Pertempuran Trenton
Pertempuran Trenton tercetus pada pagi 26 Disember 1776 semasa Perang Revolusi Amerika, selepas Jeneral George Washington menyeberangi Sungai Delaware di utara Trenton, New Jersey. Penyeberangan yang berbahaya dalam cuaca yang buruk membolehkan Washington memimpin badan utama Angkatan Tentera Benua menentang askar-askar Hessian yang ditempatkan di Trenton. Selepas pertempuran yang singkat, hampir kesemua askar-askar Hessian telah ditangkap, dengan kekalahan yang sedikit pada pihak Amerika.