Perkara 8 Perlembagaan Malaysia

Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah berkenaan dengan hak kesamarataan. Hak ini amat penting bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat Malaysia seterusnya dapat menegakkan hak asasi manusia. Kesamarataan ini dapat dilihat dari banyak aspek termasuklah dari segi agama, bangsa, keturunan, tempat lahir dan jantina. Hak kesamarataan ini diiktiraf sebagai salah satu kebebasan asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

PengenalanSunting

Kesamarataan adalah amat penting dalam demokrasi. Jika tiada wujudnya kesamarataan, maka akan berlakulah diskriminasi dalam masyarakat seperti diskriminasi gender, majoriti vs minoriti, ekonomi dan juga kewarganegaraan. Justeru, di dalam Perlembagaan Persekutuan termaktub Perkara 8 iaitu hak terhadap layanan secara sama rata di sisi undang-undang dengan tujuan untuk menegakkan keadilan hak asasi manusia. Perkara 8 yang menjamin kepada semua orang kesamarataan di sisi undang-undang dan perlindungan yang sama undang-undang tidak terjejas dalam keluasan yang berkenaan dengan hak yang berkaitan pendidikan dan secara khusus dikecualikan, fasal kesaksamaan tidak boleh membatalkan atau melarang mana-mana undang-undang Negeri di dalam Negeri Sabah atau Sarawak yang memperuntukkan perizaban tanah untuk anak negeri atau bagi memberikan hakmilik kepada mereka atau kerana memberi layanan istimewa berkenaan dengan pemberian hakmilik tanah oleh kerajaan.

Terdapat pelbagai perspektif tentang kesamarataan daripada pelbagai sudut seperti bagi orang Islam, semua manusia adalah sama dan manusia diciptakan pelbagai bangsa untuk saling mengenali, dan bukan untuk dibezakan berasaskan bangsa tetapi yang membezakan manusia di sisi Tuhan adalah taqwa.

Bagi John Rawls, seorang ahli falsafah politik, manusia tidak dijadikan pada kedudukan yang sama. Oleh itu, seseorang perlu dilayan mengikut keperluan yang bersesuaian dengan mereka tetapi melalui perbezaan inilah telah membolehkan pemerintah membuat kategori yang menyebabkan ketidakadilan dan ketidaksamarataan. Setiap individu adalah mempunyai hak sama rata dalam kebebasan asasi yang selari dengan sistem kebebasan untuk semua. Demikian, adalah penting ketidaksamarataan dari segi sosial dan ekonomi perlu disusun untuk membolehkan faedah yang paling besar diperoleh oleh golongan yang paling tidak bernasib baik yang selari dengan prinsip 'just saving'. Semua peluang dan kedudukan dalam pekerjaan dikaitkan dengan peluang pendidikan yang sama rata untuk semua.

Kandungan Perkara 8 Perlembagaan PersekutuanSunting

Perkara 8 (1)Sunting

"Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang."

Perkara 8(1) adalah berkenaan memperuntukkan bahawa semua orang adalah samarata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Peruntukan perkara 8(1) ini dapat dilihat daripada kes Datuk Haji Harun Idris v Public Prosecutor[1]. Prinsip yang ditekankan dalam kes ini ialah hak ini bukanlah hak yang mutlak dimana masih tertakluk pada undang-undang. Diskriminasi yang berbentuk pengkelasan yang munasabah adalah sah dan dibenarkan di sisi undang-undang. Fakta kes ini ialah seorang  ahli parlimen disabitkan atas kesalahan rasuah dan dihukum penjara sebanyak tiga tahun bagi setiap kesalahan yang dilakukan.  Seksyen 428 A CPC yang memberi kebenaran untuk kes ini dipindahkan dari mahkamah bawah ke mahkamah tinggi juga tidak seiring dengan peruntukan  perkara 8(1) yang banyak menerangkan pasal kesamarataan semua pihak. Si plaintif merasakan peluang untuk merayu berkurangan kerana kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Beliau merasakan beliau tidak dilayan sama seperti orang lain.

Adakah diskriminasi ini sah? Walaupun ianya sudah terang lagi bersuluh tidak mengamalkan prinsip perkara hak kesemarataan. Persoalan pertama yang timbul adalah adakah undang-undang tersebut bersifat diskriminatori, dan jika undang-undang tersebut tidak bersifat begitu, maka ia boleh diaplikasikan kepada semua orang, dan merupakan undang-undang yang baik. Manakala, jika undang-undang tersebut bersifat diskriminatori, perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak melarang layanan yang berbeza secara mutlak. Hal ini sama ada diskriminasi tersebut disebut secara spesifik dalam undang-undang tersebut ataupun dibenarkan oleh mahkamah sebagai pengkelasan yang berbentuk munasabah.

Hakim Suffian menyatakan penghakimannya  iaitu  mahkamah tidak harus membenarkan hanya pihak legislatif sahaja yang mempertimbangkan kemunasabahan sebuah undang- undang yang bersifat mendiskriminasi. Mahkamah haruslah membuat keputusan sendiri sama ada sesuatu pengkelasan adalah bersifat munasabah. Apa itu Doktrin pengkelasan munasabah? Ujian tersebut adalah  intelligible differentia. Intelligible differentia adalah bermaksud intelligble adalah sesuatu yang mudah untuk difahami dan untuk dikawal oleh manusia manakala differentia pula bermaksud keupayaan untuk membezakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Secara spesifiknya, intelligble differentia adalah membezakan antara orang-orang yang dikumpulkan bersekali dengan orang yang dikeluarkan dari kumpulan tersebut.  Differentia tersebut haruslah mempunyai hubungan yang rasional terhadap objektif yang hendaklah dicapai oleh undang-undang yang dipertikaikan. Perbezaan boleh dibuat berasaskan kepada alasan yang pelbagai aspek dan sudut seperti geografi, perkara atau kesalahan. Ianya haruslah dipastikan dengan kewujudan NEXUS sebagai antara alasan pengkelasan bagi objektif akta yang akan dipersoalkan. 

Hal ini dapat dilihat dalam kes Ahmad Tajuddin v Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang[2]. Perayu dan 53 orang lagi merupakan kakitangan reponden yang memegang jawatan pembantu keselamatan dan diberi kuasa polis tambahan. Tetapi perayu tidak berpuas hati kerana tidak diberikan kuasa tambahan sebagai konstabel tambahan. Pada tahun 1981, reponden menawarkan kepada semua pembantu keselamatan jawatan polis konstabel tambahan. Kemudian, perayu tidak memohon kerana pada pandangan mereka, jawatan tersebut adalah hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Namun, pada tahun 1982, seramai 46 orang daripada 171 pembantu keselamatan yang memberi respon kepada tawaran responden ditawarkan jawatan polis konstabel keselamatan dan 46 orang kakitangan ini menjadi penyelia kepada perayu.

Perayu menghujahkan bahawa tindakan ini merupakan suatu tindakan diskriminasi yang dilakukan oleh responden terhadap perayu. Berikut telah menunjukkan ketidak smarataan distu. Ini adalah bercanggahan dengan perkara 8(1).  Dalam menimbangkan Per 8 terdapat andaian bahawa undang-undang yang dipersoalkan adalah berlembagaan, andaian yang terhasil dari kuasa yang luas untuk membuat pengklasan oleh badan pembuat undang-undang diman ia perlu mengambi kira tentang penggunaan undang-undang tersebut terhadap orang-orang yang berbeza dalam menjalankan polisinya. 

Konsep Perkara 8(1) Perlembagaan PersekutuanSunting

Konsep yang berkaitan dengan Perkara 8(1) telah digariskan berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Antaranya adalah:

PP v Tengku Mahmood Iskandar (1973)[3]Sunting

Di dalam kes ini, responden telah dituduh menyebabkan kematian pekerja di kelab golf semasa beliau bermain golf di Cameron Highland. Namun, disebabkan alasan beliau seorang putera Sultan Johor, hukuman terhadapnya dikurangkan. Perkara ini menimbulkan kontroversi kerana ia didakwa bercanggah dengan apa yang termaktub di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa semua orang adalah sama dan berhak kepada perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Doktrin Pengkelasan MunasabahSunting

Doktrin ini wujud adalah berasaskan prinsip bahawa setiap orang perlu dibezakan menurut ciri-ciri mereka tersendiri di dalam situasi tertentu. Hak untuk diberi layanan sama rata tidak bermaksud undang-undang tidak berkuasa untuk mengkelaskan seseorang itu mengikut beberapa kumpulan dan memberi layanan yang berbeza kepada mereka. Sebagai contoh, di dalam perkara yang melibatkan percukaian, kadar cukai yang perlu dibayar adalah berbeza mengikut taraf ekonomi seseorang. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan hanya mengkehendaki pengkelasan tersebut bersifat munasabah dan bukanlah dibuat sesuka hati tanpa alasan yang kukuh. Justeru itu, mahkamah juga haruslah mempertimbangkan sama ada wujudnya nexus antara pengkelasan dengan objektif akta yang dipersoalkan. Terdapat ujian yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kesahan doktrin ini. Pengaplikasian ujian tersebut adalah seperti yang berikut:

Intelligible DifferentiaSunting

Intelligible sesuatu yang boleh difahami atau boleh dikawal oleh fahaman manusia. Differentia bermaksud kebolehan untuk membezakan sesuatu yang mana sesuatu itu adalah berlainan dengan yang lain. Secara spesifiknya, Intelligible Differentia bermaksud membezakan antara orang-orang yang dikumpulkan bersekali dengan orang yang dikeluarkan dari kumpulan tersebut. Perbezaan itu mestilah mempunyai sebab yang rasional dan logik terhadap undang-undang yang dipertikaikan. Perbezaan boleh dibuat berasaskan kepada geografi, perkara atau kesalahan. Seseorang itu mestilah memastikan bahawa nexus antara alasan pengkelasan dengan objektif akta yang dipersoalkan.

Perluasan Doktrin Pengkelasan MunasabahSunting

Terdapat beberapa prinsip yang dilahirkan berdasarkan Doktrin Pengkelasan Munasabah. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah:

  1. Peruntukan berkenaan dengan hak kesamarataan tidak bersifat mutlak.
  2. Peruntukan mengenai hak kesemarataan mempunyai syarat-syaratnya tersendiri.
  3. Sekatan terhadap layanan dikenakan kepada badan perundangan dan badan eksekutif.
  4. Tegahan terpakai kepada undang-undang tatacara dan substantif.
  5. Terdapat bayangan yang disimpulkan dari peruntukan perkara 8 yang dilihat membenarkan penindasan berdasarkan pengkelasan dijalankan.
  6. Perkara 8 sendiri membayangkan bahawa penindasan berdasarkan pengkelasan adalah dibenarkan.

Contoh PengkelasanSunting

Pengkelasan Peruntukan
Muslim dan orang bukan Muslim Perenggan (b) Fasal (5) Perkara 8
Orang asli berbanding kaum lain Perenggan 9(c)
Residen di negeri-negeri tertentu dengan negeri-negeri yang lain Perenggan (d)
Orang Melayu dan anak negeri Borneo berbanding bangsa lain Perkara 153

PP v Su Liang Yu (1976)[4]Sunting

Dalam kes tersebut, tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 4(c) Akta Pencegahan Rasuah 1961. Permasalahan berlaku apabila Peguam Negara menggunakan kuasanya yang diperuntukkan dari Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) untuk memindahkan kes tertuduh daripada Mahkamah Sesyen Lumut ke Mahkamah Tinggi Ipoh. Hal ini menyebabkan tertuduh kehilangan satu peluang untuk membuat rayuan, kerana kesnya telah dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi. Akibat daripada pemindahan kes tersebut, tertuduh mencabar keabsahan Seksyen 418A CPC dengan hujah bahawa peruntukan tersebut bercanggah dengan Perkara 8(1), yang mana semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Apabila ada undang-undang dicabar dengan alasan undang-undang tersebut mencerobohi hak kesamarataan, tanggungjawab pertama mahkamah adalah untuk menyemak tujuan dan polisi statut tersebut dan seterusnya melihat sama ada klasifikasi yang telah dibuat supaya tidak berlakunya diskriminasi nyata ataupun diskriminasi benar.

Semasa memutuskan kes tersebut, Hakim Hashim Yeop Sani mentafsirkan peruntukan hak kesamarataan dalam Perlembagaan itu berbentuk ‘keadaan fikiran’ (state of mind) dan bukan sebuah undang-undang yang nyata. Peruntukan ini merangkumi kesedaran kita terhadap sesuatu yang telah berlaku, tetapi tidak boleh ditafsir dengan tepat melalui analisis. Disebabkan terdapatnya masalah ini, keputusan yang dibuat terhadap perkara yang sama berkemungkinan berbeza kerana keadaan dan situasi setiap kes itu berbeza-beza. Menurut beliau, setiap keputusan kes itu perlu dibuat mengikut merit masing-masing. Tiada formula tetap yang boleh diaplikasikan ke atas semua kes. Maka, keputusan mahkamah akan dibuat mengikut situasi masing-masing, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh pesalah-pesalah itu sama.

Datuk Haji Harun Haji Idris v PP (1977)[5]Sunting

Di dalam kes ini, tertuduh disabitkan atas kesalahan rasuah dan dihukum penjara sebanyak 3 tahun penjara bagi setiap kesalahan. Beliau telah diperintahkan untuk membayar balik sejumlah wang sebanyak RM22,500 kepada UMNO sebagai imbalan terhadap apa yang diterima sebagai rasuah dari pihak UMNO.

Asas Rayuan: Seksyen 428A CPC (yang membenarkan kes dipindahkan dari mahkamah bawahan ke Mahkamah Tinggi) bercanggah dengan Perkara 8(1).

Alasan Bantahan: Pindaan tidak menyatakan objek atau asas akta pindaan. Tidak ada pengkelasan dan tidak dinyatakan asas kepada pengkelasan. JIKAPUN ADA pengkelasan tidak ada intellegible differentia dan membolehkan pendakwa menyalahgunakan kuasa.

