Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.

Pengat ubi kayu atau juga dikenali sebagai sira ubi merujuk kepada jenis masakan berkuah manis ("jenis pengat") yang menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama yang dimasak. Pengat ubi merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Pengat ubi merupakan ubi kayu yang direbus dan disira dalam kuah pekat yang lemak manis.

Asal sunting

Tiada maklumat mengenai asalnya.

Nama sunting

Nama pengat ubi kayu datangnya dari bahan utama bagi menghasilkan pengat itu, iaitu ubi kayu. Kuih ini juga dikenali sebagai sira ubi.

Penyebaran sunting

Pengat ubi kayu biasanya agak tahan lama kerana kuahnya yang manis bertindak sebagai bahan pengawet, tetapi kerana kuahnya yang manis itu juga ia menarik perhatian banyak serangga seperti semut dan lipas. Pengat ubi kayu tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia agak jarang untuk dihasilkan bagi jualan harian, tetapi biasanya dihasilkan hanya untuk makan sendiri.

Dalam budaya popular sunting

Pengat ubi kayu biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Ia boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan seperti sedikit telor dan kuahnya yang manis menambah rasa sedap. Pengat ubi kayu biasanya agak sukar untuk dihidangkan kerana ia berkuah yang melekit dan manis, yang akan menarik perhatian serangga seperti semut dan lipas. Oleh itu pengat ubi kayu biasanya jarang dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

Lihat juga sunting

Antara jenis-jenis pengat yang lain adalah:-


Rujukan sunting

Pautan luar sunting