Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan
Perlembagaan Negeri Sembilan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 adalah undang-undang asas bagi penubuhan Negeri Sembilan dan menubuhkan negeri yang ditadbir secara kolektif dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebagai Ketua Negeri dan Undang Yang Empat sebagai pemerintah bersama. Ia mula berkuat kuasa pada Mac 1959 berikutan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Ia ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin di Istana Hinggap, Seremban pada 27 April 1959
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 اوندڠ-اوندڠ توبوه کراجاءن نݢري سمبيلن 1959 | |
---|---|
Jenis | Perlembagaan |
Bahasa asal | Negeri Sembilan |
Dibuat | 26 Mac 1959 |
Disahkan | 27 April 1959 |
Berkuat kuasa | 27 April 1959 |
Lokasi | Istana Hinggap, Seremban |
Negara | Malaysia |
Pengarang | Dewan Undangan Negeri Sembilan |
Penandatangan |
|
Subjek | Undang-undang tubuh kerajaan negeri |
Tujuan | Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957 |
Catatan | |
Pindaan terkini pada 9 Oktober 2003 | |
sunting · sunting di Wikidata |
Kandungan
suntingUndang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dalam bentuk semasa (9 Oktober 2003) terdiri daripada 2 Bahagian, 17 bab mengandungi 81 artikel dan 4 jadual.[1]
Bahagian | Bab | Fasal | Topik |
---|---|---|---|
Mukaddimah | Mukaddimah | 1 | Nama ringkas dan mulaan penguatkuasaan |
Bahagian 1 | Bab 1 - Permulaan | 2 | Bahagian yang pertama |
3 | Kecuali | ||
4 | Tafsir | ||
Bab 2 - Agama Negeri | 5 | Agama Negeri | |
6 | Majlis Agama Islam | ||
Bab 3 - Yang di-Pertuan Besar | 7 | Yang di-Pertuan Besar | |
8 | Yang di-Pertuan Besar berangkat ke luar negeri | ||
9 | Turun takhta kerajaan | ||
10 | Turun takhta kerajaan atau menarik diri daripada menjadi Yang di-Pertuan Besar bagi sementara dengan kehendak Undang. | ||
10A | Yang di-Pertuan Besar hendaklah terhenti menjalankan fungsi-fungsi raja jika dituduh atas sesuatu kesalahan | ||
11 | Undang Yang Empat memilih Yang di-Pertuan Besar baru | ||
Bab 4 - Pemangku Yang di-Pertuan Besar | 12 | Pemangku Yang di-Pertuan Besar | |
13 | Pemangku Yang di-Pertuan Besar menghadiri majlis mesyuarat raja-raja | ||
Bab 5A - Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin | 14 | Pilihan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin | |
Bab 5B - Dato' Shahbandar Sungai Ujong | 15 | Dato' Shahbandar Sungai Ujong | |
Bab 6 - Dewan Keadilan dan Undang | 16 | Dewan Keadilan dan Undang | |
17 | Ahli Dewan | ||
18 | Mesyuarat | ||
19 | Yang Dipertua | ||
20 | Cukup bilangan ahli | ||
21 | Peraturan-peraturan dan lantikan jawatankuasa | ||
22 | Peringatan mesyuarat | ||
23 | Bahasa rasmi | ||
24 | Kehadiran orang lain daripada ahli dalam mesyuarat | ||
25 | Setiausaha | ||
Bab 7 - Kehormatan dan Kebesaran | 26 | Gelaran-gelaran dan Kebesaran-kebesaran | |
27 | Kuasa memecat | ||
Bab 8 - Syarat-Syarat Am | 28 | Makna perkataan raja | |
29 | Menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan oleh Undang yang Empat | ||
30 | Taraf kedudukan | ||
31 | Cogan kebesaran diraja, panji-panji kebesaran Yang di-Pertuan Besar | ||
32 | Aturan dan adat zaman purbakala terpelihara | ||
Bahagian 2 - Anggota (Machinery) Kerajaan | Bab 1 - Permulaan | 33 | Permulaan |
34 | Tafsir | ||
Bab 2 - Pemerintahan | 35 | Kuasa Pemerintahan | |