Berlaku penafian kepada hak dan keistimewaan yang diberi oleh S177, 417 dan 418 CPC (hak preliminary inquiry).

Terdapat beberapa perkara yang digariskan dalam kes ini:

  • Perkara 8 bukanlah bersifat mutlak. Hal ini bermaksud, bukan semua undang-undang dikehendaki berfungsi secara sama rata kepada semua orang tanpa mengira tempat atau keadaan.
  • Diskriminasi yang berbentuk pengkelasan yang munasabah adalah sah.
  • Hal ini diaplikasikan kepada pihak eksekutif dan juga legislatif, seperti yang ditunjukkan dalam penggunaan frasa ‘pihak berkuasa awam’ dalam Artikel 8(4) dan ‘amalan’ dalam Perkara 8(5)(b).
  • Hal ini diaplikasikan terhadap undang-undang yang bersifat prosidural dan juga substantif.
  • Diskriminasi yang berbentuk sah wujud berdasarkan pengklasifikasian yang dibenarkan di bawah Perkara 8.
  • Persoalan pertama yang timbul adalah adakah undang-undang tersebut bersifat diskriminatori, dan jika undang-undang tersebut tidak bersifat begitu, maka ia boleh diaplikasikan kepada semua orang, dan merupakan undang-undang yang baik. Manakala, jika undang-undang tersebut bersifat diskriminatori, haruslah difahamkan bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak melarang layanan yang berbeza secara mutlak. Soalan yang terakhir yang harus diambil kira adalah sama ada undang-undang yang bersifat diskriminatori tersebut adalah sah. Hal ini sama ada diskriminasi tersebut disebut secara spesifik dalam undang-undang tersebut ataupun dibenarkan oleh mahkamah sebagai pengkelasan yang berbentuk munasabah.
  • Mahkamah tidak harus membenarkan hanya pihak legislatif sahaja yang mempertimbangkan kemunasabahan sebuah undang- undang yang bersifat mendiskriminasi. Mahkamah haruslah membuat keputusan sendiri sama ada sesuatu pengkelasan adalah bersifat munasabah.

PP v Khong Teng Khen (1976)[6]Sunting

Dalam kes tersebut, tertuduh didakwa memiliki senjata di bawah Seksyen 57(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan berhubung dengan senjata api, amunisi dan bahan letupan. Peguam Negara mendapati bahawa kesalahan tersebut adalah kesalahan berkaitan keselamatan dan berpendapat bahawa tertuduh boleh didakwa di bawah Emergency (Security Cases) Regulations 1975 (ESCAR).

Peguam tertuduh menghujahkan bahawa tertuduh sepatutnya didakwa di bawah undang-undang biasa dan bukan undang-undang ESCAR. Hal yang dipersoalkan dan diperkatakan bertentangan dengan Perkara 8, adalah undang-undang yang berbeza telah digunakan terhadap tertuduh dan hal ini menimbulkan diskriminasi.

Mahkamah telah memutuskan bahawa pengkelasan ini adalah bersifat munasabah kerana ‘Prinsip utama Perkara 8 menyatakan bahawa sebuah undang-undang haruslah beroperasi secara sama rata pada semua orang apabila diguna pakai dalam keadaan yang sama. Namun, ini tidak bermakna bahawa undang-undang yang sama haruslah diaplikasikan kepada semua orang secara mutlak. Perkara 8 hanya menjamin bahawa seseorang dalam sebuah kelas yang sama haruslah diberi layanan secara sama rata di bawah Perkara 8 seperti orang lain dalam kelas tersebut.

Ahmad Tajuddin v Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (1977)[7]Sunting

Di dalam kes ini, perayu dan 53 orang lagi merupakan kakitangan responden yang bertugas sebagai pegawai keselamatan dan diberi kuasa sebagai polis tambahan. Walaubagaimanapun, perayu tidak berpuas hati kerana tidak diberi kuasa sebagai polis konstabel tambahan. Pada tahun 1981, responden menawarkan jawatan polis konstabel tambahan kepada semua pembantu keselamatan. Polis tidak memohon untuk mendapatkan jawatan tersebut kerana mereka berpendapat bahawa ia memang merupakan hak yang patut diterima oleh mereka. Pada tahun 1982, hanya 46 daripada 171 orang pembantu keselamatan yang memberi respon terhadap jawatan yang ditawarkan oleh responden. Perayu menghujahkan bahawa tindakan tersebut merupakan suatu bentuk diskriminasi yang dilakukan oleh responden kepada pihak perayu. Untuk membuktikan bahawa terdapatnya diskriminasi, beberapa elemen hendaklah dibuktikan. Pertama, seseorang itu perlulah membuktikan bahawa mereka tidak dilayan secara sama rata. Kedua, perlulah dibuktikan bahawa terdapatnya diskriminasi yang berbentuk kekejaman dan ketidakadilan.

Keputusan dalam kes ini adalah rayuan tersebut telah ditolak kerana mahkamah berpendapat diskriminasi tersebut bukanlah bersifat tidak adil kerana kelayakan perayu adalah lebih rendah berbanding yang diperlukan untuk jawatan yang tidak ditawarkan kepada mereka.

Michael Ben Anak Panggi v Public Prosecutor (1979)[8]Sunting

Kes rayuan ini difailkan oleh Michael Ben anak Panggi (perayu), yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak. Perayu disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (Cap. FMS 45), dimana sabitan tersebut dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi, dengan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda sebanyak RM2,000. Perayu berasa tidak puas hati kerana sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah menyebabkan dia hilang kelayakan untuk terus menjadi seorang anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Apabila hukuman denda itu dijatuhkan, kelayakan perayu untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang, hilang, seperti mana yang dijangka oleh mahkamah. Namun, peguam perayu berhujah bahawa hukuman yang telah dijatuhkan menyebabkan anak guamnya hilang kelayakan untuk terus menjadi ADUN Sarawak, dimana ia melanggar Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan.

Semasa memutuskan kes, Hakim Yusoff mengatakan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman yang akan menyebabkan kelayakan seseorang ahli Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri terbatal, tanpa melanggar Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 Perlembagaan Sarawak. Hukuman yang mendatangkan kesan sebegitu telah banyak dijatuhkan oleh mahkamah lain, seperti dalam kes PP v Ooi Kee Siak & Anor[9], PP v Fan Yew Teng[10] dan PP v Datuk Harun Idris.

Bagi Hakim Yusoff, perkara penting yang perlu dilihat semasa menjatuhkan sesebuah hukuman itu, adalah kesan kesalahan pesalah terhadap kepentingan awam. Justeru itu, selain daripada menjunjung keadilan, sesebuah hukuman yang bakal dijatuhkan itu sangat penting kerana ia akan berfungsi sebagai penghalang kepada pesalah, dan juga orang-orang lain yang ingin melakukan kesalahan yang sama. Dalam kes ini, perayu memang telah melakukan kesalahan jenayah, dan dia didapati bersalah, tanpa mengambil kira status rasminya. Meskipun hukuman yang dijatuhkan terhadap perayu dikatakan bercanggah dengan perkara 17(1), 18(2) dan 19 Perlembagaan Negeri Sarawak, permohonan perayu untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan ditolak kerana Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Yusoff mendapati bahawa percubaan itu semata-mata mementingkan kepentingan diri perayu. Oleh itu, rayuan pemohon ditolak.

