Penang Hindu Sabha


Penang Hindu Sabha merupakan salah satu persatuan yang tertua di Pulau Pinang yang mana kini ia berusia 103 tahun. Persatuan Penang Hindu Sabha (Persatuan Hindu Pulau Pinang) telah ditubuhkan pada 22 Januari 1912. Pada awalnya, persatuan ini memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat masyarakat kaum India Pulau Pinang.[1] Ia juga menyelesaikan sebarang masalah yang timbul berhubung agama Hindu termasuk hal-hal melibatkan tokong-tokong Hindu, asrama atau rumah amal jariah serta perkuburan Hindu. Pada asalnya, Penang Hindu Sabha berpejabat di sebuah rumah sewa bertempat di persimpangan Lebuh Chulia simpang Jalan Penang (berhadapan dengan Panggung Odean). Kini, ia mempunyai keahlian seramai 320 orang.

Sejak ditubuhkan, Penang Hindu Sabha telah mendirikan Sekolah Kebangsaan Tamil Penang Hindu Sabha di perkarangan bangunan Hindu Sabha. Walau bagaimanapun, sekolah ini terpaksa ditutup pada tahun 1958 memandangkan tiada kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan serta berdekatan dengan jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang akan membahayakan para murid.

Setiap tahun, Penang Hindu Sabha mengadakan upacara-upacara keagamaan serta ceramah-ceramah agama yang menampilkan tokoh-tokoh keagamaan Hindu di peringkat antarabangsa.

Penang Hindu Sabha telah mengambil berat terhadap pelaksanaan bersama kerajaan Malaysia bagi kemajuan kaum Hindu berhubung agama, pendidikan, pekerjaan, menyuarakan hak-hak asasi keagamaan kepada kerajaan.

Menjelang penjajahan Jepun mulai tahun 1941 hingga 1946, Sekolah Kebangsaan Tamil Penang Hindu Sabha telah ditukarkan pengajian dalam bahasa Jepun.

Penang Hindu Sabha menguruskan kematian-kematian serta memberi perkhidmatan kenderaan jenazah kepada orang awam yang memerlukan bantuan.

Penang Hindu Sabha memberi bantuan kewangan dan barangan kepada orang ramai yang berkemampuan kurang terutama sewaktu sambutan Hari Deepavali.

Penang Hindu Sabha senantiasa memberi perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat tempatan serta bantuan-banuan dan khidmat kemasyarakatan lain mengikut keadaan semasa.

Senarai Nama Jawatankuasa Penang Hindu Sabha

BIL JAWATAN NAMA
1 PENGERUSI DATO MUNIANDY A/L PONNUSAMY DSPN,DJN,AMN,PKT,PJK
2 NAIB PENGERUSI I GOVINDASAMY A/L KARUPAYA PPN,PKT,PJK,PJM
3 NAIB PENGERUSI II SELVASAGARAN A/L MASILAMANI DJN,AMN,PPN,PKT,PJK
4 NAIB PENGERUSI III ELANKOVAN GOVINDASAMY
5 SETIAUSAHA TAMILSELVAN A/L MURUGAN PJM,BPP
6 PEN. SETIAUSAHA GUNASEELAN
7 BENDAHARI RAMU SHANMUGAM A/L RAMU THEVAR PJK

Tamilselvan Murugan

Setiausaha

Penang Hindu Sabha Pulau Pinang

Tel 0135130114

E-mel: phspenang@yahoo.com

kessvin@yahoo.com

Rujukan sunting

Pautan luar sunting