Perbincangan:Graviti

Latest comment: 18 tahun lalu by Hayabusa future in topic Insya-Allah Kebenaran Akan Tertegak

Graviti adalah fahaman sains yang ketinggalan zaman jika ia dimaksudkan berpunca daripada jisim.

Berdasarkan teori "The Universal Theory Of Pressure" oleh Zony Said, ia dihasilkan oleh Tekanan.

Untuk meringkaskan kertas kerja ini, ia dibuktikan di antaranya:

1. Eksperimen yang membuktikan graviti kononnya disebabkan jisim sebenarnya membuktikan tekanan. Cavendish, dan lain-lain.

2. Teori graviti berkonsepkan jisim menggagalkan penggabungan teori-teori asas lain.

3. Teori graviti berkonsepkan jisim tidak logik. Semata-mata jisim tidak membuatkan ia secara istimewa mempunyai tarikan.

4. Teori graviti berkonsepkan jisim tidak saintifik. Ia gagal dibuktikan sehingga kini dengan eksperimen mudah dan eksperimen canggih.

5. Teori graviti berkonsepkan jisim gagal kerana ia teori lama yang tidak dianalisa dan difahami secara totok.


Siapa Zony Said ni? Tak kenal pun. Teori Zony Said masih belum diterima pakai oleh kalangan pakar sains, bagaimanapun boleh diletakkan di bawah pandangan lain terhadap graviti. Bagaimanapun carian di Yahoo gagal menunjukkan sebarang sokongan. Jadi saya rasa buat masa ini, teori Zony Said ini boleh diletakkan di bawah tajuk teori yang belum terbukti, kecuali ianya diterbitkan dalam kertas kerja (peer review) yang diiktiraf, bukannya crackpot.Yosri 10:33, 13 Oktober 2005 (UTC)Balas


Kajilah sendiri teori sedia ada dan ikuti perkembangannya di dunia luar.

Mengetahui siapa Zony Said tidak seutama memahami teorinya. Anda pun belum tentu dikenali oleh orang lain. Berapa ramai saintis yang kurang mahsyur yang anda tidak kenali. Internet belum dapat mencapai teori tersebut mahupun orangnya.

Sebenarnya ia teori yang agak baru. Apa yang menarik teori tersebut adalah logik dan graviti tidak. Teori graviti yang anda fahami sebenarnya adalah tidak boleh dibuktikan!

oleh 219.93.8.5


Maksud saya, (Siapa Zony Said), adalah teori "Zony Said" masih belum diterima dikalangan pakar sains dan hasil kerjanya masih belum disahkan oleh pakar sains seangkatan (peers review), atau diterbitkan di mana-mana journal sains. Sekiranya teori beliau benar, beliau akan dinobatkan sebagai pemenang hadiah Nobel, dan Wikipedia akan dikemaskini untuk menerima hasil kerja beliau. Jika tidak, banyak lagi teori baru yang tah macam-macam diluar sana. Fikirlah sendiri.

Teori graviti sudah terbukti dari segi applikasi bagi pengiraan pergerakan planet dan bulan mengelilingi matahari. Jadual berbuka puasa yang digunakan itu adalah berdasarkan pengiraan yang menggunakan hukum graviti bagi mengira kelajuan bulan berbanding pergerakan bumi. Saudara perlu sedar bahawa Hukum Graviti sudah pun terbukti, itulah sebabnya ia dikatakan Hukum Graviti, bukannya teori graviti seperti yang saudara dakwa.Yosri 09:50, 18 Oktober 2005 (UTC)Balas

Teori Graviti Atau Hukum Graviti? sunting

Ada masanya perbincangan di antara sarjana akan menyebutnya sebagai teori dan ada masanya sebagai hukum. Ia mengikut kehendak mereka yang bicarakannya. Jika anda baca sumber-sumber berbeza, berbezanya cara takrifannya.

Berkenaan menjadi pemenang hadiah nobel tidak timbul kerana sesuatu teori mengambil masa untuk diterima masyarakat. Malah pada masa ini terdapat 2 orang ahli sains dapat saya kesan hampir-hampir mencapai teori yang sama. Seorang daripadanya di Israel dan seorang di USA(Anda boleh mencari mereka di Internet dengan menggunakan kata kunci 'gravity' dan 'pressure'). Apa yang menarik ialah Zony Said adalah orang Malaysia. Pembuktian dan Dokumentasi akan menunjukkan siapa yang menemui dahulu. Begitu juga sama ada ia disiarkan oleh jurnal sains adalah bergantung kepada editor. Jika editor sama seperti raja yang menjatuhkan hukuman kepada Coppernicus dan Bruno, atau Sultan yang memenjarakan Ibnu Sina kerana ilmunya, kita tidak boleh menyalahkan mereka. Sains berkenaan kefahaman yang mendalam terhadap alam

Pengalaman mengajar kita banyak teori yang tidak diterima pada awalnya dan akhirnya dijunjung tinggi.

Apabila anda berkata berkenaan planet, bulan dan bumi, anda meminta bukti. Berkenaan waktu berbuka puasa diukur waktunya berdasarkan hukum Graviti adalah tidak benar. Ia dikira mengikut formula dan bukan konsep. Anda kena faham antara formula dan konsep. Mungkin anda katakan formula datangnya dari teori atau hukum. Formula diambil daripada nisbah dan eksperimen. Teori diambil melalui kesimpulan terhadap hipotesis(atau eksperimen).

Apabila formula terhasil, hukum graviti diambil begitu mudah dengan mengaitkan kepada jisim secara terus kerana ia sesuatu yang kelihatan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi bukti. Apa sahaja yang saudara kemukakan berkenaan graviti berpunca dari jisim akan saya buktikan ia disebabkan tekanan. Saya bawakan perkara ini kepada anda semua kerana saya percaya Wikipedia menyediakan ruang untuk perbincangan. Namun jika ia memberatkan, saya akan menarik diri untuk terus membincangkannya walaupun saya, insya-Allah, tidak keberatan menjawab semua soalan anda yang membuktikan graviti berpunca daripada jisim.


1. Saya tidak menyatakan teori itu salah, cuma selagi ia tidak diterima oleh ahli sains yang sealiran dengannya, teori itu masih diragukan. Ini kerana saya bukannya pakar untuk mengesahkan atau menolak teori tersebut, dengan itu saya menganggap, sebarang teori yang tidak disahkan oleh pakar dalam bidang tersebut sebagai "kurang dipercayai" http://en.wikipedia.org/wiki/Protoscience , tidak kisahlah bangsa apa yang menciptanya.

2. Apabila saya menyatakan "minta bukti", maksud saya, nyatakan terbitan saintifik ('saintific publication') yang membincangkan teori tersebut untuk perdebatan oleh ahli sains yang arif mengenainya, bukannya sekadar terbitan umum seperti akhbar atau buku. Sesiapa pun boleh membayar untuk menerbitkan buku (vanity books). Terdapat pelbagai terbitan saintifik di dunia, bukannya sekadar Amerika atau British. Jerman, Jepun, Russia, Belgium dll. Malah teori terbaik yang diterbitkan dalam majalah saintifik di Amerika sebahagiannya merupakan terjemahan daripada terbitan bahasa saintifik bahasa asing. Kalau semua editor tidak menerimanya, terbukti bukan editor yang salah, tetapi penulis yang salah.

3. Hukum merujuk kepada teori yang telah dibuktikan melalui ujikaji dan disahkan oleh pakar sains lain secara bebas. ('Confirmed by peers review.'). Teori merujuk kepada sesuatu yang belum dibuktikan melalui ujikaji. Lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Newtons_Laws_of_Gravity http://en.wikipedia.org/wiki/Theory .

4. Wikipedia berkonsep ensiklopedia, membentangkan fakta. Sila kemukakan bukti, terbitan saintifik mana yang menerbitkan teori tersebut untuk dibincangkan.

5. Formula pengiraan pergerakan planet memerlukan pengubah berat dan daya tarikan (graviti) antara planet. Sila kemukakan bukti formula tersebut tidak mempunyai graviti. (Unit Newton adalah applikasi graviti dalam formula.)

6. Ujikaji mengenai tekanan menghasilkan graviti, rasanya mudah dilakukan. Tangki gas yang mempunyai tekanan tinggi akan mengenakan tarikan graviti lebih berbanding tangki gas kosong. Jadi bukannya sukar memastikan teori ini temberang atau tidak.

7. Saudara berhak menentukan samaada untuk berjuang menegakkan kebenaran, kerana Islam ugama yang benar dan sukakan kebenaran dan bencikan kebatilan. Saya memerlukan bukti apabila membincangkan sesuatu yang saya tidak faham. Sekiranya saudara tidak selesa, saya minta maaf, tetapi saya bukannya seorang yang menerima sesuatu secara mengkinzir buta.Yosri 09:48, 20 Oktober 2005 (UTC)Balas

Percubaan...percubaan....

Percubaan...percubaan....

Graviti berkonsep jisim : Konsep Zaman Kuno? sunting

1. Dari segi ia kurang dipercayai, anda memang tepat kerana sukar mempercayai sesuatu yang baru dan di "luar kotak." Ia mengambil masa untuk saya, anda dan lain-lain memahaminya.

2. Kalau semua editor tidak menerimanya, tidak semestinya penulis bersalah. Satu teori yang unit daripada seorang yang genius memang memerlukan masa untuk diterima umum. Sila rujuk sejarah teori Einstein, teori Copernicus dan lain-lain.

3. Fasal hukum dan teori ini, anda memang tepat. Tapi seperti saya maksudkan, ahli sains membicarakaannya di dalam skop yang luas. a. Sesebuah hukum boleh diteorikan semula kerana kecintaan ilmu dan ilmu itu tiada sembpadan. b. Ramai yang membicarakan sebagai teori. Kalau tidak percaya, cuba anda 'google'kan 'Gravitational Theory'.

4. Sukar untuk saya katakan kerana yang boleh menyatakan ialah editor atau penulis itu sendiri kerana mereka yang lebih arif tentang perkara dokumentasi.

5. Sudah tentu formula F=mg dan yang menggunakan 'Gravitational Constant' memerlukan pengubah jisim(bukan pengubah berat) tapi bukan daya tarikan antara planet. Tiada apa yang hendak ditarik oleh planet. Semata-mata kerana ia mempunyai jisim ia boleh menarik. Contohnya, badan Ah Seng gemuk dan badan anda kurus. Anda tidak sekali-kali akan tertarik kepada Ah Seng walaupun Ah Seng sebesar Gunung. Jika anda pergi ke Gunung, anda juga tidak tertarik kepada Gunung itu. Unit Newton tidak membuktikan aplikasi graviti dalam formula. Unit Newton hanya nama kepada unit itu.

6. Eksperimen tekanan menghasilkan tolakan dan keadaaan yang wujud seolah-olah adanya tarikan (graviti).

7. Sikap anda yang memerlukan bukti untuk menerima sesuatu adalah sifat yang mulia.


Saya tidak akan membuang banyak masa lagi mengenai topik ini, tetapi biar saya ulang sekali lagi. 1. Ia kurang dipercayai kerana tiada bukti menyokong, bukannya saya kata ia salah. Bagaimanapun....

2. Kalau teori ini benar, saya akan biarkan masyarakat saintifik mengesahkannya sebelum diterima pakai. Teori Einstein, teori Copernicus dan lain-lain telah pun diuji dan diterima pakai oleh pakar sains lain, dengan itu ia diterima pakai. Kita tidak perlu terburu-buru menyokong mengkinzir buta sesuatu yang anda sendiri akui tidak faham. Jadi kenapa bermati-matian menyokongnya.

3. Sesuatu hukum memang boleh diteorikan semula, tetapi hanya teori yang terbukti akah ditakrifkan sebagai hukum. Gembira kerana dapat menjelaskannya kepada saudara.

4. Para editor majalah saintifik biasanya mempunyai ahli panel penasihat yang membincangkan sesuatu menurut bidang masing-masing. Oleh itu pakar jantung tidak mengulas sesuatu mengenai pergigian, pakar kimia tidak mengulas mengenai kaji bintang, dan juga orang awam biasa seperti saya tidak akan mendakwa sesuatu yang diterima pakai oleh masyarakat saintifik sebagai kuno/lapuk.

5. 'Gravitational Constant' adalah gaviti/daya tarikan, merangkumi daya tarikan antara planet. Contohnya, badan Ah Seng gemuk dan badan anda kurus. Daya tarikan Ah Seng lebih kuat berbanding anda, tetapi kerana jisim manusia kecil, perubahan daya tarikan ini adalah amat kecil. Jika anda pergi ke Gunung, berat anda lebih ringan, berbanding sekiranya anda berada di kaki Gunung itu, kerana jarak anda dengan jisim bumi lebih dekat di kaki gunung. Unit Newton hanya nama kepada ukuran graviti. Tindakan anda mengantikan graviti dengan istilah daya tarikan serupalah seperti nyanyian "You call it potato, i call it potato, You call it tomato, I call it tomato." Sebutan lain, bendanya sama. Pengiraan peredaran planet mengambil kira graviti kerana orbit planet bundar, apabila planet bergerak semakin jauh, graviti matahari memperlahankannya, sebaliknya apabila bergerak menghampiri matahari, graviti melajukannya. Atau kalau saudara suka tukar sahaja daya tarikan matahari memperlahankannya apabila ia semakin jauh, sebaliknya apabila bergerak menghampiri matahari, daya tarikan melajukannya.

6. Perubahan Eksperimen tekanan menghasilkan tolakan dan keadaaan yang wujud seolah-olah adanya tarikan (graviti).

Saya kurang faham yang ini, tetapi kalau tidak silap saya, ini menyatakan sekiranya tekanan menghasilkan graviti, tekanan negetif akan menghasilkan anti-graviti. Jadi, di masa hadapan kita akan menaiki kereta terapung berenjinkan tabung hampagas, hee.. hee... Tetapi berbincang secara serious, sekiranya anda memampatkan lebih banyak gas di dalam sesuatu balang, balang tersebut akan memiliki lebih daya graviti disebabkan terdapat lebih banyak jisim dalam balang tersebut, (bukannya kerana tekanan dalam balang.)

7. Terima kasih. Saya cenderung mengulas sesuatu yang nyata, bukannya sekadar teori, kerana teori ini datang dan pergi menurut musim dalam tempoh yang singkat. Membazir masa mengulas panjang-panjang, kemudiannya teori bertukar. Kesemua sumbang saudara hapus dalam sekelip mata. Bagaimanapun saya tidak dapat menahan diri mengulas dalam kes ini kerana, saya bimbang ramai yang akan terpengaruh dengan teori yang masih belum disahkan sekadar ikut-ikutan tanpa memahami perkara sebenar.

8. Menurut fahaman sekarang, graviti menarik jisim. Jisim yang ditarik akan termampat dan menghasilkan tekanan. Sebaliknya, menurut teori baru, tekanan menghasilkan graviti, dengan itu apa pula punca tekanan? Ini mungkin kali terakhir saya mengulas, kerana isu ini masih tergantung, dengan itu masih belum ditentukan keputusannyaYosri 10:03, 24 Oktober 2005 (UTC)Balas

Graviti adalah karut dan tidak logik? sunting

1. Buktinya adalah lebih banyak daripada bukti yang anda ada untuk teori yang sedia ada.

Mana buktinya?
-Apa yang membuktikan graviti berpunca daripada jisim akan membuktikan graviti berpunca daripada tekanan.
Jisim yang besar (matahari / bumi) mempunyai daya graviti yang lebih besar berbanding jisim kecil seperti asteroid/bulan pada kadar sekata. Dengan menggunakan formula saiz jisim / daya tarikan, pakar sains mampu menganggarkan kekuatan graviti di planet lain, walaupun tidak pernah menjejak kaki di planet tersebut. Terdapat formula yang boleh diuji oleh semua orang. Bukti yang kukuh.

2. Untuk memahaminya mengambil masa dan saya tidak mengatakan saya tidak memahaminya.

OK, apabila sudah faham dan ada bukti, kita bincang lagi.
-Insya-Allah. Semoga Allah memberkati perbincangan ini.
Amin.

3. Malangnya sesuatu yang anda sokong sebenarnya tidak layak dipanggil teori apalagi hukum.

Menarik. Apa kelayakan saudara untuk menyatakan menafikan apa yang layak dipanggil teori, apa yang layak dipanggil hukum, sedangkan ianya telah diiktiraf oleh masyarakat sains dunia?
- Di dalam sains, tiada kependitaan. seorang ahli sains mungkin dibuktikan silap di kemudian hari dan yang pastinya Newton.
Benar, tetapi bukannya oleh orang yang bercakap mulut tanpa bukti kukuh. Setakat tahap cakap kedai kopi bolehlah. Kalau tidak, tidak boleh dipercayai langsung.