Merdeka University v Government of Malaysia (1982)[11]Sunting

Plaintif, yang terdiri daripada Persatuan Jawatan-jawatan Kuasa Sekolah Cina Bersatu dan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina, telah membentuk sebuah syarikat berhad dengan jaminan, iaitu Merdeka University Bhd. Plaintiff menghantar petisyen kepada Yang di Pertuan Agong untuk mendapatkan perintah pemerbadanan Universiti Merdeka menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Namun, Petisyen mereka ditolak. Merdeka University Bhd kemudian mencabar keputusan itu di mahkamah. Mahkamah Agung memutuskan bahawa Universiti Merdeka, jika diwujudkan, akan menjadi suatu institusi awam dan Bahasa Cina akan digunakan untuk tujuan rasmi, dimana hal ini bercanggah dengan Per 152 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa kelulusan sesebuah pihak untuk 'mengajar bahasa Cina' dan 'mengajar dalam Bahasa Cina’ dimana medium pengantarannya bukan Bahasa Melayu dalam subjek bukan bahasa, merupakan kuasa budi bicara cabang eksekutif dan ianya dikawal oleh pelbagai peraturan. Semasa membuat keputusan, Suffian LP mengatakan bahawa:

“S. 6 jelas menyataan bahawa – ‘Jika Yang di- Pertuan Agong berpuas hati dan sebagainya’. Pada masa dulu, formula yang subjektif sebegini akan menghalang mahkamah daripada membuat tafsiran lebih lanjut apabila baginda membuat keputusan untuk menolak petisyen plaintif. Namun, seperti mana yang telah dinyatakan oleh hakim sebelum ini, undang-undang pentadbiran kita sudah makin maju, sehingga tahap mahkamah tidak lagi terikat dengan formula subjektif sekiranya ada fakta objektif yang kukuh untuk membuat ujian kemunasabahan. Apa yang perlu diuji dalam ujian kemunasabahan bukan sama ada orang yang menganggap sesuatu kursus yang tidak munasabah, tetapi sama ada ia boleh dikatakan bahawa tiada orang munasabah akan menganggapnya bahawa ia kursus yang munasabah.”

Meskipun kes plaintif ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, ujian kemunasabahan yang diguna oleh hakim memperlihatkan intelligable differentia , dimana Perkara 8(2) tidak membenarkan diskriminasi terhadap bangsa dan agama, tetapi bukan agama.

Malaysian Bar v Government of Malaysia (1987)[12]Sunting

Isu yang ditimbulkan ialah mengenai Seksyen 46A(1)(a) Legal Profession Act 1976 yang menghalang peguambela dan peguamcara yang kurang dari 7 tahun pengalaman untuk menjadi ahli Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Negeri dan Jawatankuasa Majlis Peguam. Keadaan ini dihujahkan sebagai bercanggah dengan hak samarata menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan: Tidak ada percanggahan dengan Artikel 8. Suspect classification diberi layanan yang sama seperti pengkelasan yang lain. Sebuah pengkelasan adalah dibenarkan di bawah ujian tradisional sekiranya ianya adalah munasabah dan jelas.

Namun demikian, Salleh Abas FJ berpendapat bahawa tiada nexus di antara akta yang dipersoalkan dan alasan pengkelasan tersebut bagi tujuan undang-undang itu maka ia tidak harus dikira sebagai sebuah pengkelasan yang munasabah.

Perkara 8(2)Sunting

"Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan atau apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan."

perkara 8(2) dalam Perlembagaan Persekutuan pula adalah kecualian sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama,ras,keturunan,tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau perlantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan,  pemegang atau pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau perkerjaan. Per 8(2) adalah suatu peruntukan yang melarang perbezaan (diskriminasi) terhadap warganegara Malaysia sahaja dalam 3 keadaan iaitu :

1.         Dalam mana-mana undang-undang atau

2.         Dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah sesuatu pihak berkuasa awam atau

3.         Dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau menjalankan apa-apa tred(trade), perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan.

Perbezaan atau diskriminasi dalam Per 8(2) hari ini adalah dilarang berdasarkan kepada 5 dasar yang penting iaitu :

1.         Agama

2.         Kaum

3.         Keturunan

4.         Tempat lahir

5.         Jantina

Dalam kes Beatrice v Sistem Penerbangan Malaysia[13] ini, antara  isu yang dibawa ke mahkamah ialah  dakwaan pemecatan sebagai pramugari MAS atas alasan mengandung sebagai bercanggah dengan Per 8.  Hakim Abdul Malek Ahmad telah menyatakan dalam penghakimannya iaitu perlindungan saksama dalam per 8(1) meliputi hanya kepada mereka dalam kelas yang sama. Hal ini menerangkan bahawa si plaintiff tidak boleh membandingkan tugasnya dengan kerja biasa kerana sudah jadi lumrah menjadi ‘flight attendant’ bahaya. Mahkamah juga mengambil notis kehakiman bahawa sifat tugas tersebut sememangnya tidak sesuai untuk wanita mengandung. Oleh itu, tiada fasal khusus dalam perjanjian tersebut adalah brsifat diskriminasi.  Pemecatan si plaintif  adalah berperlembagaan.

Tugasan sebagai pramugari tidak boleh dibandingkan tugasan biasa. Maka dalam kes Beatrice rayuannya telah ditolak rayuan  dan dalam kes Norfadilla Ahmad Saikin v Chayed bin Basiron & Ors[14] rayuan adalah diterima. Mengapa ianya diterima?  Hakim Zaleha Yusof  memberikan pandangan beliau tentang pemakaian CEDAW  dalam kes ni. Beliau berpendapat bahawa tidak ada halangan bagi mahkamah untuk merujuk kepada CEDAW dalam mentafsirkan seni 8 ( 2 ) Perlembagaan Persekutuan. Maka , menggunakan artikel 1 dan 11 CEDAW mahkamah memegang bahawa kehamilan dalam kes ini adalah satu bentuk gender diskriminasi. Plaintif sepatutnya berhak untuk bekerja sebagai GSTT walaupun dia sedang mengandung. Seterusnya, plaintif mengandung kerana jantinanya. Diskriminasi atas dasar kehamilan adalah satu bentuk diskriminasi jantina kerana fakta asas biologi yang hanya wanita mempunyai keupayaan untuk hamil

Merujuk pula pada kes seterusnya iaitu Government of Malaysia v VR Menon[15] yang mana melihatkan perbezaan layanan berdasarkan kerakyatan adalah dibenarkan. Menon, rakyat India yang tinggal di Madras tetapi adalah merupakan orang berpencen kerajaan Malaysia. S1(2) Pensions Adjustment Act 1980 mengecualikan orang berpencen bukan warganegara dari menerima faedah tambahan. Menon telah mencabar perbezaan layanan ini.

Mahkamah peringkat rayuan (Mahkamah Agong) memutuskan  bahawa walaupun terdapat layanan berbeza antara orang berpencen tempatan dan bukan warganegara, pengklasan yang dibuat adalah berdasarkan ujian ‘intellegible differentia’ dan terdapat nexus yang rasional antara tujuan yang ingin dicapai oleh Akta berkenaan, iaitu memperbaiki kedudukan kewangan orang berpencen tempatan akibat dari kejatuhan nilai ringgit dan peningkatan taraf hidup di negara ini. Syarat residen adalah dibenarkan dan tidak melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Konsep Perkara 8(2) Perlembagaan PersekutuanSunting

Beatrice a/p At Fernandez v Sistem Penerbangan Malaysia (2005)[16]Sunting

Kes ini merupakan kes utama yang menunjukkan bahawa tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan adalah amat terhad. Kes ini merupakan kes utama yang menunjukkan bahawa tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan adalah amat terhad. Dalam kes ini, Beatrice, seorang pramugari telah ditamatkan perkhidmatannya oleh pihak MAS atas sebab dia mengandung, tetapi dia enggan meletak jawatan tersebut walaupun dia bersetuju untuk memasuki perjanjian kolektif dengan pihak MAS sebelum ini yang telah terlebih dahulu menyebut mengenai hal tersebut atas alasan ia merupakan suatu bentuk diskriminasi dan bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Apa yang dapat disimpulkan dari kes ini ialah mahkamah boleh dikatakan sebagai telah menghadkan perlindungan saksama di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan terhadap warganegara dalam kelas atau golongan yang sama sahaja. Menurut Mahkamah Persekutuan, golongan warganegara yang berbeza (perbezaan mengikut jantina) perlu diberikan layanan yang berasingan. Walaubagaimanapun, Mahkamah Persekutuan gagal mengambil kira bahawa walaupun setiap orang diberikan layanan sama rata secara saksama, namun tidak mustahil diskriminasi masih boleh berlaku terhadap keseluruhan golongan tersebut. Oleh itu, peruntukan kesaksamaan jantina dalam Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai kurang berkesan dalam melindungi hak wanita.

Noorfadilla binti Ahmad Saikin v Chayed bin Basirun & Ors (2012)[17]Sunting

Norfadilla Ahmad Saikin mencabar kerajaan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah bahawa kehamilan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak menerimanya sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) kerana tidak mematuhi perlembagaan. Beliau diberi memo untuk kontrak pengajaran setiap bulan bermula Januari 2009, tetapi dibatalkan hampir serta-merta apabila pegawai pendidikan daerah Hulu Langat mendapati beliau mengandung. Dalam permohonannya itu, pegawai-pegawai kementerian pendidikan daerah Hulu Langat iaitu Basirun and Ismail Musa, ketua jabatan Zahri Aziz, ketua pengarah Kementerian Pelajaran, kementerian pendidikan dan kerajaan dinamakan sebagai responden. Hakim turut memerintahkan bahawa defendan perlu membayar kepada plaintif kos, ganti rugi am dan faedah pada kadar lapan peratus setahun sehingga tarikh penyelesaian penuh serta taksiran ganti rugi am dibuat oleh semua defendan kepada plaintif. Mahkamah memutuskan Perkara 8(2) mengandungi permohonan yang khusus dan tertentu terhadap prinsip kesamarataan di sisi undang-undang dan perlindungan yang samarata disisi undang-undang yang termaktub dalam Perkara 8(1). Oleh itu, diskriminasi terhadap mana-mana warganegara hanya atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang adalah dilarang di bawah Perkara 8(2). Diskriminasi yang dinyatakan tidak boleh disahkan dengan mempunyai pengecualian kepada prinsip pengelasan munasabah yang dibenarkan oleh Perkara 8(1) Untuk menggunakan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, pemohon mesti menmbuktikan bahawa beberapa undang-undang atau tindakan Eksekutif mendiskriminasikan hak indiividu tersebut. Undang-undang perlembagaan, sebagai satu cabang undang-undang awam, merupakan tunjang penyelesaian penafian hak-hak individu oleh Negeri atau Eksekutif atau Agensi yang berkaitan. Mahkamah memutuskan tindakan kerajaan menolak permohonan seorang wanita menjadi guru hanya kerana beliau sedang mengandung adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.

Air Asia v Rafizah Shima binti Mohamed Aris (2015)[18]Sunting

VR Menon v The Government of Malaysia (1987)[19]Sunting

Di dalam isu ini, plaintif merupakan seorang warganegara India yang berkelayakan untuk mendapat pencen di bawah Seksyen 1(2) Akta Penyelarasan Pencen 1980, dinafikan haknya di bawah pindaan akta tersebut di mana ia menyatakan bahawa faedah tambahan dikecualikan daripada pekerja bukan warganegara. Plaintif cuba mencabar kes ini dengan alasan ia bercanggah perkara 8, di mana pekerja sama ada warganegara tempatan atau bukan patut dilayan secara adil dan mendapat jumlah faedah yang sama tanpa ada sebarang pengecualian.

Merujuk kepada penghakiman Mahkamah peringkat Rayuan (Mahkamah Agong), walaupun terdapat pengecualian dan perbezaan di dalam faedah tambahan pekerja luar berbanding warganegara tempatan, pengklasan yang dilakukan adalah adil dan perlu serta tujuannya adalah rasional. Ini kerana pada ketika itu, Malaysia di dalam proses untuk memperbaiki kedudukan kewangan orang berpencen tempatan akibat daripada kejatuhan nilai ringgit dan peningkatan taraf hidup negara. Jadi mahkamah menetapkan bahawa isu yang ditimbulkan tidak relevan dan akta tersebut tidak bercanggah dengan Perkara 8.

The Malaysian Bar v The Government of Malaysia (1987)[20]Sunting

Di dalam kes ini, juga timbul isu yang sama iaitu perbezaan layanan berdasarkan kumpulan pekerjaan. Isunya adalah sama ada peruntukan seksen 46A Akta Guaman bercanggah dengan peruntukan artikel 8 iaitu hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang. Seksen 46A menyatakan bahawa hanya peguam yang telah berkhidmat selama 7 tahun sahaja yang layak untuk menjadi ahli Majlis Peguam, ahli Jawatankuasa Peguam Negeri, atau Jawatankuasa Majlis Peguam.

Merujuk kepada keputusan penghakiman (majoriti), Hakim Mahkamah Persekutuan Salleh Abbas menyatakan bahawa segala undang-undang yang dibuat dan dikuatkuasa demi kebaikan dan kebajikan sesuatu perkara dan ianya dilakukan atas pilihan serta untuk melengkapi perbezaan dan kekurangan antara satu sama lain. Jika dasar perbezaan tersebut mempunyai sebab yang munasabah dan tidak menimbulkan sebarang persoalan serta isu berkaitan dengan undang-undang, maka ianya dikira sah dan tidak bercanggah.

Jadi, tujuan akta tersebut dibuat adalah untuk memastikan segala atau semua jawatan di dalam Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Negeri, atau Jawatankuasa Majlis Peguam memiliki pengamalan yang secukupnya untuk menjawat jawatan tersebut. Oleh sebab itu, syarat ditetapkan untuk menjadi ahli adalah hanya peguam yang telah berkhidmat selama 7 tahun. Ini bagi memastikan tahap piawaian dan kelayakan jawatan itu dicapai dan dipatuhi supaya tugas tersebut dalam dijalankan oleh ahli yang layak dan profesional. Oleh itu, ia tidak menimbulkan isu tentang hak kesamarataan, justeru itu ia adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perkara 8.

Perkara 8(3)Sunting

"Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri."

Perkara  8(3) pula adalah mengenai memperuntukkan bahawa pembezaan atau diskiriminasi adalah dilarang bagi faedah seseorang itu oleh sebab ia adalah seorang rakyat Raja bagi mna-mana negeri. Larangan terhadap layanan yang tidak sama terpakai tidak hanya kepada badan yang membuat undang-undang (legislatif) tetapi juga terpakai kepada badan pelaksanaan (eksekutif) sebagaimana yang boleh dilihat daripada perkataan ‘pihak berkuasa awam’ dalam perkara 8(4) dan perkataan ‘amalan’ dalam perkara 8(5)(b). Untuk mendapatkan gambaran dan kefahaman tentang perkara 8(5) dengan jelas, kita perlu merujuk kes Public Prosecutor v Tunku Mahmood Iskandar [21]. Dalam kes ini, seseorang putera Sultan Johor telah didakwa di baawah Kanun Keseksaan (Penal Code). Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan dan denda sebanyak RM6000 keatas putera Johor tersebut.  Hakim Raja Azlan Shah menyatakan dalam penghakimannya iaitu  tidak kira sesiapapun dan apa pun pangkat seseorang itu jika dia perlu dihukum maka ia adalah perlu dihukum secara sama rata seperti yang diperkatakan dalam Per 8(1) iaitu semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Apabila berkait rapat dengan peruntukan perkara 8(5), kes terulung  bagi hak kesamarataan  iaitu kes Rethi Development  Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Seberang Perai[22] perlu diambil perhatian.  Hakim Yeo Yang Poh CH telah menyatakan bahawa syarat ini telah melanggar dua prinsip perundangan yang lain. Pertamanya, ia telah gagal dalam ujian kemunasabahan Wednesbury. Diskriminasi terhadap seseorang atas dasar warna kulit (atau DNA) adalah tidak berpatutan. Kedua, dengan menggunakan bangsa sebagai kriteria untuk layanan baik atau tidak baik, syarat lot-lot Bumi bercanggah dengan peruntukan kesamaan di bawah perkara 8 Perlembagaan Persekutuan., Syarat yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk kelulusan  - 30% unit yang dibina dikhaskan untuk golongan Bumiputera dengan harga diskaun 5% hendaklah dibuang. Rayuan diterima

Secara holistiknya, Hak kesamarataan Per 8. bukanlah  hak yang mutlak. Mahkamah mempunyai hak untuk menentukan samada hak ini telah dilanggari berdasarkan pertimbangan samada pengkelasan yang dibuat adalah munasabah atau tidak.  Mahkamah juga melihat pengkelasan yang dibuat dengan berjaga-jaga.

Konsep Perkara 8(3) dan 8(4) Perlembagaan PersekutuanSunting

Perkara 8(3) menerangkan tentang status kesamarataan untuk setiap rakyat Malaysia yang memberi pengkhususan kepada orang-orang atasan seperti raja. Hal ini bermakna, golongan atasan seperti raja tidak boleh menindas sesuka hati atau melakukan diskriminasi terhadap golongan biasa kecuali perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan. Seperti yang telah dijelaskan dalam kes Tengku Mahmood Iskandar di atas, pesalah yang merupakan putera raja telah menerima hukuman yang ringan oleh Mahkamah Majistret namun Mahkamah Tinggi telah mengenakan hukuman yang setimpal kepada putera raja tersebut sesuai dengan kehendak perlembagaan. Tidak kira apa pun pangkat atau kedudukan seseorang itu, jika seseorang itu telah melakukan kesalahan, seseorang itu patut dihukum mengikut undang-undang yang telah sedia ada seperti yang telah termaktub di dalam Perkara 8(1).

Perkara 8(4) menerangkan tentang hak rakyat supaya tidak didiskriminasikan oleh pihak berkuasa awam seperti badan perundangan (Parlimen), eksekutif (Kabinet), kehakiman, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya atas alasan bermastautin atau melakukan perniagaan di mana-mana kawasan persekutuan yang berada di luar bidang kuasa mereka. Walaupun tiga badan pentadbiran Malaysia adalah badan yang penting, mendiskriminasi orang awam masih dianggap satu kesalahan.

Prinsip ultra-vires merupakan prinsip yang menetapkan fungsi pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Prinsip ini menetapkan bahawa pihak berkuasa awam hanya boleh menjalankan bidang tugas mereka mengikut undang-undang yang telah termaktub. Oleh itu, sebarang perbuatan yang berada di luar bidang kuasa mereka adalah tidak sah termasuklah melakukan diskriminasi terhadap orang awam. Selain itu, terdapat juga prinsip general competence yang menekankan kepada kuasa pihak berkuasa awam dalam menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat pihak berkuasa awam itu mampu membiayai kegiatan tersebut. Perkataan "kegiatan" tersebut tidak termasuk bermastautin dan melakukan perniagaan di kawasan persekutuan. Oleh itu, sudah terang dinyatakan di dalam perlembagaan mahupun prinsip yang telah dijelaskan di atas yang tidak membenarkan pihak berkuasa awam daripada melakukan diskriminasi terhadap orang awam.

Perkara 8(4) dan Perkara 8(5)Sunting

Secara umum, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kesamarataan yang diberikan kepada setiap individu di Malaysia. Perkara ini diperuntukkan apabila melihatkan kepada era pra-penjajahan yang dilalui oleh Tanah Melayu, yang mengamalkan sistem beraja, yang secara terang-terangan menunjukkan perbezaan hierarki masyarakat yang hidup dalam sistem kasta atau berasaskan kelas. Hal ini dapat dijustifikasikan melalui amalan perhambaan dan keistimewaan yang diberikan kepada kerabat diraja dalam sistem pentadbiran pada ketika itu, yang meliputi keistimewaan dalam aspek sosial, ekonomi, serta politik. Oleh hal yang demikian, pasca-kemerdekaan telah menyaksikan hak kesamarataan diangkat sepenuhnya dengan peruntukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, persoalan yang sentiasa ditimbulkan adalah, sejauh manakah pelaksanaan undang-undang dalam mengangkat peruntukan yang telah ditetapkan ini dalam memastikan tidak berlaku pencabulan dalam hak kesamarataan, apabila melihatkan kepada berlakunya pendiskriminasian dalam beberapa perkara yang telah termakstub dalam Perlembagaan.

Dalam menelusuri kerangka masa yang dilalui sejak kemerdekaan, hak kesamarataan yang merangkumi aspek gender, isu majoriti dan minoriti, ekonomi dan juga kewarganegaraan merupakan isu-isu yang seringkali dibangkitkan   oleh masyarakat mahupun golongan intelektual. Justeru, perkembangan pendidikan yang telah melahirkan ramai golongan berpendidikan, telah memperkenalkan konsep-konsep dan teori kesamarataan yang terdiri daripada beberapa perspektif, iaitu melalui sudut pandang Islam serta teori keadilan Rawls. Apabila merujuk kepada pandangan Islam, manusia hanya dibezakan oleh ketaatan, dilihat sebagai sama rata, dan perbezaan latar belakang seumpama kepelbagaian bangsa bukanlah persoalan yang membenarkan sesiapa untuk menuntut atau diberikan hak istimewa. Namun, perkara berkenaan adalah identiti diri, supaya masyarakat dapat mengenali antara satu sama lain. Teori Rawls pula, menunjukkan pendapat yang kontra. Yang mana, menurut teori ini, manusia tidak sama antara satu sama lain. Sesetengah dilahirkan dengan keistimewaan, seumpama kedudukan. Oleh hal yang demikian, menurut teori keadilan Rawls, perbezaan ini menuntut layanan yang berbeza antara manusia sesuai dengan keperluannya. Teori ini memperlihatkan keadilan berdasarkan kepada latar belakang individu.

Perbezaan pendapat ini menunjukkan bahawa, keadilan yang diamalkan biasanya adalah mengikut apa yang difahami oleh individu, dengan menginterpretasikan undang-undang berdasarkan perkara yang diterima oleh akal dan pemikiran masing-masing, yang akan manghasilkan pelaksanaan yang berbeza-beza. Sesuai dengan peruntukan dalam Perkara 8 (4) dan Perkara 8 (5) dalam Perlembagaan Persekutuan, interpretasi dan pelaksanaan undang-undang terhadap apa yang terdapat dalam peruntukan ini dibezakan melalui perspektif individu. Oleh itu, untuk memahami peruntukan yang telah termaktub, antara senarai peruntukan-peruntukan tersebut adalah:

Perkara 8(4) :Sunting
"Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu."
Perkara 8(5) :Sunting
"Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang:
(a) Apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;
(b) Apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu;
(c) Apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau per  izaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
(d) Apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam pemilihan itu;
(e) Apa-apa peruntukan perlembagaan sesuatu negeri, yang adalah atau yang bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;
(f) Apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

Secara rangkuman, berdasarkan perbezaan fahaman mengenai teori kesamarataan, mahkamah telah menggariskan beberapa panduan tentang prinsip kesamarataan yang termaktub dibawah Perkara 8(4) dan Perkara 8(5) melalui kes yang telah diputuskan, iaitu, kes Datuk Haji Harun Haji Idris v Public Prosecutor[1], iaitu:

i) Peruntukan tersebut tidak mutlak dan tidak terpakai kepada setiap individu dalam semua keadaan.

Yang menerangkan bahawa terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dilihat mahkamah kerana tidak semua situasi yang dialami individu adalah sama.

ii) Peruntukan kesamarataan mempunyai syarat dan terhad.

Contoh : Perkara yang diperuntukkan dalam Perkara 8(5) dan 153

iii) Frasa 'pihak berkuasa awam' dalam Perkara 8(4) dan perkataan 'amalan' dalam Perkara 8(5)(b) merupakan peruntukan yang membenarkan larangan terhadap layanan yang tidak sama ke atas badan tertentu seperti :

a) Badan Ekeskutif

b) Badan Legislatif

iv) Larangan layanan tidak sama juga terpakai dalam kedua-dua undang-undang:

a) Substantif

b) Prosedur

v) Pendiskriminasian terhadap peruntukan undang-undang juga boleh berlaku dalam perkara seperti mana yang terdapat dalam Perkara 8(5), contohnya :

a) Orang Islam, berlainan dengan orang bukan Islam.

b) Orang Melayu dan bumiputera Borneo berlainan antara satu sama lain.

vi) Undang-undang dikatakan tidak adil dan baik sekiranya peruntukan yang terkandung tidak mendiskriminasi mana-mana pihak. Namun, jika terdapat pendiskriminasian perkara berkenaan perlu dirujuk kepada perlembagaan atau kehakiman, kerana berkemungkinan perkara yang dirujuk jatuh di bawah pengecualian yang dibenarkan.

vii) Oleh itu, Doktrin Pengkelasan adalah diterima bergantung kepada prinsip keenam di atas. Seterusnya, mahkamah mempunyai kuasa untuk menilai kewajaran pengkelasan tersebut oleh badan pembuat undang-undang (legislatif);

viii) Di dalam kes-kes yang tidak pernah dinyatakan oleh undang-undang, prosedur yang lebih drastik adalah sah di sisi perlembagaan; dan

ix) Impugned law (undang-undang yang dicabar) adalah sah di sisi undang-undang.

Secara rangkuman, definisi kesamarataan sebenarnya bergantung kepada apa yang diterima kelompok yang berkuasa untuk menguatkuasakan peruntukan dalam perkara tersebut. Walaubagaimanapun, melihat kepada penerimaan majoriti, persoalan yang timbul adalah, adakah masyarakat menerima perkara ini, seterusnya, sekiranya masyarakat tidak menerima, adakah keadaan ini akan berubah? Hal ini kerana, terdapat pendapat yang diutarakan di dalam kes Ahmad Tajudin Hj Ishak v Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang[23], yang mana mahkamah telah memutuskan bahawa diskriminasi semata-mata tidaklah membawa kepada ssesuatu undnag-undnag itu bercanggah dengan Perkara 8. Bagi membolehkan plaintif berjaya menunjukkan sesuatu undang-undang yang diskriminasi tu bercanggah dengan Perkara 8, plaintif mestilah membuktikan bahawa diskriminasi tersebut adalah tidak adil dan telah membawa keroasakan. Dalam hal ini, jelaslah bahawa penerimaan masyarakat tidak cukup kuat untuk memastikan percanggah dalam Perkara 8 itu ditolak.

Sehubungan dengan itu, penambahbaikan ke atas Perkara 8 bukan dengan cara menambah peruntukan tertentu ke dalam perlembagaan keran peruntukan Perkara 8 itu telah sempurna. Sebaliknya, keperluan untuk menyeragamkan penerimaan definisi kesamarataan yang perlu dilakukan. Yang mana, perlu ada satu definisi khusus yang diterima pakai dan disokong oleh semua. Dengan hal yang demikian, penyempitan makna kesamarataan dalam perlembagaan mestilah berasaskan kepada perspektif keadilan yang diterima oleh masyarakat dan juga badan pemerintah. Walaubagaimanapun, kewujudan peruntukan lain yang seolah-olah menafikan Perkara 8 apabila terdapat percanggahan perlu dikaji semula atas rasional kedudukan perlembagaan yang berfungsi sebagai sumber perundangan tertinggi. oleh hal yang demikian, percanggahan dalam Perkara 8 perlembagaan mestilah diangkat sepenuhnya pelaksanaannya oleh pihak yang berwajib.

