Persebaya Surabaya

Kelab Bola Sepak Profesional di Indonesia

Persebaya Surabaya yang sempat berganti namanya menjadi Persebaya 1927 [1] ialah sebuah kelab bola sepak profesional di negara Indonesia yang bertapak di bandar raya Surabaya, negeri Jawa Timur yang diasaskan pada 18 Jun 1927 dengan nama Soerabajasche Indische Voetbal Bond (SIVB) (Melayu: Kelab Bolasepak Indonesia Surabaya). Persebaya pernah digantung selama 3 tahun oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) namun kemudianya dimansuhkan pada kongres tahunan PSSI di Bandung pada 8hb Januari 2017.

Persebaya Surabaya
Nama penuhPersatuan Sepakbola Surabaya
Gelaran
  • Bajul Ijo
    (Melayu: Buaya Hijau)
  • The Green Force
    (Melayu: Kuasa Hijau)
Nama pendekPSBY, PBY
Diasaskan18 Jun 1927; 97 tahun yang lalu (18 Jun 1927), sebagai S.I.V.B
StadiumStadium Gelora Bung Tomo, Surabaya, Jawa Timur
(Kapasiti: 55,000)
PelaburPT. Persebaya Indonesia
PresidenIndonesia Azrul Ananda
Ketua JurulatihIndonesia Aji Santoso
LigaLiga 1
2023–2024ke-12
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Sejarah

sunting

Persebaya diasaskan oleh Paijo dan M. Pamoedji pada 18 Jun 1927. Pada awal ditubuhkanya, Persebaya dinamai dengan menggunakan bahasa Belanda Soerabajasche Indische Voetbal Bond (SIVB) (Melayu: Kelab Bolasepak Indonesia Surabaya)[2]. Pada masa itu pula di bandar Surabaya juga terdapat sebuah kelab bolasepak lain yang lebih dulu wujud bernama Soerabajasche Voetbal Bond (SVB)(Melayu: Kelab Bolasepak Surabaya), SVB ini ditubuhkan pada tahun 1910 dan pemainnya adalah orang-orang Belanda yang ada di Surabaya.

Setelah ditubuhkanya Persatuan Bolasepak Kebangsaan Indonesia (PSSI) pada 19hb April 1930, kemudian dilaksanakanlah kompetisyen tahunan kelab-kelab bolasepak antara bandar di Indonesia atau yang disebut dengan Kompetisyen Persyarikatan (Indonesia: Kompetisi Perserikatan).

Di musim pertama kompetisyen rasmi pada tahun 1938, SIVB berhasil mara ke perlawanan akhir meski akhirnya takluk kepada VIJ Jakarta.

Ketika terjadi perang pasifik 1942, majoriti pemain SIVB yang adalah orang bumiputera dan sebahagian kecil kaum cina kembali mara ke perlawanan akhir namun lagi-lagi kecundang apabila kalah kepada Persis Solo.

Pada tahun 1943 SIVB berganti nama menjadi Persibaja singkatan daripada (Persatuan Sepak Bola Indonesia Soerabaja). Pada masa ini Persibaja diterajui oleh Dr. Soewandi. Dan di masa inilah Persibaja mencapai puncak kejayaan dengan meraih trofi juara berturut-turut pada tahun 1950, 1951, dan 1952. Setelah era Dr. Soewandi, Persebaya kembali meraih juara pada tahun 1978 dan 1988.

Pada tahun 1960, nama Persibaja diganti sekali lagi dengan mengikut kepada ejaan bahasa yang baru, menjadi Persebaya (Persatuan Sepak Bola Surabaya).

Pada era persyarikatan ini, Persebaya adalah merupakan satu antara gergasi bolasepak di Indonesia bersama PSMS Medan, PSM Makassar, Persib Bandung dan Persija Jakarta. Persebaya lima kali mengangkat trofi juara dan sebelas kali meraih peringkat naib juara.

Pada tahun 1994, PSSI membentuk kompetisyen baru yang lebih moden yang diberi nama Liga Indonesia. Di era Liga Indonesia ini Persebaya berjaya mengangkat trofi juara di tahun 1997. Bahkan Persebaya juga mencipta sejarah apabila tampil sebagai tim pertama yang mampu meraih trofi juara Liga Indonesia untuk kali kedua di tahun 2005.

