Pengeboman Pejabat Perdana Menteri Iran 1981

Pejabat Perdana Menteri Iran, Mohammad Javad Bahonar, telah dibom pada 30 Ogos 1981 oleh Mujahedin Rakyat Iran (MEK), membunuh Bahonar, Presiden Mohammad Ali Rajai, dan enam orang pegawai kerajaan Iran yang lain.[4][5] Bom beg bimbit tiba dua bulan selepas pengeboman Hafte Tir, yang mana membunuh lebih 70 orang pegawai kanan Iran, termasuk Ketua Hakim Mohammad Beheshti, yang mana merupakan pegawai kedua tertinggi di Iran.

Pengeboman Pejabat Perdana Menteri Iran 1981
Sebahagian daripada Terrorisme di Iran
Bangunan PM Iran selepas letupan
LokasiTehran, Iran
Tarikh30 Ogos 1981 (1981-08-30)
15,[1] 14:45[2] (+3:30)
SasaranPara pegawai Iran
Jenis serangan
Pengeboman
Kematian8[3]
Tercedera23[3]
PenyerangAgen MEK bernama Masoud Keshmiri
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Berdasarkan para pemerhati Barat, MEK berkemungkinan besar bertanggungjawab di atas letupan ini, di sebabkan oleh "persenjataan dan pengalaman dalam taktik keganasan."[6] Ia kemudian dibuktikan bahawa serangan ini dilakukan oleh seorang agen MEK bernama Masoud Keshmiri, setiausaha di pejabat Bahonar dan Majlis Tertinggi Keselamatan Kebangsaan,[7] yang mana kemudian menggunakan satu passport palsu untuk melarikan diri daripada Iran selepas serangan.

Tidak lama kemudian, majlis presiden sementara mengumumkan hari perkabungan negara selama lima hari, dan Parlimen Iran telah memilih Ayatollah Mahdavi Kani sebagai perdana menteri seterusnya.

Latar belakang sunting

MEK, asalnya ditubuhkan pada tahun 1965 oleh para golongan pelajar kiri Iran yang menentang Shah Pahlavi, menyasarkan teokrasi Khomeini dan Parti Republik Islamik (IRP) selepas meletusnya Perang Iran-Iraq. Dengan sokongan Iraq, MEK disalahkan atas kematian 17,000 orang rakyat Iran semasa perang.[8] Satu minggu selepas Presiden Abolhassan Banisadr dilucutkan jawatan pada tahun 1981, ibu pejabat IRP telah dibom oleh para pejuang MEK, membunuh 73 orang pegawai berpangkat tinggi, termasuk Ketua Hakim Ayatollah Mohammad Beheshti.[3] Mohammad Ali Rajai dan pembantu beliau. Mohammad Javad Bahonar menang pilihanraya dengan 91 peratus undi popular dan memegang jawatan pada 4 Ogos 1981. MEK mengebom pejabat Bahonar kurang daripada empat minggu kemudian.[8]

Pengeboman sunting

 
Muka surat depan suratkhabar Ettela'at yang melaporkan berita pengeboman.
 
Pejabat Perdana Menteri Iran selepas pengeboman pada tahun 1981.

Berdasarkan maklumat dari mangsa-mangsa yang terselamat, bom meletup apabila seorang daripada mangsa telah membuna sebuah beg bimbit yang telah dibawa oleh Masoud Keshmiri.[8] Ettela'at melaporkan bahwa letupan ini telah memusnahkan tingkat pertama dan merosakkan separuh tingkat kedua di bangunan pejabat Perdana Menteri, yang terletak di Jalan Pastor. Rajai, Bahonar, dan para pegawai tentera dan keselamatan terbunuh. Mangsa-mangsa yang tercedera diselamatkan daripada runtuhan dan dihantar ke hospital. Di sebabkan terbakar teruk, jenazah mangsa tidak dapat dikenali, dan beberapa mangsa dikenal pasti melalui gigi mereka.[3]

Para pegawai penting yang terbunuh sunting

  • Perdana Menteri Mohammad Javad Bahonar
  • Menteri Mohammad Ali Rajai
  • Kol. Vahid Dastjerdi, Ketua Polis Iran
  • Abdol Hossein Daftarian[9]

