Piala Axiata atau lebih dikenali sebagai Axiata Cup ialah kejohanan badminton peringkat dunia yang ditaja oleh Kumpulan Axiata Berhad (Axiata), syarikat telekomunikasi terbesar di Asia daripada Malaysia, ahli kumpulan TM. Acara ini dianjurkan setiap-tiap tahun bersama-sama dengan Konfederasi Badminton Asia (BAC) dan juga Total Sports Asia (TSA). Kejohanan ini untuk kali pertama dianjurkan pada 2012, dan dirasmikan olehMohamed Al-Amin Abd Majid, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dan Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AxiataIa menawarkan jumlah hadiah US$ 1.000.000,00 (kira-kira RM 3 juta).

Kejohanan ini akan memaparkan pasukan daripada negara-negara peserta selama 4 ahad. Dalam dua kali penganjurannya, Kejohanan ini dianjurkan di Kuala Lumpur dan Indonesia. Negara-negara peserta yang akan bersaing ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, dan Vietnam. Acara ini pula akan memaparkan format kejohanan yang menarik, kerana pula memaparkan pasukan All-Stars Asia dan All-Stars Eropah. Dan, untuk kali pertama dalam sejarah BAC, perlawanan dianjurkan di tempat/negara penganjur itu.

Pada penganjuran Piala Axiata 2012, Malaysia dan Indonesia menghantar 2 pasukan [1], sehingga terdapat 10 pasukan yang bersaing. Tetapi, pada penganjuran Piala Axiata 2013, Piala Axiata memaparkan pasukan All-Stars Asia dan All-Stars Eropah, sehingga jumlah pasukan yang bersaing dikurangkan menjadi 8 pasukan.

Latar belakang sunting

Piala Axiata atau lebih dikenali sebagai Axiata Cup ialah kejohanan badminton tempatan. Mengikut namanya, kejohanan ini ditaja oleh Kumpulan Axiata Berhad, anak syarikat TM, syarikat telefon terbesar di Asia daripada Malaysia. Piala Axiata membabitkan beberapa atlit badminton terbaik di dunia, daripada wilayah Asia Tenggara. Piala Axiata menawarkan hadiah tertinggi, iaitu US$ 1,000,000 (kira-kira RM 3,000,000). Kejohanan ini dibenarkan oleh Konfederasi Badminton Asia (BAC), Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dan Total Sports Asia. Kejohanan Piala Axiata ini telah dua kali dianjurkan, iaitu pada 2012 dan 2013.

Pada The 7th Annual International Sports Event Management Awards 2012, Piala Axiata memenangi peringkat pertama dalam kategori acara pemasaran dengan pertolongan kempen pemasaran yang kreatif dan format acara inovatif, ia mencipta nama sebagai syarikat yang berdaya saing dalam sukan badminton dan juga menolong untuk menganjurkan kembali acara sukan ini.

Pada tahun 2013, Piala Axiata menggunakan format baharu, iaitu kempen digital untuk mengedarkan berita dan tindakan pertandingan. Media sosial akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan acara sukan badminton Piala Axiata dan akan ada pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan untuk peminat media sosial. Kempen digital Piala Axiata melalui media sosial iaitu : Facebook, Twitter, dan YouTube. Sebagai bahagian daripada komitmen penganjur (Kumpulan Axiata Berhad) untuk menuju pelantar digital, Piala Axiata juga akan menjadi yang pertama untuk menggunakan penjenamaan sebenar dalam setiap-tiap perlawanan di Piala Axiata.

Format kejohanan sunting

Pada penganjuran 2012, Piala Axiata hanya untuk berpasukan lelaki sahaja, dan ada tiga perlawanan, iaitu dua perseorangan dan satu beregu. Tetapi, pada penganjuran 2013, Piala Axiata pula diikuti oleh wanita, dan ada empat perlawanan, iaitu : perseorangan wanita, beregu campuran, perseorangan lelaki, dan beregu lelaki. Setiap-tiap pasukan mempunyai pemain maksimum 8 orang, dan setiap-tiap pasukan boleh memasukkan 2 atlit luar negara menuju pasukan itu.

Hadiah wang sunting

Piala Axiata menawarkan hadiah wang besar iaitu US$ 1,000,000 (kira-kira RM 3,000,000). Hadiah wang itu dikongsi untuk lapan juara peringkat pasukan.

Peringkat Hadiah wang
Tingkatan 1 US$ 400,000
Tingkatan 2 US$ 200,000
Tingkatan 3 US$ 150,000
Tingkatan 4 US$ 100,000
Tingkatan 5 US$ 60,000
Tingkatan 6 US$ 40,000
Tingkatan 7 US$ 30,000
Tingkatan 8 US$ 20,000
Jumlah US$ 1,000,000

Piala Axiata 2012 sunting

Pada penganjuran Piala Axiata untuk kali pertama, membabitkan sepuluh pasukan, di antaranya ialah Malaysia dan Indonesia yang menghantarkan dua pasukan.

Senarai pasukan sunting

Juara sunting

Juara Mata akhir Naib juara
  Indonesia Garuda 5-1   Indonesia Rajawali

Piala Axiata 2013 sunting

Pada penganjuran Piala Axiata untuk kali kedua, format dua pasukan dalam setiap-tiap negara (Malaysia dan Indonesia) dipadamkan. Dibabitkannya dua pasukan baharu, iaitu All-Stars Asia dan All-Stars Eropah. Jumlah pasukan dikurangkan menjadi dua, sehingga pasukan yang beraksi di Piala Axiata 2013 ada 8.

Senarai pasukan sunting

Juara sunting

Juara Mata akhir Naib juara
  Malaysia [2] 3-1   Thailand

Penaja [3] sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting