Penyaliban (bahasa Inggeris: crucifixion) merupakan satu cara hukuman kuno di mana pesalah diikat atau dipaku kepada tiang salib kayu besar (dalam bentuk yang pelbagai) dan dibiarkan tergantung sehingga mati.

Hukuman ini digunakan oleh orang Parsi, Selusid, Carthagian dan Rom dari abad keenam sebelum masehi hingga abad keempat masehi apabila Maharaja Constantine I menghapuskannya sebagai menghormati Jesus yang mereka anggap mati disalib.