Pengiran Muda 'Abdul 'Azim

paduka putera Sultan Brunei

Almarhum Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (Jawi: ڤڠيران مودا حاج عبدالعظيم‎; diputerakan 29 Julai 1982 – mangkat 24 Oktober 2020) merupakan paduka putera ketiga Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. YTM merupakan yang keempat dalam susur galur pewarisan takhta Brunei sehingga kemangkatannya pada Oktober 2020.

Almarhum Pengiran Muda 'Abdul 'Azim
Duli Pengiran Muda Negara Brunei Darussalam
Pengiran Muda 'Abdul 'Azim di Kongres Rangkaian Autisme ASEAN kedua pada April 2013
KeputeraanPengiran Muda 'Abdul 'Azim
(1982-07-29) 29 Julai 1982 (umur 41)/8 Syawal 1402H
Bandar Seri Begawan, Brunei
Kemangkatan24 Oktober 2020(2020-10-24) (umur 38)/7 Rabiulawal 1442H
Bandar Seri Begawan, Brunei
Pemakaman24 Oktober 2020
Kubah Makam Diraja
Nama penuh
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
KerabatKerabat Bolkiah
AyahandaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
BondaDatin Paduka Seri Hajah Mariam
AgamaIslam Sunni
PekerjaanPenerbit filem

Keputeraan sunting

Pengiran Muda 'Abdul 'Azim diputerakan di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 29 Julai 1982. Baginda merupakan paduka anakanda sulung kepada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan suri kedua Pengiran Isteri Hajah Mariam.

YTM berpendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Institusi Raffles, dan Universiti Oxford Brookes. Pada tahun 2008, YTM dihantar mengikuti latihan pegawai sembilan bulan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, tetapi tercicir seminggu kemudian.[1]

Penglibatan kerja amal sunting

Pada tahun 2009, YTM terlibat dalam suatu projek penjualan beg uniseks guna amal bersama Make A Wish Foundation dinaunginya dan syarikat kulit haiwan MCM Worldwide.[2][3]

Pada Mei 2011, suatu pertunjukan amal diadakan di Dewan Indera Samudra The Empire Hotel and Country Club, Bandar Seri Begawan melibatkan 31 orang penghidap autisme yang turut membuat persembahan tersendiri. Dalam acara ini juga, Pengiran Muda 'Abdul 'Azim bertitah mereka yang ada autisme patut dilayan dengan hormat, "seperti mana-mana ahli keluarga awda".[4] Pada 27 April 2013 di pembukaan Konges Rangkaian Autisme ASEAN (AAN) kedua, YTM mendesak sokongan yang berpatutsan diberi kepada keluarga dengan ahli keluarga yang berautisme.[5]

YTM merupakan penerbit dengan syarikat filem Daryl Prince Productions bertempat di London yang menerbitkan You're Not You. Pendirian paduka ayahandanya yang menyokong undang-undang syariah menjadikan keterlibatannya dipandang negatif Duli Pengiran Muda dalam kalangan khayalak pengkarya Hollywood.[6] YTM merupakan tokoh penting dalam "jetset" antarabangsa.[7][8]

Kemangkatan sunting

Pengiran Muda 'Abdul 'Azim mangkat pada 24 Oktober 2020 selepas lama gering.[9] Pengumuman rasmi kemangkatannya diumumkan kemudian pada hari beliau mangkat.

Kurniaan sunting

Bintang kebesaran sunting

Institusi sunting

  • Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Azim, Serasa.

Keturunan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Pendleton, Devon; Serafin, Tatiana. "In Pictures: World's Richest Royals". Forbes.
  2. ^ "HOW TO KEEP IN STYLE THIS SUMMER...". The Daily Express. 23 June 2008
  3. ^ "Winter Ball - London 24/11/2012". Make-A-Wish United Kingdom. Retrieved 3 January 2013.
  4. ^ Thien, Rachel (21 July 2011). "Treat autistic with respect, says HRH". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 21 July 2011.
  5. ^ Othman, Azlan (28 April 2013). "Royal Call For Autism Friendly Community". Sultanate News.
  6. ^ "Cannes: Sultan of Brunei's Son Debuts Film Amid Beverly Hills Hotel Boycott | Hollywood Reporter". www.hollywoodreporter.com. Dicapai pada 2020-09-07.
  7. ^ CNN, Rebecca Wright. "Is the sultan of Brunei imposing Sharia law to clean up his family's image?". CNN. Dicapai pada 2020-09-07.
  8. ^ "Prince Azim of Brunei with his birthday belles, including Jerry Hall,". Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). 2012-06-26. Dicapai pada 2020-09-07.
  9. ^ "Nation Mours Loss of a Prince". Borneo Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-24. Dicapai pada 24 October 2020.

Pautan luar sunting