Pada tahun 2010, kerana konspirasi elit PSSI, Persebaya harus turun divisyen ke Divisyen Utama (sekarang Liga 2)[3], namun Persebaya tak tinggal diam dan kemudianya melakukan perlawanan. Bersama dengan beberapa kelab yang tak puas hati dengan PSSI, mereka mengisytiharkan keluar daripada PSSI dan mengikuti kompetisyen baru diluar PSSI yang disebut dengan istilah 'Breakaway League' pada tahun 2010 . Liga yang diasaskan oleh Arifin Panigoro, seorang ahli perniagaan terkemuka Indonesia tersebut kemudianya dinamai Indonesian Premier League (IPL).

Ketika mengikuti kompetisyen IPL tersebut, Persebaya sekali lagi merubah namanya menjadi Persebaya 1927 dan juga merubah logonya.[4]

Setelah sengkarut bolasepak Indonesia berakhir antara tahun 2014 hingga 2016 (hingga Indonesia kena ban oleh FIFA), setelah hukuman dari FIFA berakhir kemudian PSSI memilih presiden yang baru pada tahun 2016. Presiden PSSI yang baru iaitu Lt.Jen. Edy Rahmayadi kemudianya membaikpulih status Persebaya 1927 dan menerimanya kembali menjadi anggota PSSI pada 8hb Januari 2017 sempena annual congress PSSI di Bandung. Namun Persebaya 1927 harus memulai kompetisyen pada tahap kedua liga iaitu Liga 2 di season 2017.

Dan sekali lagi Persebaya yang kembali menggunakan nama kebesaranya Persebaya Surabaya menunjukkan reputasinya sebagai kelab gergasi yang penuh tradisi di Indonesia yang hanya dalam semusim berjaya mengangkat trofi juara Liga 2 di tahun 2017 untuk membolehkanya naik ke tahap tertinggi Liga Indonesia iaitu Liga 1 pada tahun 2018.

Stadium

sunting
Stadium Gelora Bung Tomo
LokasiSurabaya, Indonesia
Koordinat7°13′30.51″S 112°37′18.15″E / 7.2251417°S 112.6217083°E / -7.2251417; 112.6217083
Dibina2007
Dibuka6 Ogos 2010
PemilikMajlis Bandaraya Surabaya
PermukaanPadang Rumput
Trek
Kos pembinaanRp 440 Bilion [5]
Kapasiti55.000
Penyewa
Persebaya Surabaya

Gelanggang rumah bagi Persebaya adalah Stadium Gelora Bung Tomo yang berada sebelah barat pusat bandaraya Surabaya negeri Jawa Timur.

Sebelum berhome ground di Stadium Gelora Bung Tomo, stadium rumah keramat bagi Persebaya adalah Stadium Gelora 10 November yang berada di pusat bandaraya Surabaya, Jawa Timur.

Pencapaian

sunting

Domestik

sunting

Perserikatan

sunting
Juara (6): 1941, 1950, 1951, 1952, 1978, 1988
Naib Juara (11): 1938, 1942, 1960, 1965, 1967, 1971, 1973, 1977, 1981, 1987, 1990
Juara (3): 1996–97, 2004
Naib Juara: 1998–99
  • Piala Gabenor Jawa Timur
Juara (1): 2006
  • Piala Dirgantara
Juara (1): 2007
  • Piala Ketua Polis Banyuwangi
Juara (1): 2005

Antarabangsa

sunting

Penyokong

sunting

Penyokong Persebaya dikenali dengan nama Bonek, Bonek adalah singkatan daripada perkataan Jawa yakni 'Bondo Nekat'.

Bondo bermakna aset, sumber atau modal, Nekat ertinya berkeras hati, dengan keras atau kuat kemauan, terlalu berani (tanpa fikir panjang), tidak mahu menyerah. Bonek adalah dua perpaduan kata yang dapat menyiratkan secara penuh bagaimana kebiasaan penyokong bola sepak yang memikul nama ini.[6]

Bonek merupakan satu antara kumpulan penyokong bola sepak terbesar di Indonesia, menurut laman sesawang thetopten.com, Bonek berada di peringkat kedua di bawah Bobotoh yang merupakan kumpulan penyokong kelab Persib Bandung.[7]

Seperti halnya penyokong-penyokong kelab bola sepak lainya, Bonek juga mempunyai rival ataupun musuh. Musuh tradisi Bonek adalah penyokong kelab Arema FC yang dikenali sebagai Aremania, Meskipun antara Persebaya dan Arema masih dalam satu negeri (Jawa Timur) namun pertembungan kedua kelab yang bertajuk Derbi Jawa Timur ini merupakan Super Big Match kedua terbesar di Indonesia setelah El Classico antara Persija Jakarta melawan Persib Bandung.

