Persatuan Pencinta Alam Malaysia

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS) adalah satu badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan Nature Society) pada tahun 1940. MNS merupakan sebuah badan dan persatuan alam sekitar yang dipercayai tertua di Malaysia, Asia dan salah satu tertua di dunia. MNS berpusat di Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur.[1] Cawangan Singapura persatuan ini telah menamakan dirinya semula sebagai Pencinta Alam (Singapura) ataupun Nature Society (Singapore) pada tahun 1991.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia
(Malaysian Nature Society)
Kerangka
KependekanMNS
Cogan kata“Know nature, value nature and act for nature” (Ketahui alam, nilai alam dan bertindak untuk alam)
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
Status undang-undangOrganisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO)
TujuanKajian saintifik, konsultasi, pembangunan modal insan, teknologi mapan, melobi dan gerakan hijau.
Keanggotaan Lebih daripada 4,000 ahli
Bahasa rasmiBahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan pelbagai
Tapak webhttp://www.mns.my/
Sejarah
Dibentuk1940
Pengurusan
Prof. Dr. Maketab Mohamed dan Henry Goh
GabunganMalaysian Naturalist, Malayan Nature Journal
Perangkaan
Belanjawan Pendapatan sehingga 2 juta dolar AS pada tahun 2005 (hasil sumbangan)
Kakitangan/pekerja 50 orang (seluruh persada dunia)
Lokasi
Ibu pejabatBukit Persekutuan, Kuala Lumpur
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

MNS merupakan badan/persatuan alam sekitar yang bergiat aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar khususnya di Malaysia. Dalam masa yang sama, badan ini menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOH dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).[2]

Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Taman Negara Endau-Rompin. Usaha untuk mengazetkan kawasan tersebut tercetus apabila MNS melakukan satu ekspedisi saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986.[3] Baru-baru ini, MNS sedang menjalani satu kempen untuk mengazetkan kawasan Belum-Temengor sebagai kawasan terpelihara.[4]

Sebagai sebuah badan, MNS menerbitkan dua majalah berkala yang berbahasa Inggeris. Dua majalah tersebut adalah Malaysian Naturalist dan Malayan Nature Journal. Malaysian Naturalist ditujukan kepada halayak ramai dan Malayan Nature Journal bersifat lebih saintifik.

sunting

Logo MNS berasaskan seekor tenuk Malaysia.

Pemburu negara jiran sunting

Pada 20 April 2010, Vincent Chow dari MNS Johor mendedahkan pemburu negara jiran memburu haiwan eksotik serta mencuri kayu gaharu di Taman Negara Endau-Rompin sebelum diseludup ke Bangkok . Sindiket mengatur kehadiran mereka dan menggunakan kepakaran memburu di kalangan masyarakat Orang Asli. Peniaga di Bangkok mengakui mereka mendapat bekalan kayu gaharu daripada Endau-Rompin. Haiwan eksotik yang diburu ialah tenggiling, ular senduk,ular sawa, harimau, biawak dan lain-lain yang hampir pupus. Dari Thailand, ia diseludup ke China untuk tujuan makanan eksotik dan perubatan tradisional. Harga seekor tenggiling ialah RM1,000. Seekor harimau boleh mencecah sehingga RM150,000.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Introducing MNS. Extracted November 10 2006
  2. ^ Join MNS. Malaysian Naturalist. Vol 59/3 2006. Malaysian Nature Society.
  3. ^ Join MNS. Malaysian Naturalist. Vol 59/3 2006. Malaysian Nature Society.
  4. ^ Join MNS. Malaysian Naturalist. Vol 59/3 2006. Malaysian Nature Society.
  5. ^ Hutan Negara Diceroboh Pemburu Negara Jiran, Dakwa Aktivis Alam Sekitar

Pautan luar sunting