Tamadun

Masyarakat bersistem kompleks dan berkemajuan
(Dilencongkan dari Peradaban)

Tamadun (Tulisan Jawi: تمدون) atau peradaban dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju lalu mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah..

Bandar raya merupakan ciri utama peradaban manusia.

"Tamadun" merupakan pinjaman bahasa-bahasa Parsi dan Arab diakar dari kata kerja Bahasa Arab: مَدَّنَ‎, translit. maddana yang bererti "membuka bandar" - ia sendirinya daripada akar مدن madana (atau م د ن‎) yanng bermaksud "membuat penempatan".[1] Kata akar ini turut diturunkan menjadi seberapa perkataan yang berakitan seperti madaniyah dan "Madinah". Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah "umran" (عمران)[2] dan "hadarah" (حضارة).

PentakrifanSunting

Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.

  • Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang.
  • Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19.

Ciri-ciri masyarakat bertamadunSunting

  1. Bentuk agama yang tinggi.
  2. Negara yang tersusun rapi.
  3. Sistem undang-undang
  4. Kehidupan bandar.
  5. Bahasa dan sistem tulisan yang maju.
  6. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

Menurut sarjana Barat - Darcy Roberio terdapat 11 ciri-ciri bagi sesebuah tamadun: - Penyebaran teknik pertanian - Penternakan dan pengkhususan fungsi kumpulan tertentu - Revolusi perbandaran - Kemunculan bandar dan negara - Stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial - Pertanian - Perairan - Teknik, bilangan dan kalendar - Perkembangan kapal - Penciptaan mata wang

Tamadun duniaSunting

Lihat jugaSunting

Maksud tamadunSunting

  1. ^ Habib Anthony Salmoné (حبيب سالمون) (1889). مدن [Kamus Terbaharu Bahasa Arab-Bahasa Inggeris Pelajar]. An Advanced Learner's Arabic-English Dictionary | قاموس عربي انجليزي متقدم للمتعلمين – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.
  2. ^ dari عمر di The Arab Lexicon, Hawramani.