4. Penerimaan masyarakat saintifik perlu dihormati selagi ia mematuhi hukum sains. Apabila telah datang bukti yang lebih jelas dan logik, sudah tentu teori sandaran yang ada menjadi kuno atau lapuk. Sesuatu yang kita sukai telah menjadi ketinggalan zaman dan kita pun tinggalkan kerana sains lebih utama daripada kefahaman "mengkhinzir buta"(meminjam perkataan anda)terhadap teori yang mengatakan jisim mempunyai tarikan.

Sains menyatakan "Show me the proof". Sesuatu hukum sains belum dianggap lapuk selagi belum digantikan dengan sesuatu yang terbukti. Tunjukkan bukti, masyarakat sains mengatakan hukum ini lapuk, kita bincang.
-Masyarakat yang saintifik akan menerima hukum yang saintifik. Untuk membuktikan perkara ini, anda memerlukan statistik.
Sekali lagi saya ulangi, kemukakan bukti/statistik. Kalau tidak, tidak boleh dipercayai langsung.

5. Bukannya nilainya kecil tapi memang tak ada. Hingga sekarang para saintis masih gagal membuktikannya. Ia bukan masalah tomato atau potato tapi definasi. Sebutannya lain dan konsepnya berbeza.

Graviti matahari memperlahankan planet adalah konsep yang teruk dari teori yang gagal selama ini. Manalah mungkin graviti matahari tahu dekat ke jauh planet itu, dahlah tak dapat dibuktikan malah sungguh karut sekali apabila semakin diterangkan dengan lanjut. Daya tarikan melajukan dan mempercepatkan adalah mustahil dan anda tidak mungkin dapat membuktikannya. Ini dah macam 'fairy tales' atau cerita si kancil dan matahari yang boleh berfikir.

Matahari tak perlu fikir, graviti yang menariknya. Sama seperti lambung bola keatas, graviti akan memperlahankan pecutan bola sehingga sifar, dan ketika jatuh, pecutan meningkat akibat graviti. Kalau konsep ini pun sukar nak difahami, tak perlu kita berbincang lebih lanjut mengenai teori yang masih belum terbukti.
- Cuba anda buktikan bagaimana matahari boleh mempercepatkannya dengan keadaan matahari dan bumi yang bulat "tanpa tangan dan kaki" dan tanpa sebab yang munasabah. Begitu juga cuba buktikan mengapa pecutan bola boleh menjadi perlahan dan kemudian meningkat dan kemudian sifar. Mengapa tidak sahaja bola itu semakin meningkat pecutannya sedangkan ia semakin hampir kepada bumi?
Orbit berbentuk bundar, oleh itu jaraknya berbanding matahari tidak sama jauh. Daya graviti pula tidak sekata, semakin dekat planet daya graviti meningkat dalam gandaan meningkat bukannya sekata (baca sendirilah mengenai graviti.) Dengan itu, semakin dekat dua planet, semakin kuat tarikan graviti antaranya dalam gandaan.


6. Imaginasi anda berkenaan kereta terapung berenjinkan tabung hampagas sukar difahami. Anda perlu memahami konsep yang betul baru anda boleh berimaginasi. Jika anda memasukkan lebih banyak gas, kelihatan lebih banyak jisim tapi tekanan yang diberikan akan menentukan hala tujunya.

Teori tekanan mengatakan lebih tekanan, lebih tarikan (graviti). Secara inferansi, tekanan negetif akan menghasilkan tarikan negetif (tolakan) - dengan itu tabung hampagas akan terapung. Sekarang siapa yang tidak faham konsep?
- Tekanan tidak sama dengan tarikan. Tekanan menyebabkan tolakan. Tekanan negatif akan menghasilkan tolakan negatif.
Cakap graviti akibat tekanan. Rumusannya tekanan negetif (vakum) tentunya menghasilkan anti graviti (graviti negetif) yang tidak berlaku. Ini menunjukkan Zony temberang saja.

7. Sama-sama. Terpengaruh kepada perkara yang benar dan berkekalan tidak mengapa.

Alhamdulilah.
- Sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada-Nya. Syukur Alhamdulillah.
Amin.

8. Tekanan menghasilkan graviti. Apa yang menyebabkan tekanan ialah pergerakan.

Pergerakan tidak menghasilkan tekanan. Ia hanya menyelerakkan jisim, terutama pada vakum. Buktinya, pergerakan zarah yang lebih pantas akan mengubah bentuk jisim daripada pepejal kepada cecair, kepada gas. Dakwaan pergerakan menyebabkan tekanan benar jika dalam ruang tertutup, palsu dalam ruang bebas. Contohnya pergerakan zarah dalam tabung akan menyebabkan tekanan, tetapi tekanan itu hilang (lebih tepat menjadi sekata) sekiranya tabung itu dibuka. Jadi, berbalik kepada persoalan asal. Apa yang menghasilkan tekanan?

Rumusan saya, saudara berhujah secara emosi tanpa bukti. Membuat dakwaan melebihi kelayakan. Hujah saudara saya tolak. (* Jawapan diberikan oleh Yosri 09:19, 28 Oktober 2005 (UTC) )Balas

Kesimpulan Yang Jelas sunting

Anda sendiri telah memperakuinya. Lihat jawapan anda semula.

Untuk mengimbau konsep tekanan, tekanan mampu menyelerakkan jisim, mengubah bentuk jisim dan seterusnya. Tiada masalah tentang itu.

Jika anda membuka tabung, sudah tentu tekanan menjadi sekata di dalam dan di luar tabung. Siapa suruh anda buka tabung?

Itulah peranan tekanan. Pergerakan(usaha) menghasilkan tekanan(keadaan tertolak ke bumi). Semata-mata kerana bumi mempunyai jisim tidak menjadikan ia apa-apa jika ia tidak berputar dan beredar.

