Pengkolonian (biologi)

Pengkolonian[1] ialah proses biologi berlaku apabila satu spesies merebak ke kawasan baru. Pengkolonian sering merujuk kepada penghijrahan berjaya sesuatu populasi sehingga menjadi bersepadu ke dalam komuniti ekologi, setelah merintang terhadap ancaman kepupusan tempatan pada peringkat awal. Dalam ekologi, ia diwakili oleh simbol λ (huruf kecil lambda) untuk menandakan kadar pertumbuhan intrinsik jangka panjang populasi.

Rajah menunjukkan bakteria tumbuh dan membentuk biofilem pada permukaan

Satu model saintifik klasik dalam biogeografi menyatakan bahawa sesuatu spesies mesti terus menjajah kawasan baharu sepanjang kitaran hayatnya (dipanggil kitaran takson) untuk mencapai kepanjangan hayat.[2] Sehubungan itu, penjajahan dan kepupusan adalah komponen utama biogeografi pulau, teori yang mempunyai banyak aplikasi dalam ekologi, seperti metapopulasi.

Skala sunting

Pengkolonian berlaku dalam beberapa skala. Bentuk paling asas pengkolonian adalah bermula dengan biofilem dalam pembentukan komuniti mikroorganisma pada permukaan.[3] Pengkolonian berskala kecil pada tapak baru pula mungkin berpunca perubahan alam sekitar. Pengkolonian pada skala yang lebih besar berlaku apabila sesuatu spesies meluaskan julatnya untuk merangkumi kawasan baharu. Ia boleh berlaku melalui beberapa siri pencerobohan kecil seperti pencerobohan tumbuhan berkayu, atau melalui penyebaran jarak jauh. Istilah perluasan julat juga digunakan untuk konsep ini.[4]

Kegunaan sunting

Istilah ini secara amnya hanya digunakan untuk merujuk kepada penyebaran sesuatu spesies ke kawasan baharu dengan cara semula jadi, berbanding pengenalan atau translokasi yang tidak semulajadi oleh manusia, yang mungkin menyebabkan timbulnya spesies ceroboh.

Peristiwa pengkolonian sunting

 
Julat pergerakan burung kuntul kecil (Egretta garzetta) telah diperluas sejak abad ke-20, dengan spesies itu telah menjajah sebahagian besar Dunia Baru.

Peristiwa penjajahan prasejarah berskala besar yang terkenal termasuklah:

Artropoda sunting

  • pengkolonian kawasan tanah bumi buat pertama kalinya dilakukan oleh haiwan artropoda. Fosil pertama haiwan darat berasal dari ulat gonggok. Hal ini dijangka berlaku kira-kira pada 450 juta tahun yang lalu.

Manusia sunting

  • penghijrahan awal manusia dan pengkolonian kawasan di luar Afrika mengikut paradigma asal Afrika terkini, mengakibatkan kepupusan megafauna Pleistosen, walaupun peranan manusia dalam peristiwa ini masih dipertikaikan.


Beberapa peristiwa penjajahan berskala besar pada abad ke-20 adalah:

Burung sunting

Reptilia sunting

  • pengkolonian iguana Hijau di Anguilla berikutan acara berakit pada tahun 1995
  • pengkolonian ular sawa Burma ke kawasan Florida Everglades. Pembebasan ular datang dari keinginan untuk membiak dan menjualnya sebagai haiwan peliharaan eksotik. Apabila mereka membesar orang tempatan tidak dapat menjaga haiwan tersebut dan mula melepaskannya ke Everglades.

Pepatung sunting

Rama-rama sunting

  • pengkolonian rama-rama Lithophane leautieri di Britain

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. "Carian Umum "pengkolonian", bahagian istilah bahasa Melayu, bidang biologi subbidang ekologi". Pusat Rujukan Persuratan Rasmi. Dicapai pada 14 Julai 2023.
  2. ^ Wilson, E.O. (1962) The nature of the Taxon Cycle in Melanesian ant fauna "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-20. Dicapai pada 2010-09-25.CS1 maint: archived copy as title (link) The American Naturalist
  3. ^ 1. O’Toole, G., Kaplan, H. B. & Kolter, R. Biofilm Formation as Microbial Development. Annu. Rev. Microbiol. 54, 49–79 (2000).
  4. ^ Yackulic, Charles B.; Nichols, James D.; Reid, Janice; Der, Ricky. 2015. To predict the niche, model colonization and extinction. Ecology. 96(1): 16-23.
  5. ^ Livezey KB. 2009a. Range expansion of Barred Owls, part I: chronology and distribution. American Midland Naturalist 161:49–56.
  6. ^ Livezey KB. 2009b. Range expansion of Barred Owls, part 2: facilitating ecological changes. American Midland Naturalist 161:323–349.