Dalam undang-undang, apabila seseorang dikatakan pemangku dalam satu kedudukan atau jawatan, ia boleh bermakna satu daripada tiga perkara:

  • Jawatan itu belum secara rasmi dicipta.
  • Orang tersebut hanya menduduki jawatan itu buat sementara waktu, bagi memastikan kesinambungan.
  • Orang tersebut tidak mempunyai mandat.

Istilah "pemangku" sering digunakan dalam salah satu erti kata ini untuk merujuk kepada orang yang menduduki secara sementara jawatan dalam kerajaan. Seorang pegawai "pemangku" memegang jawatan untuk memastikan kedua-dua kestabilan dan kesinambungan jabatannya akan berterusan walaupun ketiadaan pemimpin rasmi.

Sebagai contoh, jika Menteri Pertahanan Malaysia meninggal dunia secara tiba-tiba ketika berkhidmat, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia akan mengambil alih. Walau bagaimanapun, dia akan hanya "memangku" jawatan, kerana beliau tidak akan secara rasmi memegang jawatan itu melainkan jika dia dicalonkan oleh Perdana Menteri dan disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan.

Pegawai pemangku biasanya memainkan peranan sementara, kerana ia biasanya dianggap dipersoalkan bagi seseorang untuk menjalankan kuasa penuh dalam cara yang sangat aktivis tanpa diupah khusus atau dipilih ke jawatan itu.

"Bertindak bagi" mempunyai erti asas yang sama dengan "memangku", kecuali ia menunjukkan bahawa penghuni asal jawatan itu masih secara rasmi memegang kuasa.

Sebagai contoh, pada 1989 apabila Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad diserang sakit jantung, Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba menjalankan kuasa atas dasar bahawa beliau telah "bertindak bagi" Mahathir yang dalam keadaan tidak berupaya. Mahathir masih pemimpin negara secara rasmi, kerana beliau tidak meninggal dunia atau meletakkan jawatan, tetapi Ghafar telah melaksanakan kuasanya.

Kes yang lebih kurang sama berlaku pada tahun 2019 iaitu apabila Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V meletakkan jawatannya, Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja memutuskan supaya Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memangku jawatan tersebut sehinggalah Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Lihat juga sunting