Pertubuhan Keselamatan Sosial

agensi kerajaan Malaysia

Pertubuhan Keselamatan Sosial (secara rasmi disingkatkan sebagai PERKESO) merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Selain daripada itu, pertubuhan ini juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka.[1] PERKESO ialah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.[2]

Pertubuhan Keselamatan Sosial
Kerangka
KependekanPERKESO
Jenis/bentuk sahAgensi kerajaan Sunting ini di Wikidata
Status undang-undangAgensi berkanun
TujuanMentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial dan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada majikan dan pekerja
Tapak webwww.perkeso.gov.my
Sejarah
Dibentuk1971; 53 tahun yang lalu (1971)
Pengurusan
PengerusiZakri Mohd Khir
Ketua EksekutifMohd Azman Aziz Mohamed
Organisasi indukKementerian Sumber Manusia Malaysia
Lokasi
Lokasi
Kawasan perkhidmatanMalaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Sejarah penubuhan PERKESO bermula pada tahun 1958, apabila kajian keselamatan sosial telah dijalankan oleh pakar daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (I.L.O) lalu pada tahun 1962, sebuah jawatankuasa tertinggi dibentuk untuk mengkaji hasil kajian ini. Hasil daripada laporan kajian tersebut telah menjadi asas kepada Akta Keselamatan Sosial yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam tahun 1969 dengan tujuan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja-pekerja dan tangungan mereka.[3]

PERKESO telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Oktober 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah Badan Berkanun mulai 1 Julai 1985.[3]

Pada 1 Januari 1992, PERKESO telah diasingkan daripada Sistem Saraan Baru Kerajaan dan Sistem Saraan Baru telah diperkenalkan. PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.[3]

Objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada pekerja itu. Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional juga disediakan di samping mengambil langkah mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan pekerjaan. Kemudahan pemulihan bertujuan untuk membolehkan pekerja terbencana kembali bertugas secepat mungkin.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ PERKESO: Mengenai kami Pertubuhan Keselamatan Sosial. Dicapai pada 28 Januari 2019.
  2. ^ 5 perkara penting yang anda perlu tahu tentang Perkeso CompareHero (22 Julai 2017). Dicapai pada 23 Julai 2017.
  3. ^ a b c d Penubuhan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pekhabar (1 Oktober 2015). Dicapai pada 1 Oktober 2015.

Bacaan lanjut sunting

  • "Laporan Tahunan PERKESO 2013" (PDF). PERKESO. 23 Jun 2012. Dicapai pada 1 November 2012.
  • "Laporan Tahunan PERKESO 2016" (PDF). PERKESO. 31 Oktober 2017. Dicapai pada 1 November 2017.

Pautan luar sunting