Perempuan Dalam Pasungan
Perempuan Dalam Pasungan adalah merupakan drama terbitan Darkwave Pictures yang diarahkan oleh Dato' Rafiena Ezanee. Drama ini disiarkan di Astro Prima (105) dan di Astro Maya HD (135) bermula pada 14 Mac 2014. Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Dato' Eizlan Yusof, Dato' Rafiena Ezanee, Lia Natalia, Farahdhiya, Rahim Jailani, Rosnah Mat Aris, Zul Huzaimy, Safura Ya'cob serta penampilan khas penyanyi Indonesia, Shae.
Perempuan Dalam Pasungan | |
---|---|
Genre | Cinta Keluarga Konflik |
Pencipta | Dato' Rafiena Ezanee |
Ditulis oleh | Haida Mazni |
Pengarah | Zul Huzaimy |
Dibintangi oleh | Dato' Eizlan Yusof Dato' Rafiena Ezanee Lia Natalia Rahim Jailani Rosnah Mat Aris Zul Huzaimy Safura Ya'cob Farahdhiya Shae |
Lagu pembukaan | "Kisah Hati " nyanyian Alyah |
Lagu penutup | "Hanya Ingin Kau Cinta" nyanyian Hafiz Suip |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Dato' Rafiena Ezanee |
Penerbit | Zul Huzaimy |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 30 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Darkwave Pictures Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima Astro Maya HD |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 14 Mac 2014 – 1 Mei 2014 |
Status | Tamat |
Sinopsis Sunting
Mengisahkan tentang perjalanan hidup Fariena yang dipasung oleh ‘takdir’ hidupnya sendiri. Percintaan yang terjalin sejak dari bangku sekolah dengan Kamarulzaman ditentang keras oleh kedua orang tuanya kerana mereka berbeza darjat. Papa Fariena memperkenalkan Farid yang akhirnya berjaya membuat Fariena jatuh cinta pada Farid.
Farah yang merupakan kawan baik kepada Fariena pula masih menaruh perasaan terhadap Alex. Manakala Alex pula menaruh hati pada Fariena, tetapi Fariena menolak cinta Alex. Farid pula dipaksa berkahwin dengan anak orang gaji oleh ayahnya. Mama Farid menentang keras namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia terlalu inginkan Fariena menjadi menantunya. Farid terima Alisya sebagai isterinya kerana terpaksa.
Cinta yang dipasung oleh takdir menjadi semakin rumit bila Fariena nekad balik ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dan menuntut kembali janji Farid. Farid dalam masa yang sama sudah mula sayangkan Alissya dan anak mereka Adelia. Farah yang rasa bersalah dengan apa yang berlaku cuba menyatukan kembali cinta Farid dan Fariena.
Apakah kesudahan perjalanan hidup Fariena? Adakah dia berjaya mendapat cinta sejati yang dicari selama ini, atau kembali pada Farid, cinta yang terlalu diagung-agungkan selama ini. Apakah yang tejadi pada Kamarulzaman, bekas kekasih Fariena yang masih manaruh harapan yang tinggi pada Fariena?
Pelakon Sunting
- Dato' Eizlan Yusof sebagai Farid
- Dato' Rafiena Ramli sebagai Fariena
- Lia Natalia sebagai Alissya
- Farahdhiya sebagai Farah
- Roy Azman sebagai Alex
- Rahim Jailani sebagai Ayah Farid
- Rosnah Mat Aris sebagai Ibu Farid
- Zul Huzaimy sebagai Kamarulzaman
- Safura Ya'cob sebagai Ibu Alissya & Kamarulzaman
- Shae sebagai Kawan baik Fariena
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Papa Fariena
- Aida Khalida sebagai Mama Fariena
Lagu-lagu Sunting
- "Kisah Hati" (Alyah)
- "Hanya Ingin Kau Cinta" (Hafiz Suip)