Oh ya, Selamat berhari raya. Maaf Zahir Batin.

Kesimpulan Jelas Mengarut sunting

Saya tidak memperakuinya. Cuma saya tekankan, jika benar tekanan didakwa membentuk graviti, secara inferance, hampagas membentuk anti graviti. Disebabkan ini tidak berlaku (flask termos tidak terapung walaupun mempunyai ruang hampagas), ternyata teori ini kurang boleh dipercayai.

Bumi bukannya dalam tabung tetapi dialam semesta dimana tekanannya sama di mana-mana (sekiranya tanpa graviti). Jika diikut teori baru, graviti terhasil oleh tekanan. Tanpa tekanan tiada graviti. Tiada graviti, jisim tak berkumpul. Tanpa pengumpalan jisim, tiada pembentukan planet/bumi.

Ringkasnya, teori tersebut menyatakan planet dan bumi tidak akan ada kecuali terdapat tabung untuk menghasilkan tekanan. Ini pastinya tidak boleh diterima. Mungkin apabila teori tersebut diperhalusi lagi, ia boleh dinilai kembali. Selamat berhari raya. Maaf Zahir Batin.Yosri 04:08, 7 November 2005 (UTC)Balas

Kesimpulan Newtonkah Yang Mengarut? sunting

Kesimpulan Zony Said tanpa fakta sunting

Apa yang anda tekankan ialah mengapa flask termos tidak terapung. Tekanan rendah di dalam termos (bukan di luar), sebab itu ia tidak terapung. Tekanan tinggi (secara relatif) di atas bumi menyebabkan jisim(termos) kekal di bumi. Jika di bulan, tekanan yang rendah di luar menghasilkan keadaan terapung termasuk untuk flask termos.

Salah satu hukum Newton menyatakan jisim berbeza berat akan jatuh sekata dalam vakum (dibawah pengaruh graviti, ie. tekanan tidak memberi kesan pada graviti.). Oleh itu bagaimana penjelasan mengenai ini menurut teori Zony Said.

Jawapannya ialah ia merupakan eksperimen kegemaran beliau. Eksperimen ini merupakan eksperimen yang sebenarnya membuktikan apa-apa pun jisim akan bergerak jatuh sekata walaupun dalam vakum. Letaklah jisim 1 kilogram, 5 kilogram dan 10 kilogram, maka ia akan jatuh sekata. Ini bermakna jisim tidak mempengaruhi graviti.

Jawapan balas: Ini membuktikan graviti hadir tanpa tekanan. Membuktikan teori tekanan menghasilkan graviti itu masih belum terbukti.

Soalannya: Anda perlu buktikan graviti hadir tanpa tekanan pula sedangkan eksperimen tersebut menunjukkan perbezaan jisim tidak mempengaruhi graviti.

Jawapan: Ujian dilakukan dalam vakum, tiada tekanan tetapi masih ada graviti sekata. Bukti tekanan tidak mempengaruhi graviti.

Soalannya: Benarkah di dalam vakum tiada tekanan? Anda perlu berhati-hati menjawab soalan kerana ia memaparkan kewibawaan ensiklopedia ini. Bagaimana jika anda bertanyakan kembali guru anda semula?

Secara jujur, apabila saya mengatakan siapa suruh anda buka tabung, ia hanya soalan sampingan(atau sedikit humor di dalam perbincangan).

OK....

"Teori Tekanan Penamat" (The Universal Theory Of Pressure/TUTOP) oleh Zony Said menyebut berkenaan pergerakan planet dan bintang di alam semesta tanpa keadaan tertutup atau bertabung. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku di dalam keadaan tertutup (selagi ada pergerakan). Putaran atau pergerakan bumi memusatkan jisim melalui keadaan perbezaan tekanan(tinggi dan rendah). Untuk memudahkan pemahaman, bayangkan pam vakum. Pergerakan motor di dalam pam menghasilkan tekanan rendah dan menyebabkan tekanan tinggi di luar menolak sampah-sampah masuk ke dalamnya.

Ini masih belum menjelaskan mengenai pembentukan planet/bintang (lihat hujah sebelum ini). Sekiranya pergerakan bumi memusat ... dan menghasilkan graviti, ini gagal menjelaskan graviti bagi asteroid yang tidak berputar/bergerak (sesetengahnya).

Jawapannya ialah jika asteroid tidak berputar atau bergerak atau tiada tekanan yang dikenakan kepadanya oleh objek lain, maka tiada graviti terhasil.

Masaalahnya asteroid itu masih mempunyai graviti lemah. Membuktikan teori tekanan menghasilkan graviti itu masih belum terbukti.

Jawapannya: Asteroid itu tidak mampu untuk kekal di koordinatnya seperti objek-objek lain di angkasa raya. Ini bermakna ia tergerak dan langsung mempunyai tekanan.

Tiada kaitan pergerakan dengan graviti. Planet Utarid yang mempunyai pecutan lebih laju mengelilingi matahari, mempunyai graviti yang lemah berbanding bumi. Sila kemukakan fakta bukan pendapat.

Soalannya: Bila saya jawab berkenaan asteroid, anda pergi pula ke Utarid. Saya boleh menjawab berkenaan Utarid dengan fakta tapi sebelum itu, benarkah ada objek yang tidak bergerak langsung (atau anda katakan asteroid) di dalam alam sejagat sebagaimana yang anda katakan? Ini merupakan kesilapan besar di dalam sains dan anda perlu elakkan bertanya dengan fakta yang salah. Jangan sekadar mengemukakan fakta jika ia fakta yang salah.

