Perbincangan:Terorisme

(Dilencongkan dari Perbincangan:Pengganasan)
Latest comment: 2 tahun lalu by CyberTroopers in topic Permintaan pemindahan 10 Julai 2021

Mana dapat istilah Pengganasan ni? Saya rujuk kamus Dewan Inggeris-Melayu terrorisme disebut sebagai Keganasan sahaja. Kamalzack (bincang) 10:06, 19 November 2008 (UTC)Balas

Agaknya sebab violence pun keganasan juga. ...Aurora... (bincang) 16:06, 19 November 2008 (UTC)Balas
Sudah tahu kesalahan, tukar ajalah....bak kata Aurora 'kita di wikipedia bukannya mencipta perkataan!' PuteraLuqman Tunku Andre 01:14, 20 November 2008 (UTC)Balas

Permintaan pemindahan 10 Julai 2021 sunting

Fahaman keganasanTerorisme – "terorisme" sudah diterima pertimbangannya di PRPM, jauh dikenali dengan 10,500,000 hasil carian di enjin gelintar (berbanding 135 hasil carian untuk "Fahaman keganasan") malah turut dipakai jurnal seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya mengikut WP:COMMONNAME. Anumengelamun (bincang) 06:53, 10 Julai 2021 (UTC)Balas

@Anumengelamun: Kenapa tidak dipindahkan ke keganasan? - CyberTroopers bincang/sumbangan 15:45, 11 Julai 2021 (UTC)Balas
@CyberTroopers: Nampaknya "keganasan" sudah dipadankan dengan entri bersamaan violence (dalam bahasa Inggeris). Tapi pengungkapan "Terorisme" untuk terrorism memang sudah lama dibiasakan dalam semua rujukan baik yang rasmi mahupun akademik terlampir di atas; jadi aneh juga Hongqilim melencongkan kepada yang terkini tanpa dia sendiri menjelaskan rasionalnya yang boleh kita fahami (sebab tiada sebab dari dia sendiri diterangkan pada ringkasan pelencongan). Saya fikir Hongqilim membuat pemindahan tersebut tanpa membuat pemeriksaan langsung terlebih dahulu, jadi kita perlu membetulkan ralat dibuatnya ini dengan memulihkan semula kepada tajuk asal entri. - Anumengelamun (bincang) 15:57, 11 Julai 2021 (UTC)Balas
Baiklah, terima kasih atas makluman. - CyberTroopers bincang/sumbangan 16:25, 11 Julai 2021 (UTC)Balas
Terima kasih sekali lagi, saudara @CyberTroopers:. Entri "Keganasan balas" pun perlu diolah kembali ikut corak sama, saya rasalah. - Anumengelamun (bincang) 17:03, 11 Julai 2021 (UTC)Balas
Baiklah, tiada masalah. Gembira dapat membantu. Suatu pesanan ringkas, jangan masukkan istilah Indonesia dalam rencana Wikipedia Bahasa Melayu atas kesepakatan dan rasional perbincangan kedai kopi. Sekian dan terima kasih atas notis pemindahan. - CyberTroopers bincang/sumbangan 17:09, 11 Julai 2021 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Terorisme".