Terima kasih kerana menyunting rencana Pakatan Rakyat. Untuk pengetahuan anda, suntingan anda terpaksa diundurkan kepada suntingan sebelumnya kerana suntingan anda lebih merupakan pendapat peribadi tanpa disokong sumber rujukan yang sahih. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda kurang bersetuju dengan suntingan sebelumnya, suntingan anda mestilah disokong oleh sumber rujukan yang sahih dan bukan sekadar pendapat sendiri semata-mata, sesuai dengan polisi pandangan berkecuali dalam Wikipedia. Harap maklum. - Hezery99 (bincang) 08:52, 29 Ogos 2008 (UTC)