data dalam cakera keras disimpan di permukaan piring magnetik yang berputar. Maklumat disimpan dengan menghantar fluks elektromagnet melalui satu antena atau kepala tulis (write head) yang amat berdekatan dengan permukaan piring, yang menjadikan permukaan magnetik itu menukar polarisasinya. Begitu juga maklumat dapat dibaca, apabila medan magnetik piring menghasilkan cas elektrik pada kepala baca (read head) yang menghampirinya.

Secara fizikal, cakera keras dibina daripada satu paksi tengah dan piring magnet itu akan berpusing pada satu kelajuan tetap. Dan diantara piring-piring tersebut terdapat satu kepala baca/tulis untuk setiap permukaan pada satu angker (armature) umum. Angker itu akan mengerakkan kepala ke mana-mana bahagian yang dikehendaki.

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Magnetic Storage Handbook 2nd Ed., Section 2.1.1, Disk File Technology, Mee and Daniel, (c)1990,