Contoh saudara menyatakan Pergerakan motor di dalam pam menghasilkan tekanan rendah dan menyebabkan tekanan tinggi di luar menolak sampah-sampah masuk ke dalamnya. Tetapi sekiranya bekalan udara terputus, sampah akan kembali tertolak / hilang graviti). Tetapi ini tidak terjadi bagi Bumi, graviti kekal walaupun Bumi berada dalam vakum. Yosri 09:57, 8 November 2005 (UTC)Balas

Jawapannya ialah bukankah bumi masih bergerak atau beredar, walaupun ia berada di dalam vakum. Tetapi tiada tekanan dikenakan kepada Bumi, dengan itu mana datangnya graviti bumi? Membuktikan teori tekanan menghasilkan graviti itu masih belum terbukti. Sebenarnya anda yang patut jawab soalan ini jika anda percaya bahawa jisim yang tidak mempunyai apa-apa sebab yang munasabah boleh menarik jisim yang lain. Ia telah berulang kali disebutkan saya bahawa pergerakan atau putaran atau peredaran yang menghasilkannya. Bagaimana pula dengan anda? Jisim yang kaku tanpa apa-apa usaha akan menarik anda?

Jawapan: Teori Newton tidak menjelaskan sumber graviti, hanya tindakannya. Daya graviti itu sendiri masih misteri. Jisim yang kaku akan menarik anda.

Soalannya: Teori sepatutnya menyelesaikan misteri. Kalau sekadar mengatakan misteri, orang kampung pun boleh. Seolah-olah cerita tahyul pulak.

Perenggan kedua anda menepati cebisan-cebisan hujah beliau.

Mungkin maksud saya tidak jelas. Graviti perlu ada sebelum jisim berkumpul dan membentuk planet, seterusnya menghasilkan tekanan. Sebaliknya hujah Zony pula menyatakan tekanan wujud dahulu, dengan itu menghasilkan daya graviti, menyebabkan jisim terkumpul... Jadinya perenggan kedua saya ternyata berlawanan sama sekali.Yosri 10:01, 8 November 2005 (UTC)Balas

Anda mengatakan bahawa graviti perlu ada sebelum jisim berkumpul dan membentuk planet. Ini bertentangan dengan teori Newton di mana jisim perlu ada dahulu sebelum adanya graviti.

Jawapan: Maksud saya, dalam teori Newton, graviti sedia ada pada jisim yang menarik sesama sendiri membentuk planet. Teori Zony, gagal menjelaskan punca tekanan bagi pembentukan bintang dan planet.

Soalannya: Graviti sedia ada pada jisim? Itulah pokok perbincangan dari awal. Kita telah pergi agak jauh dan anda mahu kembali?

Jawapannya ialah wujudnya perbezaan pendapat di sini.

Jawapan balas: Yang dipersetujui adalah teori Zony masih gagal mengemukakan bukti yang boleh diuji oleh saintis lain. Membuktikan teori tekanan menghasilkan graviti itu masih belum terbukti.
- Ia telah terbukti melalui perbincangan di atas. Cuma penerimaannya akan memakan masa.
Maafkan saya. Saya tidak melihat sebarang bukti dikemukakan. Hanya pendapat tanpa fakta. Teori Zony masih gagal mengemukakan bukti yang boleh diuji oleh saintis lain. Membuktikan teori tekanan menghasilkan graviti itu masih belum terbukti. Yosri 09:00, 25 November 2005 (UTC)Balas

Soalannya: Benarkah begitu? Biarlah para pembaca menilaikannya atau sebagai sebuah ensiklopedia, anda menganjurkan forum/perbincangan/muzakarah terbuka perkara ini di antara Zony Said dengan seseorang yang lebih mendalam ilmunya di dalam graviti?

Kesimpulan Newton Yang Naif sunting

Anda mengatakan bahawa teori Newton tidak menjelaskan punca graviti. Ini bertentangan dengan ilmu sains moden yang mengatakan graviti berpunca dari jisim.

Anda bertanyakan tentang graviti di antara bintang dan planet sedangkan untuk membuktikan bahawa jisim menyebabkan graviti pun anda masih gagal. Di dalam perbincangan ilmu adalah tidak elok untuk tidak menjawab soalan yang dinyatakan terlebih dahulu. Sebuah ensiklopedia tidak sepatutnya berselindung di dalam menerangkan ilmu pengetahuan.

Sekali lagi, mengapa jisim yang berbeza beratnya jatuh sama di dalam balang vakum sedangkan jisim yang lebih berat patutnya jatuh dahulu?

Insya-Allah, jika anda menjawab tentang soalan di atas dengan ikhlas kerana Allah dan ilmu pengetahuan, saya akan menerangkan tentang graviti di antara bintang dan planet.

