Phat Family ialah album kompilasi hip hop yang dikeluarkan pada 1 Julai 2002 oleh Positive Tone dan EMI. "Phat Family Anthem" yang dipersembahkan bersama oleh Too Phat, Phlowtron, Muchachaz, M.O.B, Teh Tarik Crew dan Liyana Lil' Boogie dikeluarkan sebagai single utama.[1][2] Pada tahun 2003, album ini telah menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-10, namun gagal dicalonkan untuk Album Inggeris Tempatan Terbaik.

Phat Family
Album himpunan oleh
Pelbagai artis
Dilancarkan pada1 Julai 2002
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreHip hop, rap
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatPositive Tone, EMI Music Malaysia
PenerbitCalvin "Illegal" Choi, Eka Shereen, Tham Wing Kwan, DJ, Goldfish
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Album ini ialah album kompilasi hip hop yang menggabungkan artis-artis di bawah label Positive Tone. Terdapat 13 lagu dalam kompilasi ini dengan tiga daripadanya ialah interlud yang dipersembahkan oleh DJ Goldfish, DJ Uno dan DJ T-Bone. "Phat Family Anthem" telah dikeluarkan sebagai single pertama untuk Phat Family dengan muzik videonya diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini. Phlowtron, M.O.B dan Teh Tarik Crew menyumbangkan dua lagu masing-masing, manakala Too Phat, Muchachaz, Ruffedge dan All Starz Division masing-masing menyumbangkan 1 lagu. Phat Family menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2003, iaitu Rakaman Album Terbaik untuk Phat Family dan Muzik Video Terbaik untuk "Phat Family Anthem", namun gagal dicalonkan untuk Album Inggeris Tempatan Terbaik.

Senarai runut sunting

No.TajukArtisMasa
1."Intro"DJ Goldfish, UJ Uno, DJ T-Bone0:59
2."Phlow-A-Tech"Phlowtron, Liyana Lil' Boogie4:30
3."Don't Cha Worry"Ruffedge, M.O.B4:18
4."Not A Good Idea"Teh Tarik Crew4:46
5."Deep Doo Doo"Too Phat, Helium B3:57
6."Come On, Come On"Muchachaz4:45
7."Rain Dance (Shake Whatcha Mama Gave Ya!!!)"Phlowtron3:34
8."Time Tested"Teh Tarik Crew4:12
9."Bring It Raw"All Starz Division3:47
10."Foo"M.O.B4:10
11."Interlude"DJ Goldfish, DJ Uno, DJ T-Bone0:47
12."Phat Family Anthem"Too Phat, Phlowtron, Muchachaz, M.O.B, Teh Tarik Crew, Liyana Lil' Boogie4:20
13."Outro"DJ Goldfish, DJ Uno, DJ T-Bone0:15


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 1 Julai 2002 Muat turun digital[3]
Penstriman digital[4]
Positive Tone, EMI

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Anugerah Industri Muzik ke-10 Rakaman Album Terbaik Phat Family Tercalon
Muzik Video Terbaik "Phat Family Anthem" Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "All in the family". TONE Magazine. 2002.
  2. ^ Phat Family (media notes). Various artists. Positive Tone, EMI. 2002. 07243 5394192 5.CS1 maint: others (link)
  3. ^ "Phat Family - album by various artists" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (MY). Dicapai pada 27 November 2018.
  4. ^ "Phat Family, album by various artists" (dalam bahasa Inggeris). Spotify. Dicapai pada 28 November 2018.

Pautan luar sunting