Penaja

sunting

Pegawai Kejurulatihan Pasukan

sunting

[8]

Corporate Hierarchy
Position Name
President of Persebaya Surabaya   Azrul Ananda
Technical Director   Candra Wahyudi
Operationals Director   Puji Agus
Sponsorship Director   Lucia Cicilia
Academy Director   Saleh Hanifah
Team Manager   Chairul Basalamah
Team Secretary   Ram Surahman
Media & Fans Relations Manager   Roky Maghbal
Coaching staff
Position Name
Head Coach   Alfredo Vera
Assistant Coach   Esteban Horacio Busto
Goalkeeping Coach   Miftahul Hadi
Match Analyst   Noor Arief
Team Doctor   Adhimas Hapto
Team Psychologists   Afif Kurniawan
Team Physiotherapist   Dani Maulana Nugraha
Talent Scout   Bejo Sugiantoro

Staff
Position Name
General Affair   Nissa Aldawiyah
General Affair   Danang Bekti
Kit & Equipment Manager   Sutrisno
Kit & Equipment Assistant   Djoko Sulistyo
Kit & Equipment Assistant   Basori
Masseur   Moch. Madrai
Masseur   Yok Sebastian
Academy coaching staff
Position Name
Under-23 Head Coach (PS Kota Pahlawan)   Ahmad Rosyidin
Under-23 Assistant Coach (PS Kota Pahlawan)   Mat Halil
Under-23 Assistant Coach (PS Kota Pahlawan)   Yanto Imam
Under-23 Goalkeeping Coach (PS Kota Pahlawan)   Murwanto
Under-23 Fitness Coach (PS Kota Pahlawan)   Fitroh Yulangga
Under-19 Head Coach   Bejo Sugiantoro
Under-19 Assistant Coach   Sony Setiawan
Under-19 Goalkeeping Coach   Dedy Sutanto
Under-17 Head Coach   Totok Risantono

Senarai Pemain

sunting

Berikut adalah senarai pemain Persebaya Surabaya musim 2022[9] yang mengharungi perlawanan Liga 1 yang dahulu dikenali dengan nama Liga Super Indonesia

Sehingga 15 Januari 2022[10]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK   David Ariyanto
3 DF   Reva Adi Utama
4 DF   Alie Sesay
7 MF   Marselino Ferdinan
8 MF   Oktafianus Fernando
9 FW   Samsul Arif
10 MF   Taisei Marukawa
11 MF   Mochammad Supriadi
12 MF   Rendi Irwan
13 DF   Rachmat Irianto (kapten)
14 DF   Frank Sokoy
17 MF   Ricky Kambuaya
18 MF   Hambali Tolib
21 GK   Ernando Ari Sutaryadi
23 MF   Ady Setiawan
27 MF   Fernando Pamungkas
No. Pos. Negara Pemain
28 DF   Arif Satria
29 DF   Mokhamad Syaifuddin
32 DF   Rizky Ridho
33 DF   Koko Ari Araya
45 FW   Johan Yoga Utama
47 DF   Arizky Wahyu Satria
52 GK   Andhika Ramadhani
57 FW   Akbar Firmansyah
66 MF   Dicky Kurniawan
77 MF   Ruy Arianto
86 GK   Satria Tama
88 MF   Alwi Slamat
92 FW   Arsenio Valpoort
96 MF   Muhammad Hidayat
99 MF   Bruno Moreira

Bekas Pemain Terkenal

sunting

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
- FW   Mustaqim (1985-1988)
- FW   Yusuf Ekodono (1985-1997)
- MF   Carlos De Mello (1996-1997)
18 FW   Jacksen F. Tiago (1996-2000)
5 DF   Bejo Sugiantoro (1995-2007)
- GK   Zeng Cheng (2005)

Rujukan

sunting
  1. ^ [1] Persebaya Berganti Nama
  2. ^ [2] Mengapa Persebaya Mesti di Perjuangkan
  3. ^ [3] Dualism Persebaya
  4. ^ [4] Logo baru Persebaya
  5. ^ [5] Kos Pembinaan Stadium Bung Tomo
  6. ^ [6] Arti Nama Bonek
  7. ^ [7] Biggest Football Supporters In Indonesia
  8. ^ "Staff Profiles". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-08. Dicapai pada 2018-05-02.
  9. ^ [8] Senarai Pemain Persebaya 2020
  10. ^ "Daftar Pemain Persebaya Surabaya Liga 1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-05. Dicapai pada 5 April 2018.

Pautan Luar

sunting