Pengepungan Antioch (1268)
- "Pengepungan Antioch" mungkin merujuk kepada dua pertempuran yang berlaku pada tahun 1097 dan 1098 semasa Perang Salib Pertama; lihat Pengepungan Antioch.
Pengepungan Antioch berlaku pada tahun 1268 apabila tentera Mamluk di bawah pemerintahan Baibars akhirnya berjaya menawan kota Antioch. Sebelum pengepungan ini, negeri-negeri kecil Salibi tidak sedar akan kehilangan kota ini sepertimana ditunjukan semasa Baibars menghantar perunding kepada pemimpin bekas negeri-negeri salibi dan mengejek penggunaan gelaran "Putera" dalam gelaran Putera Antioch.
Menjelang pengepungan
suntingPada tahun 1260 Baibars, Sultan bagi Mesir dan Syria, mula memberi ancaman kepada negeri salibi di Antioch, yang mana (sebagai sebuah negeri naungan Armenia) telah menyokong Mongol, musuh tradisi kepada orang Turki. Pada 1265, Baibars telah menawan Caesarea, Haifa dan Arsuf. Setahun kemudian, Baibars berjaya menakluk Galilee dan membinasakan Cilician Armenia.
Pengepungan Antioch
suntingPada tahun 1268 Baibars mengepung kota Antioch, dan menawannya pada 18 Mei. Antioch berada dalam keadaan lemah disebabkan pergelutan terdahulu dengan Armenia dan kuasa dalaman, dan penduduk Antioch dengan pantas bersetuju untuk menyerah diri dengan syarat penduduk di dalam kota tidak dibunuh. Sebaik sahaja tenteranya berada berdekatan pintu, Baibars telah mengarahkan agar pintu kota ditutup dan membunuh seluruh penduduk di dalam kota. Kemudian, menyedari pemerintah Antioch tidak ada ketika pengepungan ataupun selepas pengeledahan ini, Baibars telah menulis sepucuk surat yang memperincikan secara tepat apa yang telah dilakukannya terhadap penduduk kota Antioch, dan mengakhiri surat ini dengan rangkap, "Sekiranya anda berada di sana, anda berharap anda tidak pernah dilahirkan."
Dengan kejatuhan Antioch, bahagian-bahagian lain di Syria jatuh dengan pantas dan pengaruh Franks dari Syria berakhir.