Kesimpulan Zony Zaid Yang palsu sunting

  • Saya andaikan saudara bukannya troll. Ini adalah ensiklopedia dan ia memuatkan fakta-fakta yang telah disahkan semata. Wikipedia bukannya saluran yang betul bagi mengesahkan teori baru. Selain itu membentangkan teori baru sebagai satu teori yang telah diterima pakai, adalah penipuan. Sekiranya teori ini belum diterima, akui dengan ikhlas bahawa teori ini belum diterima oleh masyarakat saintifik. Tidak perlu berbohong, itu sifat munafik.
  • Insya-Allah, jika anda ikhlas bertanya kerana Allah dan ilmu pengetahuan, saya akan menjelaskannya tetapi sekiranya kerana hendak menonjolkan pendapat atau menunjuk pandai, saya tidak mempunyai masa melayan.
  • Saya hanya boleh berkata benar. Teori Newton tidak menjelaskan punca graviti. Ia mengatakan graviti terdapat pada jisim tetapi tidak menjelaskan bagaimana ia terhasil. Sila rujuk Wikipedia Inggeris. Bagi saya, itu semua jelas bukti kekuasaan Allah. (He (Newton) never, in his words, "assigned the cause of this power". )
  • Jisim mempunyai graviti sudahpun terbukti. Ini bukannya pendapat saya semata-mata, rujuk Gravitational constant. Bagi saya, itu semua jelas bukti kekuasaan Allah.
  • Graviti mengenakan daya sekata, itulah sebabnya jisim yang berbeza beratnya jatuh sama di dalam balang vakum. Lihat teori perbandingan umum (General relativity). Bagi saya, itu semua jelas bukti kekuasaan Allah.
  • Lihat Vakum.
  • Saudara mendakwa pecutan menghasilkan graviti. Sekiranya saudara bermaksud dari segi teori perbandingan umum (General relativity), pecutan yang dimaksudkan itu adalah berbeza. Tetapi sekiranya saudara menyatakan pecutan oleh jisim, saya telah kemukakan bukti asteroid yang bergerak dengan kelajuan berlainan (ada yang perlahan dan ada yang laju), tetapi mempunyai graviti yang setimpal dengan jisimnya, bukannya dari segi pecutannya. Selain itu saya kemukakan pula fakta bahawa pakar sains tidak melapurkan sebarang keganjilan mengenai graviti planet Utarid berbanding jisimnya, walaupun ia mempunyai kelajuan lebih tinggi berbanding Bumi. Ini menunjukkan teori Zony Zaid merupakan pembohongan semata-mata. Pergerakan asteroid di sini adalah perbandingan dengan kedudukan bumi.
  • Teori perbandingan umum menyatakan (The curvature of spacetime (caused by the presence of stress-energy) can be viewed intuitively in the following way. Placing a heavy object such as a bowling ball on a trampoline will produce a 'dent' in the trampoline. This is analogous to a large mass such as the Earth causing the local spacetime geometry to curve. This is represented by the image at the top of this article. The larger the mass, the bigger the amount of curvature. A relatively light object placed in the vicinity of the 'dent', such as a ping-pong ball, will accelerate towards the bowling ball in a manner governed by the 'dent'. Firing the ping-pong ball at just the right speed towards the 'dent' will result in the ping-pong ball 'orbiting' the bowling ball. This is analogous to the Moon orbiting the Earth, for example.)
  • Zony Said tidak perlu bersusah payah menghadiri forum/perbincangan/muzakarah. Lebih bermakna sekiranya saudara Zony Zaid menerbitkan kertas kerja saintifik yang diteliti oleh mereka yang berkebolehan. Itu adalah saluran betul bagi mengesahkan teori baru.
  • Saya pernah bertanya apakah kelayakan Zony Zaid, sehingga kini masih belum mendapat jawapan. Yosri 10:44, 28 November 2005 (UTC)Balas

Mengapa Teori Graviti Newton Perlukan Kebenaran? sunting

1. Nampaknya anda bertanyakan penerimaan masyarakat saintifik. Ini perlu anda tanyakan kepada masyarakat saintifik bukannya saya. Saya rasa saya tidak pernah berbohong dalam hal ini tapi anda baru sahaja tuduh saya berbohong, bukan?

2. Tidakkah mengatakan graviti mengenakan daya sekata terhadap jisim berbeza menunjukkan bahawa jisim bukan penyebab graviti? Sepatutnya jisim berbeza akan jatuh mengikut beratnya dan daya tidak sekata. Nampaknya bukan sahaja Newton dan para pengikutnya, anda sendiri gagal membuktikan perkara ini.

3. Saya percaya kelayakan bukanlah faktor utama menentukan kebenaran teori Zony Said. Ini dapat dilihat melalui kegagalan Newton dan para pengikutnya mengesahkan kaitan antara graviti dan jisim. Ia membuktikan kegagalannya melalui eksperimen sendiri.

4. Anda mengatakan Wikipedia Inggeris, "He never in his words assigned the cause of this power." Bukankah itu topik perbincangan yakni berkenaan punca graviti? Tidakkah anda sedari dari awal?

5. Berkenaan Utarid, memang tiada keganjilan di dalam kelajuannya. Takkanlah sebab ia tidak ganjil maka Zony Said pula yang berbohong? Di dalam sains mana ada perkara yang ganjil. Semuanya, insya-Allah, diterangkan oleh Sains. Jika anda betul-betul mahu buktinya, anda perlu lihat putarannya di atas paksinya dan masa ia menyudahkan peredarannya. Kemudian anda bandingkan dengan jisim planet-planet lain yang lebih besar. Saya telah melakukannya. Insya-Allah, anda akan dapati bahawa jisim planet yang berbeza tidak menentukan gravitinya.

Semoga Allah menunjukkan kebenaran sama ada Zony Said atau pengikut Newton, yang benar konsepnya berkenaan teori graviti ini. Insya-Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

6. Apa yang saya ketahui ada sikap prejudis dan kejumudan saintis-saintis untuk pengesahan teori Zony Said. Cuma yang peliknya mengapa mereka gagal menyanggah pendapat beliau jika beliau tidak berkelayakan?