Konsep Perkara 8(5) Perlembagaan PersekutuanSunting

Rethi Development Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Seberang Perai (2013)[24]Sunting

Di dalam kes ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah mengenakan syarat yang menetapkan bahawa projek perumahan yang dijalankan oleh pihak pemaju (Rethi Development Sdn Bhd) akan mendapat kelulusan dengan syarat bahawa 30% unit yang dibina perlulah dikhaskan untuk golongan bumiputera dengan kadar diskaun 5% bagi setiap unit. Syarat tersebut dilihat tidak adil kerana ia lebih bersifat rasis yang mana ia dengan jelas bertentangan dengan peruntukan yang telah digariskan di bawah perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dan perkara 153 juga tidak boleh digunakan untuk menjustifikasikan isu dalam kes ini. Mahkamah memutuskan bahawa syarat yang diletakkan tersebut perlulah dibuang kerana ia dilihat bersifat berat sebelah dan tidak adil kerana meletakkan syarat berdasarkan kaum-kaum tertentu.

PenutupSunting

Secara kesimpulannya Perkara 8(1) – Perkara 8(5) adalah mengenai

(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang,  

(2) Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan,  

(3) Tidaklah boleh ada pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab ia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri. Hak kesamarataan Perkara 8 bukanlah hak yang mutlak. Mahkamah mempunyai hak untuk menuntukan samada hak ini telah dilanggari berdasarkan pertimbangan samada pengklasan yang dibuat adalah muansabah. Mahkamah juga melihat pengkelasan yang dibuat dengan berjaga-jaga.  

4) Diskriminasi yang termaktub dibawah perkara 8(5) adalah merupakan diskriminasi yang postif dan adalah dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.  

Secara rangkumannya ternyata hak layanan kesamarataan tidaklah bersifat mutlak kerana ianya masih lagi dikongkong dengan bayangan dibawah undang-undang. Perkara ini umpama sesuatu hak itu diberikan namun ianya ditarik kembali dengan pelbagai limitasi yang ditetapkan dibawah undang-undang. Pun begitu kelonggaran peruntukan dibawah perkara 8 ini jelas kelihatan dalam klausa (2). Hal ini apabila dibawah perkara 8(2) larangan bagi mendiskriminasi perkara didalam peruntukan itu hanya terpakai bagi perihal yang melibatkan pihak awam atau kerajaan sahaja dimana perlindungan ini tidak akan terpakai bagi kepincangan permasalahan antara private sector seperti mana yang terjadi didalam kes Beatrice di atas. Selain itu,prinsip dibawah perkara 8 ini juga turut kelihatan diganggu dengan bayangan undang-undang yang dibuat dibawahperkara 149 dan 151 perlembagaan persekutuan dimana kebanyakan tertuduh tidak akan diberikan hak mereka terutamanya hak dibawah perkara 8(1).        

BibliografiSunting

  1. Abdul Aziz Bari & Fariz Sufian Shuaib. (2009). Constitution of Malaysia: Text and Commentary (3rd ed.). Petaling Jaya: Pearson Malaysia.
  2. Harding, A. (2012). The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis. Oxford: Hart Publishing.
  3. Perlembagaan Persekutuan.
  4. Tun Mohd Salleh Abas. (2006). Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia (3rd ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  5. Tunku Sofiah Jewa, Salleh Buang & Yaacob Hussain Merican. (2007). Tun Mohamed Suffian's An Introduction to the Constitution of Malaysia (3rd ed.). Petaling Jaya: Pacifica Publications.

RujukanSunting

Rujukan KesSunting

  • PP v Khong Teng Khen [1976]
  • PP v Datuk Haji Harun Idris [1976] 2 MLJ 116
  • PP v Su Liang Yu [1976] 2 MLJ 128
  • PP v Tengku Mahmood Iskandar [1977] 2 MLJ 123
  • Datuk Haji Harun bin Idris v PP [1977] 2 MLJ 155
  • Merdeka Universiti Bhd. V Government of Malaysia [1981] 2 MLJ 356
  • Nadarajah v PP [2000] 4 MLJ 373
  • Lau Kee Hoo v Public Prosecutor [1984] 1 MLJ 110
  • Malaysian Bar & Anor v Government of Malaysia [1987] 2 MLJ 165
  • Government of Malaysia v VR Menon [1990] 1 MLJ 277
  • Ahmad Tajudin Hj Ishak v Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang [1997] 1 MLJ 241
  • Kekatong Sdn Bhd v Danaharta Urus Sdn Bhd [2003]3 CLJ 378
  • Beatrice a/p AT Fernandez v Sistem Penerbangan Malaysia & Ors. [2005]3 MLJ 681
  • Yazid Sufaat & Ors v Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia [2009] 6 MLJ 222
  • Victoria Jayaseele Martin v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [2011]7 CLJ233
  • Metrobus Nationwide Sdn Bhd v Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
  • Semenanjung Malaysia & Anor [2012] 6 MLJ 18
  • Norfadilla Ahmad Saikin v Chayed bin Basiron & Ors. [2012] 1 MLJ 832
  • Karpal Singh a/l Ram Singh v PP [2012] 5 MLJ 293
  • Rethi Development Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Seberang Perai [2013] 10 MLJ916
  • Airasia Berhad v Rafizah Shima Mohamad Aris [2015]2 CLJ 510
  • PP v Gan Boon Aun [2015]9 CLJ 328        

Rujukan AktaSunting

[14]Akta Spesifik Relief 1950 (Akta 137)

[13]Akta Kontrak 1950 (Akta 136)[1]

[13]Akta Kerja 1955 (Akta 265)[2]

[13]Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)[3]

[13][21]Akta Kehakiman Mahkamah 1964 (Akta 91)[4]

[21]Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Akta 575)[5]

[21]Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)[6]

[1]Kanun Keseksaan (Akta 574)[7]

[2]Akta Pelarasan Pencen 1980 (Akta 227)[8]

[2]Akta Had Masa 1953 (Akta 254)[9]

[2]Akta Polis 1967 (Akta 344)[10]

[2]Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955 (Akta 140)

[2]Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Akta 198)

Perlembagaan Persekutuan

Rujukan UmumSunting

  1. ^ a b c [1977] 2 MLJ 155
  2. ^ a b c d e f [1977] 1 MLJ 241
  3. ^ [1973] 1 MLJ 128
  4. ^ [1976] 2 MLJ 128
  5. ^ [1977] 2 MLJ 155
  6. ^ [1976] 2 MLJ 166
  7. ^ [1977] 1 MLJ 241
  8. ^ [1979] 2 MLJ 65
  9. ^ [1971] 2 MLJ 108
  10. ^ [1975] 1 LNS 127
  11. ^ [1982] 2 MLJ 243
  12. ^ [1987] 2 MLJ 165
  13. ^ a b c d e [2005] 3 MLJ 681
  14. ^ a b [2012] 1 MLJ 832
  15. ^ [1990] 1 MLJ 277
  16. ^ [2005] 3 MLJ 681
  17. ^ [2012] 1 MLJ 832
  18. ^ [2015] 2 CLJ 510
  19. ^ [1987] 2 MLJ 642
  20. ^ [1987] 2 MLJ 165
  21. ^ a b c d [1977] 2 MLJ 123
  22. ^ [2013] 10 MLJ 916
  23. ^ [1997] 1 MLJ 241
  24. ^ [2013] 10 MLJ 916

Pautan luarSunting