Para pegawai penting yang cedera sunting

Suspek sunting

Lebih daripada 20 orang suspek telah dikenal pasti dalam siasatan yang dijalankan, termasuk Masoud Keshmiri, Ali Akbar Tehrani, Mohammad Kazem Peiro Razawi, Khosro Ghanbari Tehrani, Javad Ghadiri, Mohsen Sazgara, Taghi Mohammadi, dan Habibollah Dadashi.[10]

Pelaku sunting

Masoud Keshmiri, yang mana bekerja sebagai setiausaha pejabat Bahonar sejak setahun sebelum pengeboman, telah dikenal pasti sebagai pelaku. Memperincikan Keshmiri sebagai seekor "serigala buas," seorang pegawai di pejabat Pendakwaraya berkata Keshmiri berjaya menyembunyikan aktiviti anti kerajaan beliau dengan baik di mana satu jenazah yang pada mulanya dianggap sebagai beliau yang dikebumikan pada 31 Ogos dengan kehormatan penuh sebagai seorang syuhada dari revolusi Islamik.[5] Later investigations proved that Keshmiri was an agent of the MEK.

Abdol Hossein Daftarian telah terperangkap di dalam lift selepas letupan, di mana beliau lemas dan menyebabkan kematian beliau. MEK berjaya mencuri masa untuk Keshmiri dengan menyebarkan khabar angin bahawa lelaki yang ditemui di dalam lift sebenarnya adalah beliau. Meskipun pihak berkuasa Iran menangkap dan membunuh ramai agen MEK,[8] Keshmiri berjaya melepaskan diri dengan menggunakan sebuah passport palsu.[9]

Selepas kejadian sunting

Berikutan dengan kematian Rajai dan Bahonar, sebuah majlis presiden sementara telah ditubuhkan, sepertimana yang dituntut dalam Artikel 130 Perlembagaan Iranion. Majlis sementara terdiri daripada Ayatollah Akbar Hashemi Rafsanjani, speaker Parlimen, dan Ayatollah Mousavi Ardabili, presiden Mahkamah Tinggi. Majlis mengumumkan lima hari hari perkabungan negara dan menamakan Menteri Dalam Negeri Ayatollah Mahdavi Kani kepada Parlimen sebagai perdana menteri seterusnya.[3] Parlimen membuat sebuah pilihanraya pada 2 Oktober 1981 untuk memilih penganti Bahonar;[5] Kani menang undi percaya di parlimen untuk menjadi perdana menteri, menerima 178 undi sokongan, manakala 10 undi menentang, dan 8 tidak hadir(daripada sejumlah 196 undi).[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Shahrivar 8th in the mirror of memories; The hard times of bitter assassinations: Today is the anniversary of the explosion of the Office of the Prime Minister". Farhikhtegan Newspaper (dalam bahasa Parsi). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-13. Dicapai pada 27 May 2017.
  2. ^ "The documents of suspects of PM office + Handwriting of the bomber" (dalam bahasa Persian). Fars News Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-13. Dicapai pada 28 May 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b c d e f g "Rajaei and Bahonar were martyred". Iranian History. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-24. Dicapai pada 21 March 2017.
  4. ^ Staff (29 August 2016). "Iran marks anniversary of 1981 bombing at PM's office". Tehran Times. Dicapai pada 14 March 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ a b c United Press International (14 September 1981). "IRANIAN SAYS SECRETARY TO PREMIER HID FATAL BOMB IN TEHERAN OFFICE". The New York Times. Dicapai pada 14 March 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ Reed, Ann K. (1 January 1981). "Iran's Mujahideen: At the Center of Opposition". Harvard International Review. 4 (3): 10–12. Dicapai pada 14 March 2017.
  7. ^ Associated Press (14 September 1981). "Iran: Secret agent was bomber". The Spokesman-Review. Dicapai pada 15 June 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  8. ^ a b c d Newton, Michael. Famous Assassinations in World History: An Encyclopedia [2 volumes] (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. ISBN 9781610692861. Dicapai pada 14 March 2017.
  9. ^ a b "When the secret of prime minister's elevator was decoded". Defa Press. Dicapai pada 27 May 2017.
  10. ^ "Unsaid facts about Keshmiri, prime suspect of PM office bombing". Political Studies and Research Institute (dalam bahasa Persian). Dicapai pada 28 May 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)