TEGAKKAN KEBENARAN sunting

  1. Mendakwa teori Zony Zaid sebagai teori yang diterima masyarakat saintifik, sedangkan ianya tidak diiktiraf lansung adalah satu pembohongan. Saya hormati pendapat Zony Zaid, tetapi memburukkan orang lain (Newton) kerana hendak menaikkan nama sendiri adalah sikap yang kurang baik.
  2. Bukan saya mengatakan begitu, jawapannya dijelaskan dalam teori Einstein teori perbandingan umum (General relativity). Atau kini Zony Zaid menyatakan ingin menyatakan teori Einstein pun tak betul?
  3. Sekiranya saya hendak bertanya mengenai hal ehwal keugamaan, saya akan bertanya dengan ulamak yang layak, apabila saya sakit jantung, saya tidak berjumpa dengan doktor gigi, apabila saya hendak mengetahui tentang graviti, saya tidak bertanyakan Zony Zaid.
  4. Itu adalah menurut pengakuan ikhlas Newton. Dia berkata dengan perkataan yang benar. Satu sikap yang terpuji dalam Islam.
  5. Maksud saya, menurut saudara, kelajuan meningkatkan graviti. Saiz Utarid lebih kecil dari bumi, gravitinya lebih rendah. Tetapi Utarid lebih laju, jadi sepatutnya menurut teori yang diunjurkan oleh saudara, graviti Utarid sepatutnya lebih kuat berbanding yang sepatutnya menurut saiznya. Tetapi hal ini tidak pernah ditimbulkan oleh masyarakat saintifik. Zony bukannya maksum, pendapatnya boleh dipertikaikan.
  6. Para saintis Malaysia pun tidak mengiktiraf Zony, manatelahkan lagi saintis barat. Kalau saudara menyangka terdapatnya sikap prejudis dan kejumudan , untuk pengetahuan saudara, ada ramai saintis di dunia barat yang datangnya dari pelbagai bangsa seperti Arab, Turki, Jerman, Russia dan China dll. Setiap seorang prajudis, berpuluh yang lain tidak. Saintis barat tidak keberatan mengiktiraf saintis Malaysia sekiranya berfakta. Contohnya lihat Virus Nipah. Dakwaan saudara ternyata tersasar.
  7. Saya nasihatkan saudara memeriksa fakta saudara sebelum menulis. Saya tidak lagi akan mengulas sekiranya tiada fakta. Tidak perlu melontarkan tuduhan dan penghinaan kepada orang yang berlainan pendapat dengan tuduhan sikap prejudis dan kejumudan.Yosri 10:26, 30 November 2005 (UTC)Balas

Insya-Allah Kebenaran Akan Tertegak sunting

1. Insya-Allah teori Zony Said akan diterima oleh masyarakat. Sama ada masyarakat umum mahupun masyarakat saintifik. Tapi siapa yang menimbulkan isu masalah saintifik? Siapa yang mendakwa ia diterima oleh masyarakat saintifik? Siapa yang menuduh orang berbohong? Tidak baik menuduh seseorang.

2. Sekarang anda mengatakan teori Einstein menunjukkan graviti mengenakan daya sekata. Tidak benar mengatakan Einstein berkata demikian untuk menghalalkan hujah anda. Atau cuba anda buktikan Einstein berkata demikian lebih dahulu.

3. Masalahnya di dalam penentuan punca graviti, Zony Said lebih arif dan Newton agak ketinggalan. Tetapi terserah kepada anda untuk merujuk kepada sesiapa.

4. Pengakuan ikhlas Newton telah tidak difahami oleh para pengikutnya. Sebab itulah mereka mengatakan jisim menyebabkan graviti. Ini termasuk anda melalui hujah-hujah anda di atas.

5. Di dalam menentukan graviti, anda perlu lihat konsep yang dibuktikan oleh Zony Said dengan jelas. Pergerakan menyebabkan perubahan tekanan dan menghasilkan graviti. Perubahan tekanan turut dipengaruhi faktor suhu dan kandungan atmosfera sesebuah planet. Planet Utarid mengandungi kandungan atmosfera(hampir kosong) dan suhu(-170 ke 350 darjah Celcius) yang berbeza dengan bumi yang menyebabkan tekanan rendah atau ahmpir sifar.

6. Kebenaran ilmu adalah lebih penting daripada pengiktirafan.

7. Menuduh teori Newton salah, prejudis dan jumud dengan mengemukakan bukti yang logik dan saintifik adalah suatu kecemerlangan dan kegeniusan di dalam sains.

To the anonymous user: if Zony Said's theory is true, then he should present it to the scientific community. Why argue in Wikipedia when scientific theory could only be accepted when you tell it to the community? Hayabusa future 02:17, 1 Disember 2005 (UTC)Balas

To Hayabusa future,

I beleive that he has already presented it to the scientific community. I heard that he even has sent it to the prestigious universities in the U.S. and others. Acceptance might take some time.

In the meantime, why we could not discuss this matter when there is a room for discussion?


Assalamualaikum

Maaf mencelah antara perbincangan 2 orang. Saya tertarik apabila ada teori baru yang diperkenalkan bagi menerangkan lagi dalam mengenai punca graviti antara objek,lebih-lebih lagi yang dipelopori oleh orang Malaysia.

Saya tertarik dengan teori tekanan penamat oleh Zony Said kerana bagi saya,ia bukan ruang untuk menyalahi, namun menerangkan lagi kehadiran pemalar 'G' yang terdapat pada formula

 
 

Sememangnya dari formula yang disebutkan, daya graviti akan menjadi sifar apabila salah satu jisim ,M atau m , adalah sifar,namun skala jisim yang berada di bawah paras tertentu pula menyebabkan daya graviti@pecutan yang hampir tiada beza selagi membandingkan jisim yang berada di skala 10^2 ketika jarak objek dari pusat bumi adalah berada di skala 10^6.

Jadi,tuan yang meyokong Zony Said sebenarnya belum lagi menguatkan pendapat dalam pengaruh jisim dalam tindakan graviti. Jika ada contoh lain yang dapat menerangkan graviti tidak bergantung kepada jisim,saya rasa lebih kuat@mudah diterima pendapat tuan.


Dari : Pengguna00 (23 Oktober 2012)

Kembali ke laman "Graviti".