36 | Lantikan Menteri Besar | ||
37 | Lantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri | ||
38 | Majlis Mesyuarat Kerajaan | ||
39 | Sumpah Jawatan | ||
39A | Setiausaha Politik | ||
40 | Raja menjalankan kewajipan dengan nasihat | ||
41 | Menggunakan bahasa Inggeris dalam majlis mesyuarat kerajaan | ||
42 | Genap bilangan ahli dalam majlis mesyuarat kerajaan | ||
43 | Permohonan ulangbicara kepada majlis mesyuarat kerajaan | ||
44 | Peringatan mesyuarat | ||
Bab 3 - Kuasa Mengampunkan | 45 | Kuasa mengampunkan dan sebagainya | |
Bab 4 - Kuasa Negeri | 46 | Kuasa negeri atas harta, perjanjian dan dakwaan | |
Bab 5 - Kuasa Undangan Negeri | 47 | Kuasa undangan negeri | |
48 | Ahli-ahli Dewan Negeri | ||
49 | Syarat-syarat menjadi ahli-ahli Dewan Negeri | ||
50 | Syarat-syarat yang tiada meluluskan menjadi ahli-ahli Dewan Negeri | ||
51 | Syarat-syarat yang menghalang menjadi ahli mewakili dua kawasan | ||
52 | Akibat tidak mempunyai syarat-syarat kawasan, dan halangan melantik calon dengan tiada kebenaran | ||
53 | Keberhentian ahli | ||
54 | Ahli tiada hadir dalam mesyuarat | ||
55 | Keputusan syarat-syarat kelulusan jadi ahli | ||
56 | Memanggil mesyuarat, memberhentikan dan membubarkan dewan negeri | ||
57 | Yang Dipertua mesyuarat Dewan Negeri | ||
58 | Sumpah ahli | ||
59 | Titah daripada Raja | ||
60 | Tertib Dewan Negeri | ||
61 | Elaun ahli-ahli | ||
62 | Menyiarkan rang undang-undang | ||
63 | Rang undang-undang yang bukan dianjurkan oleh kerajaan | ||
64 | Menjalanan kuasa Undangan | ||
65 | Perkataan undang-undang | ||
66 | Bahasa dalam Dewan Negeri dan undang-undang | ||
67 | Genap bilangan ahli | ||
68 | Peringatan Mesyuarat | ||
Bab 6 - Hal Ehwal Kewangan | 69 | Tiada cukai mukai melainkan diluluskan oleh undang-undang | |
70 | Perbelanjaan dibayar dari kumpulan wang negeri | ||
71 | Keterangan kewangan pada setiap tahun | ||
72 | Rang undang-undang perbekalan | ||
73 | Wang tambahan dan perbelanjaan berlebih | ||
74 | Mengeluarkan wang dari kumpulan wang negeri | ||
Bab 7 - Syarat-syarat Am | |||
Bab 7A - Syarat-syarat khas berkenaan dengan kedudukan orang-orang Melayu | 75 | Mengkhaskan bahagian orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan, permit dan sebagainya. | |
Bab 7B - Layanan yang sama rata | 76 | Layanan yang sama rata bagi orang-orang kerajaan | |
Bab 7C - Cap mohor kerajaan | 77 | Cap mohor kerajaan | |
Bab 7D - Pindaan Perlembagaan | 78 | Pindaan Perlembagaan | |
78A | Cetakan semula undang-undang tubuh | ||
Bab 7E - Kedaulatan diraja | 79 | Kedaulatan Yang Maha Mulia Raja adalah terpelihara | |
Bab 8 - Syarat-Syarat Pertukaran | 80 | Syarat-syarat sementara berkenaan dengan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan | |
Bab 9 - Pembatalan | 81 | Pembatalan | |
Jadual | Bahagian 1 | 39 | Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan |
Bahagian 2 | 58 | Sumpah Ahli Majlis Dewan Negeri | |
Bahagian 3 | 37 (4) | Sumpah Pegawai Kerajaan Yang Mengambil Bahagian di dalam Rundingan Majlis Mesyuarat Kerajaan | |
Bahagian 4 | 39A (3) | Sumpah Setiausaha Politik |
Enakmen Negeri Sembilan
suntingBerikut merupakan senarai enakmen yang diguna pakai di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan juga mengguna pakai sebahagian enakmen Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang belum dipinda atau dimansuhkan.
