Perang Iran-Iraq juga dikenali sebagai Pertahanan Suci dan Perang Revolusi Iran di Iran, dan Qadisiyyah Saddam (قادسيّة صدّام, Qādisiyyat Saddām) di Iraq, adalah perang di antara Iraq dan Iran yang bermula pada bulan September 1980 dan berakhir pada bulan Ogos 1988. Umumnya, perang ini dikenali sebagai Perang Teluk Parsi sehinggalah Konflik Iraq-Kuwait tercetus pada awal 1990-an, dan untuk beberapa ketika dikenali sebagai Perang Teluk Parsi Pertama.

Perang Iran-Iraq
Tarikh22 September 198020 Ogos 1988
Lokasi
Teluk Parsi, Sempadan Iran-Iraq
Keputusan Sama seri; Gencatan senjata di bawah mandat PBB; status quo ante bellum; Iraq ditempelak oleh PBB. Iran kekal menguasai Shatt al-Arab.
Pihak yang terlibat
 Iran Iraq
Komandan dan pemimpin
Iran Ruhollah Khomeini,
Iran Abolhassan Banisadr,
Iran Ali Shamkhani,
Iran Mostafa Chamran
Saddam Hussein,
Ali Hassan al-Majid
Kekuatan
- 305,000 askar,
- 500,000 militia Passdaran dan Basij,
- 900 kereta kebal,
- 1,000 kereta berperisai,
- 3,000 meriam,
- 470 pesawat,
- 750 helikopter[1]
- 190,000 askar,
- 5,000 kereta kebal,
- 4,000 kereta berperisai,
- 7,330 meriam,
- 500+ pesawat,
- 100+ helikopter[2]
Kerugian dan korban
Dianggarkan 500,000+ askar/militia/orang awam terkorban atau cedera Dianggarkan 375,000+ askar/militia/orang awam terkorban atau cedera
Perang Iran-Iraq - 22 September 1980Teheran

Peperangan ini bermula apabila Iraq menceroboh sempadan Iran pada 22 September 1980 berikutan perbalahan sempadan yang berterusan dan juga desakan penggulingan rejim Saddam Hussein. Walaupun kerajaan Iraq tidak mengeluarkan sebarang amaran rasmi perang, tenteranya gagal dalam kemaraan mereka di Iran dan akhirnya serangan mereka berjaya ditangkis Iran. Sungguhpun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru untuk gencatan senjata, pertempuran tetap berterusan sehingga 20 Ogos 1988. Manakala, tawanan perang terakhir ditukar pada tahun 2003.

Kesan peperangan mengubah politik serantau dan dunia. Ia juga turut menyaksikan penggunaan senjata kimia oleh tentera Saddam ke atas pasukan Iran dan juga etnik Kurdish Iran.

Sejarah peperangan

sunting

Objektif pencerobohan Iraq

sunting
  1. Menawan jalan air Arvand/Shatt al-Arab, satu-satunya jalan air yang menghubungkan Iraq dengan Teluk Parsi.
  2. Menawan kepulauan Abu Musa dan Tunb, bertindak di pihak Emiriah Arab Bersatu.
  3. Menawan Wilayah Khuzestan.
  4. Menggulingkan kerajaan Revolusi Iran di Teheran.

Pencerobohan dan penangkisan

sunting

Pada Jun 1980, kedua-dua negara ini mengalami hubungan diplomatik yang keruh dan juga pertempuran di sempadan semakin meningkat. Pada 18 September, Iraq mengumumkan bahawa Arvand/Shatt al-Arab adalah sebahgian daripada wilayahnya. Kemudiannya, Iraq melancarkan serangan penuh ke atas Iran pada 22 September 1980.

Apa yang menjadikan peperangan sesuatu yang tidak dapat dielakkan ialah apabila Saddam Hussein, Presiden Iraq ketika itu, membuat kenyataan pada 17 September 1980 kepada Parlimen Iraq, iaitu: "Pencabulan Iran secara terang-terangan dan kerap ke atas kedaulatan Iraq, membuktikan Perjanjian Algiers 1975 tidak sah dan terbatal." Satu-satunya perkara yang mengelakkan Iran dan Iraq daripada peperangan ke atas jalan air Arvand/Shatt al-Arab ialah perjanjian itu.

Kempen ketenteraan Iraq adalah bertujuan untuk menawan jalan air Arvand/Shatt al-Arab. Objektif lain pula adalah untuk menggulingkan rejim revolusi Iran di Teheran. Sehingga ke akhir peperangan, Saddam menasihatkan jeneralnya agar menawan Wilayah Khuzestan di Iran dan membina tembok di sempadannya. Ini jelas menunjukkan Saddam tidak berniat untuk mara terus ke bumi Iran. Mesej Saddam adalah untuk menawan wilayah Khuzestan yang direbutkan antara Iraq dengan Iran.

Ketika permulaan peperangan, Iraq menggunakan 10 divisyen dalam serangan mereka. Disebalik tanda-tanda jelas mengenai peperangan dari Iraq, kerajaan Iran hanya meletakkan 8 divisyen tentera biasa di sempadan Iran-Iraq.

Serangan mengejut ini berjaya mara dengan pantasnya ke wilayah Khuzestan dan menumpaskan tentera Iran yang masih lagi kacau bilau akibat Revolusi Iran. Namun begitu, Iraq berhadapan dengan tentangan yang mengejut. Penduduk Iran berhimpun dari seluruh Iran ke sempadan dan mewujudkan pertahanan dan tentangan ke atas pencerobohan itu. Dijangkakan, seramai 100,000 sukarelawan berhimpun di barisan hadapan pada bulan November. Kempen serangan udara Iraq pula tidak berkesan kerana Tentera Udara Republik Islam Iran telah pun mengatur kedudukan mereka di markas mereka dan kemudahan-kemudahannya telah dinaik taraf untuk menahan serangan bom. Tentera Iraq akhirnya sedar bahawa tentera Iran tidak secelaru yang mereka jangkakan. Pada Jun 1982, tentera Iran berjaya menawan semula wilayah-wilayah yang ditawan Iraq.

Pertempuran selepas ini dilakukan di bumi Iraq. Sesetengah berpendapat bahawa ini adalah sebuah rencana Saddam untuk menaikkan semangat patrotisme penduduk Iraq. Tentera Iraq pula bisa menentang di bumi mereka sendiri yang mempunyai barisan pertahanan yang kukuh.

Keunikan mengenai peperangan ini ialah penggunaan serangan gelombang manusia dan juga briged membunuh diri (shahid); kedua-dua taktik digunakan oleh Iran. Sukarelawan Basij dikerahkan untuk mengorbankan diri bagi memusnahkan periuk api. Kebanyakan mereka dalah remaja-remaja yang tidak mempunyai latar belakang ketenteraan.[3] Sehingga ke hari ini, serangan shahid menjadi doktrin utama ketenteraan Iran.[4]

Iraq kemudiannya menawarkan genjatan senjata tetapi Iran nekad untuk meneruskan serangan ke atas Iraq pada Julai 1982 dan ini menyebabkan konflik ini berterusan selama enam tahun kemudian.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting