Hai Bacabaca, selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!

Saya telah membantu mengemaskini seperenggan dua yang pertama dalam rencana anda yang bertajuk Kong Fuzi. Terdapat dua hal yang saya ingin megemukakan:

  • Oleh sebab portal ini merupakan portal Bahasa Melayu, saya telah mengalihkan rencana anda menjadi Confucius. "Confucius" ialah nama Bahasa Melayunya yang rasmi sebagaimana yang diberikan oleh Dewan Bahasa.
  • Setiap rencana biografi yang baik harus mendahului dengan satu perenggan pengenalan atau lebih, kecuali rencana itu terlalu ringkas. Perenggan-perenggan pengenalan harus merupakan ringkasan untuk pencapaian tokoh tersebut. Sila lihat: Garis panduan reka letak dan Garis panduan untuk menulis biografi.

Bagaimanapun, sekiranya anda malas nak belajar garis panduan untuk gaya penulisan, anda boleh tembak sahaja, kerana portal ini merupakan portal masyarakat, dan mungkin terdapatnya pengguna-pengguna yang akan membantu memperbaiki rencana anda.

Jika anda berpuas hati dengan teguran saya, tulislah seayat dua kepada saya supaya saya tahu dan saya akan menegur anda lagi jika saya dapat membantu. Jika anda tak suka, tak perlulah. Memang ada sebilangan pengguna di sini yang tidak suka ditegur. Saya cuma hendak mewujudkan suatu suasana di portal ini supaya kita boleh saling belajar. — PM Poon 16:12, 21 Mac 2006 (UTC)


Hai Bacabaca, sila lihat jawapan saya di Perbualan:Confucius. — PM Poon 12:03, 22 Mac 2006 (UTC)