Nama Enakmen | Catatan | Lampiran |
---|---|---|
Enakmen Undang Rembau (Tanah) 1949 | ||
Enakmen Lembaga Muzium Negeri Sembilan 1956 | ||
Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) Tahun 1960 | ||
Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan 1969 | ||
Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu dalam Kawasan-kawasan Larangan 1971 | ||
Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan 1974 | ||
Enakmen Yayasan Negeri Sembilan 1979 | ||
Enakmen Pengawalan Penternakan Babi Negeri Sembilan 1981 | ||
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 (En. 7/83) | Dimansuhkan oleh Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 | |
Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 | ||
Enakmen Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1991 | Dimansuhkan oleh Enakmen Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Lambang, Anugerah Dan Gelaran (Negeri Sembilan) 2017 | |
Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 | Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam. | Pautan |
Enakmen Pentadbiran Hukum Syara’ Negeri Sembilan 1991 (En. 1/91) | Dimansuhkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 | |
Enakmen Keterangan Syariah Negeri Sembilan 1991 (En. 8/91) | Dimansuhkan oleh Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 | |
Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (En. 3/92) | Dimansuhkan oleh Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 | |
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 | Suatu Enakmen bagi memperuntukkan tentang kesalahan-kesalahan syariah dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya. | Pautan |
Enakmen Perhutanan Negara (Penerimapakai) 1994 | ||
Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 | Suatu Enakmen bagi membuat peruntukan mengenai pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya | Pautan |
Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996 (En 7/96) | ||
Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan 1998 | ||
Enakmen Kraf Air Peribadi 1998 | Suatu Enakmen berhubungan dengan pengendalian kraf-air peribadi bagi tujuan sukan atau rekreasi dan bagi perkara-perkara yang berdampingan dengannya. | |
Enakmen Mineral Negeri 2002 | Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi tenemen mineral dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
Memansuhkan Enakmen Melombong NMB Bab 147 |
Pautan |
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 | Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan tatacara mal bagi Mahkamah Syariah. | Pautan |
Enakmen Majlis Perbandaran Port Dickson 2003 | Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penukaran gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pemberian taraf Perbandaran kepada Majlis Daerah Port Dickson | |
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 | Suatu Enakmen bagi meminda dan menyatukan peruntukan-peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga.
Memansuhkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 (En. 7/83) |
Pautan |
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 | Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan baru tentang pentadbiran agama Islam, penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Memansuhkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syara’ Negeri Sembilan 1991 (En. 1/91) |
Pautan |
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 | Suatu Enakmen untuk mentakrifkan undang-undang keterangan bagi Mahkamah Syariah.
Memansuhkan Enakmen Keterangan Syariah Negeri Sembilan 1991 (En. 8/91) |
Pautan |
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 | Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan berhubung dengan tatacara jenayah syariah bagi Mahkamah Syariah.
Memansuhkan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (En. 3/92) |
Pautan |
Enakmen Majlis Perbandaran Nilai 2003 | ||
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 | Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan wasiat orang Islam di Negeri Sembilan, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. | Pautan |
Enakmen Penyemakan Undang-Undang (Negeri Sembilan) 2004 | ||
Enakmen Tarekat Tasawuf 2005 | Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi pendaftaran tarekat tasawuf dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. | Pautan |
Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 | Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan-peruntukan berhubung dengan wakaf dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. | Pautan |
Enakmen Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Lambang, Anugerah Dan Gelaran (Negeri Sembilan) 2017 | Memansuhkan Enakmen Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1991 | |
Enakmen Perbadanan Negeri Sembilan 2018 | ||
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (pindaan) 2019 | ||
Enakmen Majlis Bandaraya Seremban 2020[2] | Pautan |
Baca lagi
suntingRujukan
sunting- ^ http://www.ns.gov.my/flipbook/TheLawsOfTheConstitutionOfNS1959/files/thelawsoftheconstitutionofns1959.pdf
- ^ UKIK (6 Disember 2020). "NS Luluskan RUU Majlis Bandaraya Seremban". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 12 Januari 2021.