Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat

lembaga berkanun di bawah Kementerian Kewangan Singapura

Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Bahasa Inggeris: Accounting and Corporate Regulatory Authority, singkatan: ACRA; Bahasa Cina: 会计与企业管制局; Bahasa Tamil: கணக்கியல், நிறுவன ஒழுங்குமுறை ஆணையம்) adalah sebuah lembaga berkanun Pemerintah Singapura di bawah Kementerian Kewangan. Badan ini merupakan pengawal atur bagi entiti perniagaan, akauntan awam dan pembekal perkhidmatan korporat di Singapura. ACRA juga memainkan peranan penting sebagai pemudah cara untuk pembangunan entiti perniagaan dan kerjaya perakaunan awam.

Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat
ڤڠواس ڤڠاولن ڤراکاٴون دان کورڤورت
Intisari agensi
Dibentuk1 April 2004; 20 tahun yang lalu (2004-04-01)
Agensi-agensi terdahulu
  • Pejabat Pendaftaran Syarikat dan Perniagaan
  • Lembaga Akauntan Awam
Bidang kuasa
Pemerintah Singapura
Ibu pejabat10 Anson Road #05-01/15 International Plaza Singapore 079903
Eksekutif Agensi
  • Tan Ching Yee, Pengerusi
  • Ong Khiaw Hong, Ketua Eksekutif
Agensi induk
Kementerian Kewangan
Laman sesawang
www.acra.gov.sg

Sejarah sunting

Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat telah dibentuk oleh Akta Pengawalan Perakaunan dan Korporat. Melalui akta ini, Pejabat Pendaftaran Syarikat dan Perniagaan (RCB) dan Lembaga Akauntan Awam (PAB) telah digabungkan. Penggabungan tersebut adalah untuk mensinergikan pemantauan pematuhan dengan keperluan pendedahan dan peraturan akauntan awam dalam melaksanakan audit berkanun.

Pautan luar sunting